Bab 22

5K 155 1
                                    

Setelah seharian menjelajah dari butik ke butik akhirnya Om mengajak Melati menonton wayang. Filem seram yang di pilih. Niat dihati ingin menguji keberanian Melati. Siapa tahu, takut sampai terpeluk nanti. Om tersenyum sendiri memandang Melati di sebelah kanan yang sedang membelakanginya, merenung papan iklan. "Cantiknya dia pakai macam ni". Terkeluar dari mulut Om. Nasib baik tiada sesiapa mendengarnya.

"Sayang... Jom". Tangan Om sarat dengan popcorn, air dan snek.

"Banyaknya abang beli. Habis ke nanti". Tanya Melati.

"Mesti la habis. Sayang kan makan banyak". Usik Om. Jelingan mata Melati diperolehinya.

"Jangan jeling macam tu. Geram tau". Bisik Om di telinga Melati.
Kali ni cubitan manja diperolehinya.

Om sengaja mengambil tempat bahagian atas dan hujung sekali. Hendak merasai pengalaman bercinta di dalam panggung wayang.

Keadaan panggung lengang. Mungkin filem yang dipilih sudah lama atau acap kali ditayangkan. Setelah mengambil tempat duduk.

"Dah lama Melati tak tengok wayang. Dulu selalu kumpul duit belanja sekolah, lepas tu curi-curi keluar dengan kawan". Cerita Melati riang.

"Kawan lelaki ke?". Pancing Om.

"Taklah. Kawan perempuan la. Takkan nak keluar dengan lelaki pulak. Kalau ayah tahu teruk Melati kena marah". Jelas Melati.

"Ooo... Maksudnya Melati pernah kena marah sebab keluar dengan lelaki". Duga Om lagi.

"Mana ada. Bukan Melati la". Cebik Melati. Duduk dijauhkan sedikit dari suaminya.

"Usik sikit dah nak merajuk sayang abang ni". Hidung Melati dicuit manja. Pinggang Melati ditarik mendekatinya. Dipicit lembut. Menggeliat kegelian isterinya.

"Sayang cantik sangat hari ni. Tak tahan abang tengok lama-lama". Puji Om.

"Habis tu sebelum ni tak cantik la?". Duga Melati pula.

"Cantik juga. Terutamanya semasa sayang naked. Eh!! Tak-tak. Half naked. Tapi abang rasa kalau full naked bertambah-tambah cantik tau". Ternganga Melati mendengar bicara dari mulut suaminya.

"Apa abang ni!!!". Suara ditekankan sedikit menahan getar. Jantung berdegup kencang. Seperti hendak tembus dadanya.

"Sorry sayang. Abang tertengok masa sayang tukar baju". Sengih Om.

"Abang intai Melati ke? Gatal!!!". Perut suaminya di cubit geram.

"Aduh... Sakit la sayang". Menyeringai Om menahan pedih.

"Padan muka. Gatal sangat". Jelir Melati.

"Abang gigit lidah tu baru tahu". Cepat-cepat Melati menutup mulutnya memecahkan tawa Om.

"Ssshhh". Teguran kedengaran dari seat hadapan mereka. Mungkin tawa Om agak kuat menimbulkan rasa tidak selesa penonton lain. Om dengan Melati tidak menyedari kehadiran sepasang pengunjung lain di hadapannya. Mungkin baru sahaja tiba.

Masing-masing diam setelah tayangan bermula. Sesekali tangan Om melurut dari pinggul naik ke atas. Betul-betul di sisi dada isterinya membuatkan Melati semakin gugup. Om merapatkan lagi tubuhnya. Memeluk erat sisi tubuh isterinya.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now