Bab 48

5.1K 154 0
                                    

"Ehemmm..". Kerongkong dibetulkan sedikit sebelum memulakan bicara.

"Maaf ya sebab kita kena tidur sebilik. Mereka siapkan bilik pengantin kat sini dahulu. Lepas majlis esok kita pindah rumah saya. Kat sana awak bolehlah dapat bilik sendiri". Ammar memulakan bicara kerana risau Anis tidak selesa berada di dalam bilik yang sama dengannya. Kenal tidak sampai seminggu sudah kena tidur sebilik.

Anis tidak membalas bicara lelaki yang baru sahaja menjadi Suaminya beberapa jam yang lepas. Dia membiarkan Ammar termanggu-manggu sendiri buat seketika. Nekad dengan jodoh yang tiba-tiba muncul seperti ini.

Ammar tidak senang duduk apabila Anis senyap tidak membalas langsung butir bicaranya tadi. Timbul rasa bersalah dengan keterlanjuran kata-katanya. Anis yang sedang membuka selendang dipandang dari belakang. Rambut separas belakang dilepaskan. Lebat dan berkilat-kilat kesan pantulan cahaya lampu.

"Cantiknya". Itulah yang terkeluar di mulut Ammar tanpa sedar. Anis dapat menangkap pujian tidak sengaja yang diucapkan oleh Ammar. Anis tersenyum sedikit dan menoleh memandang suaminya. Mata bertentang.

"Kalau cantik kenapa minta isteri awak yang sudah halal ni tidur di bilik berasingan?". Laju tutur bicara Anis. Langkah dibuka menghampiri suaminya yang terkebil-kebil memandangnya.

'Diamlah wahai jantung. Janganlah kau berdegup laju sangat'. Ammar menelan liur yang makin tersekat di kerongkongnya.

"Pinjam tuala boleh?. Terlupa nak letak dalam beg tadi. Saya nak mandi la. Badan rasa melekit". Anis tersengih menampakkan sebaris gigi tersusun rapi.

"Hah! Ok. Kejap saya ambilkan". Kalut Ammar berlalu ke almari untuk mengambil tuala untuk Anis. Anis hanya ketawa kecil. Seronok dapat mengusik Ammar. Siapa sangka di sebalik wajah bengis terserlah sifat pemalu dan kelam kabut.

"Terima kasih. Anis mandi kejap ya". Terus berlalu ke bilik air.

"Ya Allah. Dia ambil hati ke apa yang aku cakap tadi. Dia tak kisah ke ni. Aduh apa aku nak buat ni". Ammar bercakap seorang diri. Kejap duduk kejap berdiri. Sesekali mengurut dadanya yang terasa makin sesak tiba-tiba.

Hampir 15 minit barulah Anis keluar dari bilik air. Hanya tuala membaluti badannya. Cepat-cepat Ammar memalingkan mukanya ke arah lain. 

'Dia nak goda aku ke apa ni. Dahlah tuala tu singkat sangat'. Ammar membebel di dalam hati.

"Sorry... Saya lupa nak bawa terus baju". Anis turut menunduk dan cepat-cepat mendapatkan pakaiannya yang sudah dikeluarkan dari beg tadi.

"Kalau awak nak mandi pergilah. Sebab... Saya nak pakai baju ni. Tak selesa awak ada kat situ. Eh! Tak apalah. Saya pakai dekat bilik air ajelah". Giliran Anis pula kelam kabut. Padan muka. Tadi gedik sangat mengenakan orang. Sekarang sendiri yang terkena.

"Takpe takpe. Awak tukarlah dekat sini. Saya masuk bilik air". Cepat-cepat Ammar mencapai tualanya dan terus berlalu ke bilik air.

"Ya Allah kuatkanlah iman aku ini". Mohon Ammar. "Aik kenapa pulak. Dia dah halal untuk aku buat apa pun". Ammar tersengih memandang pantulan mukanya di cermin. Kalaulah kulitnya seputih Om mesti sudah bertukar menjadi merah. Bayangan Anis yang bertuala tadi masih jelas di matanya. Lekuk tubuhnya. Kaki yang panjang terdedah sehingga ke paras paha. Air dari rambut yang masih menitik perlahan-lahan mengalir sehingga ke dada dan kemudiannya meresap ke tuala.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now