Bab 5

5.7K 201 0
                                    

"Kau asal mana?". Tanya Om

"Mmmm... Macam mana nak cakap ya.. Saya sebenarnya tak tahu masa asal saya. Saya tak ingat semua tu. Saya ditemui
hanyut di laut oleh seorang perempuan. Saya membesar di rumah anak yatim En. Om". Melati meringkaskan penerangannya.

'Hanyut di laut. Seusia dengan Zinnia. Adakah dia Zinnia my princess'. Om berteka teki di dalam hatinya.

"En. Om... Boleh saya tanya sikit?". Pinta Melati.

"Hah! Tanya apa?". Pantas Om menjawabnya.

"Kenapa En. Om duduk dalam bilik je. Tak bosan ke?". Tanya Melati.

"Aku pun tak tahu kenapa aku mengasingkan diri dari dunia luar. Makin hari makin aku tak dapat kawal minda dan perasaan aku. Aku dibebani rasa bersalah. Aku patut jaga Zinnia. Aku lemah. Tak kuat. Penakut. Loser!!!". Jerit Om nyaring. Rambut di kepalanya ditarik-tarik kasar.

Terkejut Melati dengan tindakan drastik Om. Bingung tak tahu nak buat apa. Oh!.. Ubat dia. Bergegas Melati ke meja di sisi katil untuk mengambil ubat di situ.

Melati memberanikan diri duduk di sebelah Om. Menggosok perlahan belakang Om.

"Maafkan saya En. Om. Saya tak patut tanya soalan macam tu. Maaf buat En. Om terganggu". Mohon Melati.

Om hanya diam. Menghayati usapan Melati.

'Abang... Abang Om ok tak ni?'. Tangan kecil itu membelek lengan Om yang berbalut selepas jatuh pokok mempelam di belakang rumah.

"Arrgh...". Om menjerit kuat.

"Mari saya bawa En. Om ke katil". Ucap Melati. Terus menarik Om berjalan ke katil.

Om baring perlahan-lahan sambil memegang kepalanya. Nafasnya turun naik. Sakit dadanya kerana ketidakstabilan nafas yang menghembus di rongga hidungnya.

Melati menyelimutkan Om sampai paras dada dan ingin berlalu pergi. Namun Om sempat menghalang Melati. Tangan Melati digenggam erat. Sekali lagi.

"Tunggu sampai aku lena baru kau pergi". Pinta Om.

Sekali lagi Melati akur. Dia merenggangkan pegangan Om. Tidak selesa bersentuhan dengan lelaki itu.

Mata Om semakin lama semakin layu. Kesan ubat menyebabkan dia tidak dapat menahan matanya lagi. Wajah Melati semakin kabur dan kelam.

'Fuh!!.. Tidur jugak dia'. Melati mengeluh lega.

Dia segera bangun mengambil pinggan kotor bersama. Perlahan-lahan mengatur langkah. Bimbang Om terjaga.

Melati terus membersihkan pinggan kotor. Terasa penat yang amat. Dia perlukan rehat dan tidur. "Solat isya' pun belum lagi. Esok nak kena bangun awal. Penatnya". Keluh Melati perlahan.

"Kau penat ke kerja dalam rumah ni? Om ada apa-apakan kau ke?". Soal Ammar. Mengejutkan Melati yang sendirian di dapur.

"Err.. Tak la. Saya ok je En. Ammar". Jawab Melati perlahan. Kecut perutnya dengan renungan tajam Ammar.

"Buatkan aku Coklat Panas dan bawa ke depan". Pinta Ammar.

"Baiklah En. Ammar". Akur Melati.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora