Bab 40

4.9K 123 0
                                    

Om tersenyum melerek apabila memori deposit 20 peratus sebentar tadi menerjah ke ruang matanya.

"Abang ni kenapa tiba-tiba senyum semacam je. Cepatlah makan. Kata nak ke rumah abang Ammar". Gesa Melati.

"Senyum tak boleh ke?. Sebenarnya abang teringatkan godaan sayang tadi. Malam nanti buat lagi ya". Kopi panas dihirup sedikit sambil memandang wajah Melati yang mencebik geram.

"Gatal!!!". Melati sempat mengomel kecil. Padahal hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya dia ketika itu. Rasa macam nak menyorok bawah meja.

"Abang ke sayang yang gatal tadi ya?". Usik Om.

"Abang!!!! Benci tau". Lengan Om menjadi mangsa sepitan berbisa.

"Aduh!!! Sayang ni kan. Sakit tau". Lengan kesan cubitan isterinya digosok perlahan. Perit!!.

"Padan muka". Melati menjelirkan lidah sedikit sebelum kembali menyuap nasi goreng ke mulutnya.

....................

"Abang Ammar tak ada kot. Sunyi aje ni. Kita datang lain kali pun boleh". Ujar Melati.

"Kita tunggu la sekejap. Mungkin dia tidur. Jap abang call telefon rumah". Jawab Om dan kemudiannya segera mendail no rumah Ammar.

"Hello... Berjawab pun. Aku dengan Melati dekat luar rumah kau ni". Sapa Om setelah talian bersambung.

"Hurm... Jap aku buka gate". Jawah Ammar dihujung talian.

Om dan Melati menunggu dengan penuh sabar. Hampir 10 minit barulah gate dibuka.

"Kenapa lama sangat baru buka pintu. Berpeluh kami tunggu tau". Selamba Om menegur abang iparnya atau abang tiri, sepupu pun ya jugak.

"Dah korang tiba-tiba muncul macam ni la jadinya. Masuk la cepat, tunggu apa lagi". Jawab Ammar selamba.

"Dah aku call bukannya berangkat". Balas Om lagi. Melati hanya tunduk mendiamkan diri. Tidak berani dia hendak bersuara memandangkan baru semalam abangnya itu memarahinya.

"Ya Allah!!! Bersepahnya. Kenapa tak minta Mak Ara datang sini kemas apa yang patut. Kata minggu depan nak nikah. Takkan nak buat balik isteri dengan rumah bersepah macam ni". Bebel Om apabila melihat suasana ruang tamu yang bersepah-sepah dengan majalah, bekas makanan dan plastik bertaburan.

"Ala.. Aku mana ada masa nak kemas. Bukan macam kau asyik ponteng masuk ofis je". Bidas Ammar.

Om hanya mendiamkan diri sahaja dengan kata-kata Ammar walaupun berbaur perli sedikit.

"Abang dengan abang Ammar sembang la. Biar Melati kemas sikit-sikit". Ujar Melati dan terus berlalu ke ruang dapur. Jangkaan awalnya dapur adalah tempat yang paling bersepah rupanya tidak sama sekali. Semuanya tersusun rapi dan teratur. Peti ais dibuka, namun hanya terdapat botol-botol air mineral dan air bergas. Langsung tidak ada bahan untuk memasak.

"Dapur dah kemas. Melati naik kemas tingkat atas ya". Hanya anggukkan tanpa suara dari Ammar. Tanpa menunggu lama Melati terus ke tingkat atas.

"Kiranya kau jadilah nak nikah dengan Dee?". Om memulakan bicara apabila melihat Ammar beriak biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku semalam.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz