Bab 14

4.8K 157 0
                                    

Sementara menunggu masa bertukar dari malam ke pagi Melati dan Om menginap di hotel murah di bandar berhampiran dengan rumah Sinar Harapan.

"Kring... Kring... Kring...". Melati menggeliat malas mendengar ganguan bunyi itu. Tangannya meraba-raba di bawah bantal. 'Arghh... Benda ni yang berbunyi rupanya'. Skrin hp di seret ke kanan dan dilekapkan ke telinganya.

"Morning sayang. Pandai pun jawab panggilan. Siap sekarang. Kita check out. Subuh kita solat dekat masjid berhampiran Rumah Sinar Harapan". Laju bicara Om.

"Emmm...". Mata masih pejam.

"Ala comelnya bunyi macam tu. Seksi sangat. Tak sabar nak dengar depan-depan". Om tergoda dengan rengekan separa sedar Melati.

"Hah!!.. Apa abang ni. Awal lagi la. Melati sambung tidur sikit lagi ya?". Pinta Melati walaupun matanya sudah terbuka luas. Malu dengan menyerbu segenap ruang mukannya.

"Sayang sambung tidur abang pergi minta kunci pendua dekat bawah. Boleh abang sambung tidur dengan Melati. Nak tak?". Usik Om.

"Yelah... Melati siap sekarang". Sikit-sikit nak ugut orang. Eeee... Geram betul. Rungut Melati di dalam hatinya. Segera dia berlalu ke bilik air untuk mandi.

"Lama sayang bersiap. Dah setengah jam abang tercegak dekat sini". Bibir dimuncungkan apabila melihat Melati baru membuka pintu biliknya.

"Siapa suruh tunggu Melati?". Jawab Melati geram.

"Amboi... Menjawab ya...". Langkah pantas mendekati Melati di muka pintu. Tangan didepakan kiri dan kanan pintu. Mukanya didekatkan. Merenung anak mata Melati dalam-dalam. Dua jarinya di bawa ke mulut Melati. Lama di situ. Melati menjadi tidak keruan. Hendak mengundur sudah terhalang dengan pintu yang tertutup.

Akhirnya tangan itu di bawa ke bibirnya. Mata dipejamkan. Seperti menghayatinya. Berkerut kening Melati memandang tingkah laku Om di depannya. Ruang terbuka disebelah kanan membolehkan Melati memboloskan dirinya.

"Melati turun dulu ya". Laung Melati setelah menjauhi Om.

Om yang baru tersedar ketawa kecil. Tiba-tiba diserbu malu dengan tindakan drastiknya itu.

"Sayang!!!.. Tunggu abang". Kejar Om. Namun dia hanya mampu melihat Melati melambai tangan dari dalam lift yang semakin tertutup rapat.

"Dah pandai nakal-nakal dengan abang ya". Langkahnya dibesarkan menuju ke tangga. Nasib baik bangunan hotel tu lima tingkat sahaja. Mereka pula menginap di tingkat empat.

"Fuhh..." Om melepaskan lelah. Lift belum sampai lagi. Mungkin berhenti di setiap aras.

Om tercegat di depan lift. Tangan disilangkan. Orang yang ditunggu akhirnya melangkah keluar. Tangan gadis itu terus disambar. Ditarik rapat ke sisinya. "Nakalnya dia ni". Pipi Melati dicubit geram.

"Auchh.. Sakit la.." Rengek Melati manja sebelum ketawa meletus.

"Dah jom kita gerak sekarang". Ajakan Om memberhentikan tawa Melati. Senyum simpul masih terukir di bibir Melati. Sesungguhnya dia senang dengan Om sekarang. Tangan bertaut erat seperti pasangan bahagia.

"Pandai Melati kenakan abang sekarang". Melati dijeling sekilas sebelum meneruskan pemanduan menuju ke Rumah Sinar Harapan.

"Tengok siapa cikgunya". Jawab Melati senyum-senyum.

"Siapa?. Takkan usik mengusik pun kena belajar dengan cikgu". Balas Om tanpa menyedari Melati hendak mengenakannya.

"Eh ada apa cikgunya. Kalau Melati la. Cikgunya dekat sebelah Melati aje ni". Ucap Melati sambil menahan tawa. Om di sebelah dikerling dengan hujung matanya.

"Sayang!!!!... Kenakan abang lagi. Takpe. Bila dah jadi isteri abang nanti siap la dia abang kerjakan". Senyum nakal terbit dibibirnya. Melati di sebelah menunduk malu.

"Abang cakap apa ni?. Selalu tau macam ni". Melati sudah bertukar karekter. Malu-malu manja dalam nada bicaranya.

"Tak sabarnya abang nak jadikan Melati yang halal untuk abang". Tutur Om perlahan.

"Abang cakap apa?". Melati cuba bertanya untuk mendapatkan kepastian apa yang dia dengar sekejap tadi. Telinga dia dengar dengan jelas cuma kurang faham apa maksud Om.

"Tak ada apalah sayang. Sayang nak beli apa-apa tak?". Tanya Om, cuba menukar topik perbualan.

"Tak kot. Kat belakang ni dah banyak abang beli". Jawab Melati.

"Tapi itu kfc yang semalam kan". Balas Om lagi.

"Tak apalah. Ayam goreng bukannya basi. Sampai nanti Melati panaskan aje". Melati berasa bersalah kalau ayam berkotak-kotak yang dibeli Om semalam tidak dimakan. Setakat ayam semalam, tak sempat nak basi lagi. Dia memang diajar supaya menghargai rezeki.

"Oklah kalau Melati dah cakap macam tu". Akur Om.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now