Bab 13

4.9K 174 4
                                    

"Assalamualaikum... Mak ooo mak". Sunyi sangat rumah. Macam tak ada orang. Pagar pun bermangga.

"Melati tak call dulu ke cakap nak datang?". Tanya Om.

"Melati terlupa nak call dekat rumah tadi". Jawab Melati. Kesedihan jelas menyelubungi seraut wajah mulusnya.

"La.. Call la sekarang". Suruh Om.

"Melati tak ada Hp nak call macam mana". Keluh Melati sambil menghempaskan duduk di bangku panjang tempat dia dan adik-adik tunggu van untuk ke sekolah.

"Nah ambil hp abang ni". Om menghulurkan hp miliknya. Namun Melati hanya memandang tanpa riak untuk mengambilnya.

"Melati tak tahu nak guna macam mana". Jawab Melati. Sumpah betul dia memang tak tahu. Gaji pertamanya tak sempat merasa beli apa-apa untuknya. Tidak seperti adik beradik yang sebaya dengannya, gaji pertama mesti hp benda pertama yang dibeli. Niat Melati keluar dari Rumah Sinar Harapan cuma satu iaitu mencari kerja untuk meringankan beban ayah dan ibu.

"Ooo.. Ye ke. Takpe nanti abang ajar ye. Bagi nombor mak ayah Melati, biar abang yang call". Om sungguh tidak menyangka Melati betul-betul naif. Tak tahu apa-apa tentang dunia muda mudi sekarang. Matlamatnya semakin tekad.

"Assalamualaikum. Maaf siapa ni?". Sapa dihujung talian.

"Waalaikumussalam. Saya Omar Asyraff wakil Melati. Boleh saya tahu kemana puan dan penghuni Rumah Sinar Harapan yang lain?. Kami ada di hadapan rumah, tetapi pagar berkunci". Tutur Om.

"Melati ada kat rumah ke tu?. Maaf la kami semua dapat undangan makan malam di hotel. Kami dalam perjalanan ke hotel sekarang". Terang wanita di hujung talian itu lagi.

"Ooo... Ok la kalau macam tu. Esok pagi saya bawa Melati kemari ya". Ujar Om dan kemudiannya talian dimatikan.

"Jom sayang kita pergi mana-mana dulu. Mereka ada jemputan. Esok pagi kita datang ya". Pujuk Om.

Berat Melati mengekori langkah Om ke kereta. "Kita nak balik ke ni?". Melati bersuara sedih.

"Tak sayang. Kita cari tempat untuk kita tidur malam ni ya. Lepas tu kita jalan-jalan area sini boleh?". Terang Om. Enjin kereta sudah dihidupkan dan bersedia untuk berkhidmat.

"Emmm... Melati nak tanya sikit. Kenapa abang suka kacau Melati lepas tu layan Melati dengan baik macam ni?". Suasana sunyi dibuka dengan pertanyaan.

Pertanyaan Melati membuatkan Om ketawa besar. Tanga Melati diraih lagi. Kucupan lembut diberikan. Kalau diikutkan waktu itu juga dia nak jelaskan kepada Melati kenapa dan mengapa. Namun ditahannya kena dia ingin meminta izin dengan kedua orang yang membesarkan Melati.

"Orang tanya betul-betul dia gelakkan kita pulak. Benci tau". Tangan ditarik pantas apabila menyedari Om leka. Kalau tak jangan harap boleh lepas la.

"Jom kita jalan-jalan dekat mall tu nak". Ajak Om.

"Melati ikut abang je". Jawab Melati perlahan.

Setelah meletakkan kerera di tempat letak kereta. Mereka terus menuju ke dalam mall. Tangan Melati erat di dalam genggaman Om. Kalau ditolak pun bukannya Om akan pedulikan. Akhirnya Melati merelakan dalam paksa.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now