Bab 50

5.7K 136 0
                                    

"Arrrghhh penat betul". Ammar memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan untuk melegakan urat saraf bahagian pinggang. Lenguh dan sengal-sengal satu badan kerana seharian melayan tetamu.

"Baringlah. Biar Anis urutkan". Tegur Anis. Tangannya lincah membuka setiap laci meja sebelah katil. Mencari minyak urut.

"Eh! Tak apalah. Awak pun penat jugak kan". Tolak Ammar.

"Memanglah penat. Saya urut belakang awak dahulu. Lepas tu awak urut saya pulak. Boleh kan. Kaki saya lenguh sangat ni tau". Anis memandang Ammar. Berharap suaminya bersetuju dengan idea entah apa-apa itu. Niat utama Anis hanya untuk merapatkan lagi jurang antara mereka berdua.

"Yelah". Akur Ammar. Kemudian terus merebahkan badan ke katil dalam keadaan meniarap.

"Bukalah baju awak ni. Takkan nak letak minyak dekat atas baju pulak". Anis menarik hujung baju yang dipakai Ammar. Tanpa kata Ammar kembali duduk. Menarik bajunya ke atas. T-shirt itu diletak di sebelah sebelum kembali meniarap.

Anis memulakan urutan dari bahagian belakang tengkuk dan bahu. Urutan dilurutkan turun sehingga ke bahagian lengan. Sesekali Ammar sendawa dan merengek sakit apabila Anis menekan sedikit pada bahagian yang tegang uratnya.

"Selesa tak?". Tanya Anis

"Urmmm...". Kemudian dekuran halus kedengaran. Anis tersenyum.

"Ya Allah. Bolehkah dia membahagiakan aku. Siapakah gadis yang melukakan hatinya. Mampukah aku menyembuhkannya nanti. Ya Allah berilah petunjuk dan kekuatan kepadaku". Anis meraup muka sebelum bangun untuk menutup suis lampu. Dia kembali ke katil, merebahkan badan mengiring mengadap Ammar yang masih dalam keadaan meniarap seperti tadi. Selimut di tarik sehingga menutup sebahagian belakang badan suaminya.

Ammar yang sebenarnya tidak tidur membetulkan badannya. Juga mengiring mengadap Anis. Terkebil-kebil Anis memandang mata Ammar yang terbuka luas merenungnya.

"Awak tak tidur ke tadi". Tanya Anis. Ammar tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Terkejut betul Anis dengan pengakuan Ammar. Spontan kedua belah tangannya menekup mulut sendiri. Ammar masih kekal dengan senyumannya.

'Ya Allah. Boleh dia senyum. Aku tengah malu ni tahu tak'. Bebel Anis di dalam hati.

Ammar memegang kedua belah tangan Anis. Dibawa ke mulutnya. Ciuman hangat singgah di situ sebelum menarik Anis ke dalam pelukannya. Dahi Anis pula menjadi sasaran bibirnya. Cukup lembut dan berhati-hati. Anis masih kaget untuk memahami gerak-geri Ammar.

Rambut hitam berkilat Anis pula menjadi sasaran. "Saya suka rambut awak. Bahagianya saya menjadi orang yang pertama melihatnya". Lancar kata-kata meluncur di bibir Ammar. Dia yakin Anis seorang yang menjaga aurat sejak dari kecil lagi.

"Awak yakin dengan perkahwinan kita?". Tanya Anis. Ammar diam seketika.

"Tentulah. Kita terlalu istimewa, kerana dipertemukan dengan cara macam ni. Seminggu tarikh nikah saya dengan orang lain awak dihantar untuk saya. Payah untuk saya menerimanya, namun saya redha awaklah jodoh yang tercipta untuk saya. Sebelum ni saya selesa dengan apa yang ada. Akhirnya pernantian saya untuk dia di balas dengan aib. Terima kasih untuk dia kerana tidak jujur dengan saya. Hasilnya saya dapat seorang isteri yang cukup sempurna sifatnya. Hati saya cukup tersentuh dengan telatah comel dan sedikit nakal isteri saya ni. Selamba aje dia usik saya, sampai jantung ni macam hendak tercabut dari tangkainya". Panjang lebar bicara Ammar. Anis terkebil-kebil memandangnya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now