Bab 18

5.1K 150 2
                                    

"Sayang nak ke pantai tak?". Air kelapa disedut perlahan. Dia sebenarnya masih fobia dengan pantai sejak kejadian yang meragut nyawa ahli keluarganya. Jauh di sudut hatinya mengharapkan Melati menolak pelawaan olok-oloknya.

"Errr... Tak kot. Melati tak suka pantai. Takut tengok air banyak macam tu. Kalau abang nak pergi Melati tunggu kat sini aje ya". Melati juga takut hendak mendekati air laut. Mengapa takut dia pun tidak pasti. 'Harap-harap abang tidak ambil hati kalau aku tak temankannya'. Getus Melati di dalam hati.

"Abang pun tak suka pantai dan laut sayang. Abang hilang orang yang abang sayang dilautan sana". Mulut dimuncungkan ke arah laut. "Sayang tak kisah kan kita lepak kat sini sahaja. Nanti kita pergi honeymoon lagi ya. Yang ni kira pre honeymoon tau". Tangan Melati digenggam.

"Melati ikut aje". Terasa hendak menarik tangan tetapi di benaknya sahaja. Anggota badan merelakan sentuhan lembut si suami.

"Kita balik bilik ya sayang. Dah masuk waktu asar ni". Ajak Om. Tangannya melingkari pinggang ramping Melati. Seramping mana hanya dia yang tahu. Memori tengah malam semasa Melati di dapur terbayang di matanya. Comel dan seksi hanya dia yang tahu. Isterinya sendiri pun tidak mengetahuinya.

Melati makin tidak keruan berada begitu dekat dengan Om. Hangat terasa di sisi badannya.

Usai solat bersama Melati merebahkan badannya di atas katil. Telefon pintar hadiah dari Om diambil. Hendak meneroka segala benda yang ada di dalam gadget itu. Om sudah sudah mengajarnya aplikasi yang asas. Ikon warna hijau di tekan. Kosong tak ada apa-apa.

Begitu leka Melati sampai tidak menyedari Om sudah berbaring di sebelahnya.

"Sayang tengok apa?". Suara menyapa telinga Melati. Dekat sangat. Melati yang terkejut sampai terhempas telefon itu ke mukanya. "Pap!!!". Tepat mengena dahinya. Ketawa Om meletus. Geli hati dengan telatah isterinya.

Melati sudah bangun dan duduk di birai katil membelakangkan suaminya. Terasa dengan ketawa Om tanpa henti. Mulutnya dimuncungkan. Mendengus kasar.

Om menyedari Melati sudah pandai Merajuk dengannya. Petanda positif baginya. Telefonnya di ambil. Membuka aplikasi whatsapp.

Telefon Melati berbunyi. Popup dari aplikasi whatsapp tertera di skrin telefonnya

Lovely Husband : sayang....

Bluetick kelihatan.

Lovely Husband: tak baik tau berpaling dari abang macam tu. Sayang tak kesiankan abang ke..

Bluetick kelihatan lagi. Kini Melati tahu. Mesej itu dari suaminya yang berada di belakangnya kini.

My princess: siapa suruh usik Melati.

Lovely Husband: ala... Abang gurau sikit pun tak boleh..

My princess: sikit la sangat. Tadi tu lagi.. Sebelum-sebelum ni lagi. Banyak tau.

Lovely Husband: untuk yang sebelum ni abang minta maaf ya sayang. Yang tadi tu abang dah berhak kan. Sayang halal untuk abang. Lebih dari tadi abang berhak tau.

Bluetick. Agak lama namun masih tiada tanda balasan dari Melati.

'Ya allah. Berdosakah aku sekarang ni. Dia suami aku. Dia berhak ke atas aku'. Bicara Melati di dalam hati.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now