Bab 49

5.2K 141 0
                                    

Waktu bergerak sehingga hampir masuk waktu subuh barulah Anis terjaga. Lena betul dia tidur berbantalkan dada Ammar. Tangannya pula memeluk erat pinggang suaminya.

Ammar masih dengan dengkuran halus. Anis mengintai sedikit mata Ammar untuk memastikan suaminya betul-betul lena. Setelah yakin dia membetulkan duduk dengan meletakkan keseluruhan badannya di atas badan Ammar. Dia berniat ingin mengusik dan melihat reaksi Ammar apabila dia tersedar nanti.

Anis menongkak dagunya di atas dada Ammar. Menunggu mata suaminya terbuka. Senyum manis terukir di bibirnya.

Ammar mulai bergerak sedikit, mungkin kerana tidak selesa dengan beban yang menghempapnya ketika itu. Matanya terus terbuka luas apabila Anis sedang tersenyum memandangnya dari jarak cukup dekat pula tu. Ammar masih memandang tanpa kata. Dadanya berdegup kian rancak. Anis masih menahan tawa.

"Assalamualaikum husband". Ucap Anis. Kemudiannya dia ingin bangkit namun baru sebelah tangan sahaja yang menongkat untuk bangun, dengan pantas Ammar merangkul pinggang Anis. Akibatnya jatuh menghempap dada makin kuat dan rapat.

"Awak... Lepaslah. Saya nak ke bilik air". Ammar merenung tajam ke arah isterinya. Tangan melingkari pinggang diketatkan lagi. Sehingga tidak ada langsung ruang antara mereka.

"Tak semudah itu selepas awak goda saya". Suara serak Ammar yang baru bangun dari tidur kedengaran cukup seksi. Anis tidak lagi berani bertentang mata dengan Ammar memandangkan pandangan tajam suaminya itu cukup menikam sehingga ke tangkai jantung.

Berada dalam keadaan yang cukup rapat seperti itu cukup membuatkan suasana bertambah janggal. Wajah keduanya tidak sampai sejengkal sahaja. Hembusan nafas masing-masing menyapa kulit.

"Awak....". Panggil Anis lagi. Ammar masih meneliti wajah isterinya. Dari dahi, kening, sepasang mata, hidung dan bibir. Cukup sempurna. Ammar mendekatkan sedikit untuk mencium dahi Anis. Tetapi serentak dengan itu Anis menggerakkan kepalanya.

"Aduh!!" Ammar mengaduh kesakitan. Segera memegang bibir dengan tangan kanannya. Terasa sedikit pedih. Anis mengambil kesempatan melepaskan diri dari pelukan Ammar.

Anis sudah duduk di birai katil di sisi Ammar. Memandang Ammar yang masih memegang bibirnya.

"Mari saya tengok". Anis mengalihkan tangan Ammar. Berdarah sedikit dari kesan hantukan tadi. Anis cuma tersenyum nipis.

"Berdarah la awak". Anis mengusap perlahan bibir bawah Ammar yang luka sedikit.

"Sikit je ni. Nanti baik la. Sorry....". Anis tersengih-sengih memandang suaminya. Ammar menghisap bibirnya yang berdarah dengan muka beku sebekunya.

"Awak marah ke?". Anis serba salah. Niatnya cuma hendak bergurau sahaja. Tidak sangka Ammar boleh cedera.

"Awak...". Anis mencuit sedikit lengan Ammar.

Ammar masih menahan untuk ketawa. Sengaja mendiamkan diri untuk melihat sejauh mana Anis berusaha untuk membuatnya kembali bercakap.

Anis pula melepaskan keluhan apabila Ammar masih terkebil-kebil memandangnya tanpa kata.

"Cupp!!!". Ciuman singgah di pipi kiri. Kemudian pipi kanan pula. Tangan pula diambil dan disalami dengan kucupan seikhlas hati. Terbuka luas Mata Ammar dengan tindakan berani isteri yang baru dinikahinya malam tadi. Kemudiannya dia tersenyum lebar memandang wajah Anis yang makin memerah.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now