Bab 29

4.5K 146 0
                                    

"Om pergi sorang ya. Mak Ara tunggu dekat rumah. Mana tahu Melati balik". Arah Om.

"Boleh ke Om?. Mak Ara risau Om sorang. Om bukan sihat sangat tu". Mak Ara takut Om kembali tidak sihat seperti sebelum ini.

"Mak Ara jangan la risau sangat. Om tak apa-apa. Om dah sihat sekarang. Om gerak dulu ya". Terus berlalu keluar.

'Sayang kenapa tinggalkan abang'. Stereng keretanya dihentak kegeraman. Lokasi pertama yang Om jejaki adalah stesen bas. Setiap kaunter tiket Om tunjukkan gambar isterinya. Begitu juga dengan kawasan sekitar. Namun semua mengatakan tidak pernah melihat Melati.

'Ya allah KTM komuter yang paling dekat dengan kawasan rumah aku'. Om terus berlari ke keretanya. Memecut laju menuju ke destinasi.

Dalam Om fokus dengan pemanduannya, gegaran telefon di dalam poket menganggu fokusnya. Terus Om berhenti di bahu jalan. Panggilan dari rumah. Om kembali beriak gembira.

Om: melati!!!

Mak Ara: Mak Ara ni Om. Ada seseorang datang ke rumah. Dia kata ada berita mengenai Melati. Om balik sekarang ya.

Telefon terus dicampak ke kerusi sebelah. Kembali memandu dengan laju. Ingin segera sampai ke rumah. Tidak sampai 1 jam Om sudah sampai ke rumahnya.

"Ya allah Om. Cepatnya kamu sampai". Om tidak menghiraukan teguran Mak Ara. Pakcik Roslan terus di hampirinya.

"Mana Melati pakcik?". Segera Om bertanyakan isterinya. Kedua belah bahu Pakcik Roslan digongcang kuat.

"Sabar nak. Biar pakcik terangkan". Tangan Om digenggam erat.

"Begini... Melati minta pakcik ambil dia dekat sini lebih kurang pukul 1 pagi. Dia nak balik segera ke Rumah Sinar Harapan. Pada mulanya perjalanan kami tiada masalah sehingga kami berhenti untuk solat subuh di stesen minyak. Pakcik yang siap terlebih dahulu terus menunggu di dalam kereta. Kemudian dari jauh pakcik melihat Melati sedang bergelut dengan seseorang yang berpakaian serba hitam. Melati diheret ke kereta lelaki itu. Pakcik cuba mengejar dia tetapi tak dapat. Jadi pakcik terus ke balai polis berdekatan untuk buat laporan". Panjang lebar penerangan Pakcik Roslan.

Om diam tidak berkutik. Sesekali dadanya berombak kencang menahan sebak.

"Pakcik nampak tak orangnya macam mana? Kereta apa? Atau apa-apa yang pelik". Tanya Om setelah kembali bertenang. Dia tahu, semua yang terjadi adalah berpunca dari sikapnya juga.

"Orangnya tak tinggi sangat. Mukanya pula pakcik tak nampak jelas sangat. Kereta jenis BMW tetapi no plat sudah ditanggalkan. Berwarna biru gelap semua cermin tinted. Lepas tu di cermin belakang terdapat sticker sarang labah-labah besar. Semua maklumat ini pakcik dah terangkan dekat polis". Ujar Pakcik Roslan.

"Ya allah... Engkau selamatkanlah isteriku walau di mana jua dia berada". Muka diraup kasar.

"Pakcik tak payah balik ya. Rehat dekat rumah saya. Saya nak minta tolong temankan saya pergi cari isteri saya. Berapa pun saya sanggup bayar". Pinta Om separuh merayu.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें