Bab 30

4.7K 139 0
                                    

Hampir magrib Melati di bawa ke sebuah hotel yang agak mewah di sebuah bandar yang cukup asing baginya. Pada perkiraannya hotel itu sangat dekat dengan sungai yang dia lintasi tadi kerana tidak sampai 15 minit dia dengan Hazim dan 2 orang lalaki yang tidak dikenali sudah berada di lobi hotel.

Hazim menempah dua bilik di hotel berkenaan. Satu kad kunci diserahkan kepada dua rakannya. Satu lagi diletakkan di dalam poket jaket hitamnya.

"Bagi aku kunci kereta. Aku nak pergi makan kat tempat lain. Makanan area sini tak kena dengan tekak aku". Hazim bersuara sebelum kedua rakannya melangkah ke lift untuk ke biliknya.

"Jom sayang kita keluar dari sini sekejap". Pinggang Melati dirangkul erat.

"Lepas la Hazim. Saya tak suka macam ni". Melati cuba menjarakkan dirinya. Namun pelukan Hazim semakin kemas. Tiada dayanya untuk menghalang.

"Aku suka peluk kau". Hazim tunduk mengacah untuk mencium pipi Melati namun segera ditepis. Penolakan Melati membuahkan tawa besar dari Hazim.

Kemudiannya Hazim segera mengheret Melati ke kereta. Hampir tersadung Melati mengikuti langkah luas Hazim yang tinggi lampai.

"Menyampah betul aku tengok kau pakai benda ni". Tudung bawal yang dipakai Melati direntap kasar. Meninggalkan kesan luka berdarah di bawah dagu Melati.

"Ya Allah apa awak buat ni. Bagi balik tudung saya. Sumpah saya benci awak sangat-sangat". Melati cuba mencapai tudungnya yang berada di tangan Hazim. Namun dia hanya mampu berputih mata kerana dengan pantas Hazim mengeluarkan pemetik api dari dalam poket jeansnya. Sekelip mata fabrik itu menjadi abu. Kini tinggal helaian rambut berikat tocang di kepala Melati.

'Ya Allah. Ampunilah kekhilafan hambamu ini. Berilah kekuatan untuk aku melawan kekejaman ini'. Doa Melati di dalam hati. Air matanya bercucuran membasahi pipinya. Hazim hanya memandang sini. Rambut Melati dibelai dan dicium rakus.

"Cukup-cukuplah berdrama air mata. Ini sikit sahaja sayang, lepas ni aku bagi yang lebih sedap dan nikmat dekat kau". Hazim mengukir senyum sinis. Ciuman singgah sekilas di pipi kanan Melati.

"Apa awak buat ni?. Saya benci awak!!!". Amuk Melati. Pipi kesan ciumam Om disapu kasar sehingga meninggalkan kesan kemerahan di situ.

Hazim meninggalkan Melati yang terduduk menangis menuju ke kereta. Oleh kerana ruang parking sunyi dan bukan berada di Malaysia Hazim tidak risau Melati akan cuba untuk melarikan diri.

Melati tidak mempedulikan Hazim yang jauh meninggalkannya. Matanya melilau keadaan sekeliling. Ruang penuh dengan kereta tetapi tiada kelibat seseorang pun ketika itu.

"Masuk sekarang!!!". Tengking Hazim. Tiada respon dari Melati yang masih tunduk berteleku dengan esak tangis yang masih bersisa.

"Kau pekak ke?. Masuk!!!". Terangkat bahu Melati dengan suara Hazim yang agak kasar.

"Bakpo duduk gini?". Tiba-tiba muncul suara lelaki lewat 40-an. Mendengar teguran itu Melati terus bangun berdiri. Wajahnya bercahaya penuh harapan.

"Eh!!! Tak ada apa-apa. Isteri saya ni merajuk". Hazim kalut keluar dari kereta. Melati tidak melepaskan peluang terus menghampiri lelaki yang menegurnya tadi. Lengan pakcik itu dipaut dan menyorok di belakangnya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now