Bab 16

4.8K 158 0
                                    

Usai solat Zohor semua warga Rumah Sinar Harapan termasuk Om menuju ke ruang makan untuk makan tengah hari. Kari ikan tongkol, ulam timun dan sambal ikan bilis. Lauk cukup ringkas terhidang. Dua orang pekerja pula sibuk menyuap bubur ke mulut 3 orang yang masih kecil.

"Jemput duduk abang Rahim dan Kak Rahmah". Pelawa dua orang perkerja itu.

Om mengambil tempat di sebelah Melati. Ayam goreng kfc yang dibelinya semalam kelihatan selonggok di dalam dulang besar di tengah-tengah meja. Sudah dipanaskan agaknya. Semua anak-anak kelihatan terliur dengan ayam itu. Sayu Om melihat anak-anak syurga yang serba kekurangan.

"Jemput makan Om. Maaf la ya. Kami kat sini makan lauk biasa-biasa sahaja". Pelawa Puan Rahmah apabila Om asyik merenung makanan di hadapannya.

"Eh.. Ini pun dah cukup mak". Terus dia menyuapkan nasi ke mulut. Matanya melihat anak comel yang makan dengan comot sekali di sebelahnya. Macam bukan bangsa melayu. Rambut kerinting halus, mata bulat dengan bulu mata panjang, hidung mancung dengan seulas bibir nipis.

"Mak boleh kami makan ayam tu". Kanak-kanak di sebelah Om bertanya.

"Boleh sayang. Habiskan nasi dulu baru makan ayam ya". Ujar Puan Rahmah.

"Om kita ke depan. Ada benda yang kami nak bincangkan. Mari Mah. Melati tolong kemas dengan kak Zura dan abang Ali ya". En. Rahim sudah berlalu pergi.

Tangan Melati dicari. Digenggam erat mencari semangat dan kekuatan. Melati seakan memahami Om yang sedang gugup ketika itu membalas genggaman Om. Sebelum berlalu Om sempat mengusap kepala si kerinting itu.

Dari jauh kelihat En. Rahim dan Puan Rahmah sedang duduk di kerusi batu di anjung rumah.

"Mari duduk Om". Ajak Puan Rahmah.

"Om betul-betul suka dan sayangkan Melati?". En. Rahim memulakan bicara.

"Ya. Bukan setakat suka dan sayang. Saya juga cintakan dia". Jawab Om jujur.

"Kalau macam tu minta mak ayah kamu masuk meminang Melati dengan cara yang sepatutnya". Mata Om direnung dalam-dalam.

"Kedua orang tua saya dah lama meninggal. Saya cuma ada seorang abang tiri dengan pembantu rumah. Saya yatim piatu macam Melati juga". Om menjadi sebak.

"Oooo... Maafkan abah Om. Kalau macam tu kita buat cara mudah la ya. Om ni kerja apa sebenarnya?". Selidik En. Rahim. Puan Rahmah cuma menjadi pemerhati sahaja.

"Saya kerja dengan syarikat milik keluarga abang tiri saya. Buat masa sekarang ni saya masih bercuti. Cuti panjang abah. Kalau abang saya perlukan bantuan saya cuma bantu dari rumah sahaja". Terang Om.

"Apa bidang kerja kamu?". Korek habis baru puas hati. Naluri ingin tahu seorang ayah.

"Kalau kira sebetulnya saya arkitek abah". Om tersengih sumbing.

"Oooo...". Panjang betul. Sampai isterinya tergelak kecil.

"Om. Mak nak minta Om nikahi Melati sekarang boleh tak? Yang lain-lain kemudian tak mengapa". Tiba giliran Puan Rahmah bersuara.

"Hah... Sekarang ni ke?". Tanya Om. Terkejut dengan permintaan Puan Rahmah.

"Ya sekarang Om. Maksud mak esok boleh?". Ketawa meletus melihat Om terkulat-kulat menghadam bicara Puan Rahmah.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now