Bab 44

4.6K 123 0
                                    

Hari silih berganti, kini tinggal 1 minggu sahaja lagi majlis besar antara Omar Asyraff dan Melati@Anggun Zinnia. Begitu dengan Ammar Zarif dan Dayana Daniyal yang masih lagi menjadi rahsia umun. Hanya Mereka bertiga dan termasuk Mak Ara sahaja yang tahu rancangan mereka untuk menghadiahkan kejutan kepada tetamu nanti.

Pada persepsi Om pula cukup berbeza. Semuanya adalah pencaturan yang dia rancang sejak awal lagi. Rakan komplotnya juga bersetuju dengan rancangan yang diatur supaya Dayana menarik diri dari meneruskan pernikahannya dengan Ammar. Ammar mungkin menjadi mangsa keadaan kerana kebodohannya menilai cinta palsu yang Dayana tebarkan.

Om tidak kisah Ammar akan memarahinya jika rahsia besar ini terbongkar dan dia adalah dalang utamanya. Dia hanya cuba untuk melindungi ahli keluarganya daripada disakiti oleh langau seperti Dayana. Deria ke enamnya benar mengenai rancangan sebenar Dayana bersetuju untuk bersama Ammar. Dayang secara rasminya tengah berhubungan dengan seseorang selama ini. Bukan sebulan dua, malah sudah menjangkau 3 tahun. Pilihan bersama Ammar hanya semata-mata untuk melunaskan dendam terhadap Om yang pernah menolak cintanya sebelum ini.

"Jauh termenung? Fikir apa ni?". Sepasang tangan melingkari pinggang dari bahagian belakang. Om tahu anggota itu milik isterinya Melati. Segera dia berpusing mengadap Melati. Menatap wajah manis milik Isterinya.

"Abang fikirkan sayang la. Kenapa la dia keluar lama sangat dengan mamat sotong tu. Naik risau jadinya, kalau-kalau sotong tu berubah menjadi jerung. Dibahamnya isteri abang yang comel ni. Menangis tak berlagu abang jadinya". Kedua belah pipi isterinya dipegang lembut.

"Kalau Melati kena baham dengan jerung bolehlah abang kahwin lain". Usik Melati.

"Sukanya dia hendak tinggalkan abang lagi. Hati abang ni tidak pernah dimiliki sesiapa. Macam mana hendak kahwin lain. Lainlah sayang tu. Ada crush lagi". Giliran Om pula mengusik.

"Hisy abang ni. Taknaklah sebut-sebut pasal dia tu. Melati menyesal tau pernah ada hati dengan dia". Mulut dimuncungkan geram.

"Alahai.. Buruk betul buat muncung macam ni". Bibir Melati yang terjuih sedikit dicubit manja.

"Abang!!!". Dada Om dipukul manja.

"Sayang kemana dengan sotong tadi?". Om menukar topik perbualan.

"Nama dia Fifi la. Bukannya sotong". Marah Melati apabila satu-satunya kawan yang dia ada dipanggil begitu.

"Amboi. Marah abang panggil kawan dia sotong. Yelah.... Abang tak panggil dah. Sayang kemana dengan Fifi tadi?". Tanya Om. Melati kembali senyum.

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Rahsia BFF". Melati sudah menjarakkan diri dari badan Om. Berniat untuk segera melarikan diri. Namun tidak berjaya kerana Om lebih tangkas menangkap badan kecil milik isterinya.

"Mainkan abang ya. Jaga dia". Badan Melati digeletek sehingga keluar ketawa terbahak-bahak dari mereka berdua.

Melati yang dapat meloloskan segera berlari masuk ke dalam meninggalkan Om yang masih di beranda. Om hanya membiarkan sahaja. Senyuman terukir indah di bibirnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Kelibat Melati tidak kelihatan. Pancuran air sudah kedengaran dari bilik air. Matanya tertarik dengan beberapa beg kertas yang berada di tepi pintu bilik.

"Banyak sayang shopping. Malam ni pakai ya. Abang nak tengok. Ini arahan suami. Jangan berani nak ingkarinya". Om sudah senyum simpul sebelum berlalu keluar dari bilik meninggalkan Melati terpingga-pingga.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now