Bab 10

4.9K 178 4
                                    

Melati hanya membatukan dirinya sejak mereka bertolak dari Rumah Sinar Harapan. Dia sangat geram dengan sikap Ammar yang langsung tidak boleh bertolak ansur.

Ammar juga mendiamkan diri dan meneruskan pemanduannya. Dia perlu membawa Melati pulang segera. Keadaan Om yang dia risaukan sekarang kerana Om bersendirian sekarang ni. Dia risau Om bertindak mencederakan diri seperti 5 tahun lepas. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi selain Om. Sayang kepada Om sekarang bukan seperti 20 tahun lepas. Dahulu Om adalah pencuri kasih kasih sayang bapanya. Marahnya makin berlarutan apabila dia di paksa melanjutkan pelajaran ke UK. Selepas dua tahun di perantauan dia dikejutkan dengan berita kehilangan ahli keluarganya.

"Aku minta maaf Melati kerana tak benarkan kau bermalam di sana tadi. Kau tahu Om macam mana kan kalau aku balik tanpa kau". Ujar Ammar memecahkan kesunyian.

"Tak apalah. Saya dapat jumpa mak pun dah bersyukur". Ucap Melati di bibirnya. Hati hanya Allah yang tahu betapa kecewanya dia dengan sikap Ammar yang hanya pentingkan Om semata-mata. 'Takkan dia nak pentingkan aku pulak. Aku cuma orang gaji je. Om tu adik dia'. Bicara Melati di dalam hati.

Dua jam lebih Ammar memandu kereta tanpa berhenti di mana-mana pun. Lebih kurang pukul 5 petang mereka tiba di Villa Nurin Al-Ziyad.

Keadaan rumah sunyi membuatkan Ammar makin risau. Segera dia mencari Om. Habis semua bilik tetapi tiada kelibat Om.

Melati melangkah malas menuju ke biliknya. Pintu tak ditutup rapat. Melati mengintai sedikit. Ternampak sepasang kaki berseluar jeans di atas katilnya. Dia menekup mulut. Menahan getar. Segera mendapatkan Ammar di ruang tamu.

"En. Ammar!!!.. Ada seseorang dalam bilik saya". Beritahu Melati dalam ketakutan.

"Om ke?". Tanya Ammar.

"Saya tak pasti sebab saya nampak kaki sahaja". Jawab Melati.

Ammar terus bangun menuju ke bilik Melati. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik. Alangkah terkejutnya kerana yang baring di situ adalah Om. Tangannya memeluk baju Melati. Tidur lena tanpa menyedari dua pasang mata tengah memerhatinya.

Kotak fikiran Melati tidak dapat menterjemah mengapa Om sedemikian. Tidur dengan memeluk erat bajunya.

"Kau ikut aku ke depan sekejap, ada sesuatu yang aku nak bincang. Om tu biarkan aje". Arah Ammar apabila melihat Melati merenung katilnya diambil alih oleh Om.

"Duduk". Arah Ammar lagi. Laju Melati melabuhkan duduknya berhadapan dengan Ammar.

"Aku nak lamar kau". Ujar Ammar.

"Hah!!!". Terbangun Melati dari duduknya.

"Duduk dan dengar baik-baik". Ujar Ammar. Matanya merenung tajam kepada Melati. Melati pula tidak berani melawan renungan itu hanya kembali duduk dan akur dengan permintaan bosnya.

"Aku nak lamar kau untuk Om. Bukan untuk aku". Terang Ammar.

"Saya taknak En. Ammar". Jawab Melati laju. Mana boleh dia terima sedang Om sudah ada pilihannya.

"Kenapa? Sebab Om tak normal macam orang lain?". Soal Ammar.

"Bukan sebab itu En. Ammar". Perlahan suara dikeluarkan.

"Kau terima lamaran ni aku akan bantu Rumah Sinar Harapan sebagai balasannya. Aku lamar ni sebab aku rasa kau dapat pulihkan semangat Om. Selama kau di sini Om banyak berubah. Kalau hilang sekejap kau tengok macam mana keadaan dia". Panjang lebar bicara Ammar. Dia amat berharap Melati akan menerimanya kerana selain ubat Om perlukan seseorang disisinya dan orang itu bukan dia.

"Bagi masa saya berfikir ya En. Ammar". Mohon Melati.

"Ok. Aku bagi kau masa". Jawab Ammar sepatah.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now