Bab 11

5.2K 181 2
                                    

"Tok.. Tok.. Tok.. Melati!!!.. Melati!!!". Berkerut dahi Melati apabila lenanya terganggu. Usai solat asar dia baring untuk menghilangkan lenguh badan. Akibat keletihan Melati tertidur sehingga melepasi azan magrib.

"Maaf En. Ammar. Saya tertidur. Nanti saya siapkan makan malam. Saya nak solat magrib kejap". Ujar Melati menjegukkan kepalanya sahaja keluar. Segan menunjukkan keseluruhan dirinya yang masih memakai telekung.

"Tak payah siapkan makan malam. Aku dah order pizza. Dah siap solat keluar makan". Om memberitahu sambil berjalan meninggalkan Melati.

"Fuh.. Lega. Kalau tak mesti kena bebel lambat siapkan makan malam". Bicara Melati seorang diri.

"Keluar pun My Princess. Meh duduk sini". Ujar Om sambil menepuk sofa di sebelahnya.

"Emmm... Nak minum apa-apa tak?". Tanya Melati.

"Buatkan kopi aje lah". Jawab Ammar tanpa memandang Melati.

"Abang tolong ya". Terus Om bangun mengikuti Melati ke dapur.

"Aduh!!!.. Kenapa berhenti tiba-tiba ni sayang?". Ucap Om tepat di telinga Melati walaupun beralaskan tudung.

Melati kaku sebentar sebelum tersedar kedua tangan Om di pinggangnya. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya. Malu menyelubungi dia kini. Laju kaki diayun menuju ke ruang dapur tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

Om seperti selalu. Tersenyum puas dapat mengusik Melati.

"Abang nak tolong apa ni?" Tanya Om.

"Tolong diam dan pergi ke depan. Jangan kacau saya nak buat kerja". Lancar mulut Melati memarahi Om yang asyik nak menempel dengan dia.

"Amboi... Mulut tu. Nak kena ni". Om pantas menghampiri Melati mengunci Melati yang bersandar membelakangi sinki.

Dekat semakin dekat. Tangan Melati Melati melekat di dada sasa Om, menahan lelaki itu yang semakin menghampiri tubuhnya.

Melati semakin gerun. Hendak menjerit rasanya bukan En. Ammar akan peduli. Akhirnya dia memejamkan mata menahan takut.

Om tersenyum memandang wajah Melati. Di tenung dengan penuh kasih sayang. Cadangan Ammar hendak menjodohkan Melati dengannya tidak akan ditolaknya. Dia tidak sangka Ammar cukup perihatin dengan dirinya.

"Buka la mata tu. Abang bukan nak buat apa-apa dekat Melati. Abang cuma nak tengok Melati je". Ujar Om.

Teragak-agak Melati membuka matanya. Jelingan tajam diberi telah memecahkan ketawa Om. Om meletak dua jarinya ke bibir Melati kemudiannya mengalihkan ke bibirnya pula.

"Sebelum halal sayang bagi abang macam ni aje ya". Tutur Om sambil mengenyitkan matanya.

Mata Melati membulat menahan geram. Om kembali ke ruang tamu dengan senyum melebar.

Akhirnya terukir jua senyuman dia bibir Melati. Hatinya sedikit terusik dengan tindakan spontan dan romantik Om terhadapnya.
'Tapi.. Kenapa dia buat macam ni. Diakan dah nak lamar seseorang'. Bicara Melati sendiri.

"Lamanya buat air kopi". Tegur Ammar.

Melati tidak menjawab apa-apa. Matanya hanya menjeling ke arah Om. Tetapi Om membalas jelingan Melati dengan kenyitan mata kanannya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now