Bab 6

5.6K 193 0
                                    

"My princess masak apa ni?". Tanya Om. Bukan mulut sahaja. Tangan turut sibuk hendak mengacau sama.

Melati cepat-cepat melarikan tangannya apabila bersentuhan dengan Om.

"En. Om ni kenapa?. Asyik pegang-pegang saya je". Ujar Melati geram. Dia terlupa dengan pesanan En. Ammar. Tapi ini dah melanggar batas agama jugak.

"Garangnya... Oklah aku tak kacau lagi". Sebelum berlalu sempat Om mencuit hidup Melati.

"En. Om!!!". Jerit Melati kegeraman. Kakinya dihentak perlahan ke lantai.

Om hanya ketawa sambil berlalu pergi. Hatinya senang dapat mengusik Melati. Dia suka tengok Melati Malu-malu. Marah-marah. Comel sangat baginya. Terukir senyuman di bibirnya.

Di dapur Melati memasak dengan hati sebal, geram dan segala macam yang ada. Semuanya kerana Om. "Sewel agaknya. Asyik usik aku je kerjanya". Bebel Melati.

"Tak elok tau Melati kutuk Om macam tu. Kesian dia". Bela Mak Ara yang tiba-tiba muncul.

"Mak Ara ni kan. Asyik muncul mengejut je. Kejap ada kejap tak ada. Melati bukan nak kutuk tapi geram sangat. Asyik pegang-pegang Melati je. Tak selesa tau". Adu Melati.

Mak Ara ketawa kecil mendengar bebelan Melati. Dia tahu Om tak berniat tak baik dekat Melati. Baginya Om cuma kesunyian.

"Mak Ara ni kan. Melati cakap dia ketawa pulak. Ya la.. Siapalah Melati kalau nak dibandingkan dengan En. Om tu kan". Kata Melati dengan nada seakan merajuk.

"Patutlah si Om suka usik kamu. Manja rupanya". Usik Mak Ara lagi.

"Mak Ara ni kan. Jadi geng dengan En. Om pulak dia". Bebel Melati. Geram dengan Mak Ara yang seakan suka dengan sikap Om terhadapnya.

✳✳✳✳✳

"Arrghhh.. Penatnya...". Keluh Melati. Tangan kanannya laju mengurut batang tengkuk dan bahu.

"Ala kesiannya my princess. Penat ya. Meh sini nak urut". Laju tangan Om hinggap di bahu Melati. Berdiri agak rapat di belakang Melati.

Melati yang terkejut berundur setapak ke belakang. Tetapi makin merapatkan badannya kepada Om. Hendak ke depan maknanya tak mungkin la. Kaunter L ala bar separas pinggangnya membataskan pergerakan Melati.

"Lepas la En. Om!!!". Pinta Melati. Dadanya berdegup kencang. Takut, malu, geram semua ada.

"En. Om!!!". Pinta Melati lagi apabila Om makin galak memicit lembut bahu Melati.

Melati makin tidak selesa. Segera memusingkan badannya. Tangannya segera melekat ke dada Om. Menghalang pergerakan lelaki itu.

Om hanya memandang Melati yang rendah sedikit darinya. Dari dahi, kening terukir cantik, sepasang mata, hidung dan bibir aset yang paling dia idamkan. Senyum terukir di bibir melihat muka merah Melati yang menahan marah.

Melati cuba menolak Om. Namun tenaganya tidak sebanding dengan tenaga lelaki itu. Om ketawa kecil. Mukanya di rapatkan ke muka Melati. Makin dekat dan dekat. Melati segera memejamkan matanya kerana ketakutan.

"Ehemmm... Om. Dahlah usik Melati tu. Dosa tau cium anak dara orang Om. Tak halal lagi pulak tu. Kalau nak segera halalkan". Tegur Mak Ara.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now