Bab 33

4.9K 139 0
                                    

Melati mundar mandir di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Siaran televisyen tidak lagi menarik minatnya. Satu persatu saluran ditukar tetapi hanya pandangan kosong tertacap ke skrin kerana mindanya kini memikirkan Om masih tidak kunjung tiba.

Lenguh duduk Melati kembali berdiri mengintai keluar rumah. Tiada tanda-tanda kereta melintas di pagar hadapan rumah. Melati bertambah resah kerana sudah hampir pukul 12 tengah Malam. Belakang badannya terasa lenguh sangat-sangat kerana sehari suntuk dia tidak merebahkan badan untuk berehat. Beberapa ketika mata Melati mulai memberat dan kemudiannya terlelap di sofa dengan tv masih menyiarkan tayangan larut malam.

Di pejabat Om masih sibuk membelek lakaran pelan projek yang tergendala. Sesekali dia memicit kepalanya yang kian berdenyut. Pertengkaran dengan Ammar petang tadi masih lagi terbayang di ruang matanya. Ammar menidakkan Melati adalah adiknya. Namun apabila diusulkan supaya membuat ujian ditolaknya mentah-mentah. Om tertanya-tanya dengan sikap Ammar yang langsung tidak mempedulikan Zinnia sejak adiknya dilahirkan lagi. Zinnia sedari kelahirannya tidak mendapat kasih sayang ibu kandungnya kerana Mama Nuriah meninggal selepas bersalinkan Zinnia. Om yang ketika itu tinggal di Singapura bersama mamanya bergegas pulang apabila mendapat khabar kematian mama Nuriah. Demi si kecil Zinnia mamanya Puan Nurin berkahwin dengan papa Ammar dan Zinnia.

Jam sudah menunjukkan angka satu pagi. Om segera mengemas ala kadar meja kerjanya yang agak berselerak. Dia ingin segera pulang ke rumah kerana matanya mulai memberat menahan kantuk.

Jalan raya agak sunyi tanpa kenderaan yang berderet seperti selalu memandangkan sudah masuk awal pagi. Fikiran Om masih lagi buntu dengan sikap Ammar yang enggan melakukan ujian untuk membuktikan Melati adalah adiknya. Mesti ada sesuatu yang Ammar sorokkan dari pengetahuannya.

Pukul 2 pagi Om tiba di Villa Nurin Al-Ziyad. Langkah longlai diatur menuju ke dalam rumah, namun terhenti seketika apabila melihat Melati yang sedang tidur merikuk di sofa. Beg kerja diletakkan di bawah, Melati dihampirinya.

'Dia tunggu aku ke? Ya Allah apa aku buat ni. Dia isteriku yang sah walaupun dia adik tiriku'. Guman Om di dalam hati. Timbul perasaan bersalah kerana tidak menhiraukan Melati semenjak pulang dari Kelantan. Keluhan berat dilepaskan berserta dengan raupan kasar ke mukanya. Melati dihampiri dengan lebih dekat. Om berniat untuk mengangkat Melati ke bilik tidur tetapi terbantut niatnya kerana terpandang sesuatu di dalam genggaman isterinya. Kertas itu di ambil perlahan-lahan untuk mengelakkan isterinya tersedar.

"Ya Allah!!!". Terketar-ketar tangan Om apabila melihat isi kandungan yang tercatat di dalam kertas di dalam tangan Melati adalah hasil coretannya. Serta merta air mata lelakinya gugur membasahi pipi. Tangisan kecil bertukar kepada esakan yang agak kuat sehingga menyebabkan Melati tersedar dari lenanya.

"Abang". Melati segera bangun dari baring dan menghampiri Om yang sedang duduk di sofa memandang kakinya sendiri.

"Mana sayang dapat kertas ni?". Tanya Om perlahan.

"Maafkan Melati abang". Tangan Om diraih dan dicium. Om hanya mendiamkan diri sahaja seakan berada di tempat lain ketika itu. Reaksi Om menyebabkan air mata Melati bergenang di tubir matanya. Tangan Om yang disalaminya dilepaskan segera dan kembali duduk di sofa hadapan.

"Sejak dari Kelantan lagi abang tak terima maaf Melati. Melati tahu yang Melati ni bodoh kerana bertindak lari dari abang sehingga kena culik dengan Hazim dan telah menyusahkan semua orang". Melati menutup mukanya menahan esakan yang semakin menyesakkan dadanya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now