Bab 51

9.3K 199 12
                                    

Kini genap 3 bulan perkahwinan Ammar dengan Anis dan secara rasminya 6 bulan untuk Om dengan Melati. Perjalanan hidup mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan memandangkan Dayana sudah berada di wad sakit mental kerana tindakannya mengancam nyawa dia dan juga keluarganya. Agenda di antara Ben dengan Om masih kekal menjadi rahsia di antara mereka berdua. Om cuma memberitahu yang dia mengenali Ben sebagai klien sahaja.

"Betul ke kak Anis? Ya Allah seronoknya. Melati nak dapat anak buah. Tahniah kak". Melati bersuara riang dengan berita yang disampaikan oleh kakak iparnya.

"Dah berapa bulan kak?". Tanya Melati.

"Baru 3 minggu". Jawab Anis. Terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya.

"Seronoknya. Entah bilalah giliran Melati pulak". Melati mengusap perutnya yang masih kempis.

"Insyaallah Melati. Bila tiba masanya". Anis tidak tahu hendak menenangkan kan adik iparnya. Timbul rasa bersalah berkongsi tentang isi yang dikandungnya.

"Tapi bila kak". Melati tersenyum paksa. Menutup duka yang bersarang.

"Melati berseronok la dahulu dengan Om. Melati kan muda lagi. Akak ni umur dah dekat 30 tahun. Kalau tangguh tak larat kami nak jaga anak nanti". Anis berusaha ketawa untuk menceriakan Melati.

"Tapi abang Om tak muda lagi. Melati takut dia nakkan zuriat cepat". Luah Melati.

"Orang lelaki 30-an tak tua la Melati. Jangan risau sangat ya. Melati ada bincang dengan Om tak pasal anak?". Bahu Melati digosok perlahan.

"Tak kak. Abang tak pernah bercakap pasal anak dengan Melati". Jawab Melati jujur.

"Melati cuba tanya pendapat dia. Sebab akak rasa 6 bulan bukan terlalu lama. Kamu masih dalam mood honeymoon lagi. Cuma rezeki akak dengan Ammar awal sahaja". Anis berusaha membuatkan Melati senyum kembali.

"Baiklah kak. Melati gembira sangat sebab bakal dapat anak buah tak lama lagi. Tak sabarnya". Melati kembali ceria.

"Seronok nampak. Sembang apa ni?". Tanya Om yang baru turun dari tingkat atas.

"Kak Anis dah ada isi. Kita bakal dapat anak buah tak lama lagi". Jawab Melati gembira.

"Ye ke? Tahniah la ya. Mana Ammar?". Om beriaksi selamba. Seakan tidak terkesan dengan berita yang baru dia dengar.

"Ammar kat belakang. Ambil buah mangga. Teringin nak makan". Jawab Anis pula.

"Nah buahnya. Boleh makan ke mangga macam ni? Tak masam ke?". Ammar muncul dari belakang dengan sebekas buah mangga muda.

"Muda macam nilah sedap awak. Tak sabarnya nak makan". Anis sudah menelan liur.

"Aku dengar ada orang bakal jadi Ayah tak lama lagi. Hebat kau bro". Om memandang Ammar penuh makna.

"Well... See my d***". Perkataan akhir sempat dia kawal supaya tidak senada.

"Hisy kau ni. Jangan nak mencarut boleh tak". Tegur Om. Sempat dia menutup kedua belah telinga Melati.

Anis pula menampar lembut lengan suaminya yang ketawa meriah itu. Mukanya merah menahan malu.

"Apa ni? Kenapa tutup telinga Melati pulak". Terpingga-pingga Melati cuba memahami keadaan yang sedang berlaku.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now