Bab 38

4.5K 129 0
                                    

15 April 1993
Terima kasih ya Allah kerana engkau memberi peluang untuk aku sekali lagi merasai nikmat membawa nyawa baru di dalam perutku.

"2 weeks". Ammar membaca perlahan sekeping gambar ultrasound yang agak kabur dan sudah berwarna kekuningan.

"Ammar tengoklah tarikhnya sama atau tidak dengan kejadian malam tu. Mak Ara yakin yang Ammar masih ingat malam rumah Ammar dirompak dan apa yang terjadi dekat mama Ammar". Terang Mak Ara. Ammar hanya membatu mendiamkan dirinya.

Betul kata Mak Ara. Kejadian itu berlaku pada bulan Mei iaitu selepas sambutan harijadinya. Namun Ammar masih enggan menerima hakikat sebenarnya.

"Apa semua ni Mak Ara. Om tak faham la". Mak Ara pun terlibat. Sungguh Om betul-betul keliru dengan apa yang berlaku.

"Arrrgghhh... Semua ini tak membuktikan apa-apa". Ammar bingkas mencapai kunci yang diletakkan di atas meja dan berlalu keluar.

"Ya Allah Ammar. Kenapa keras sangat hatimu nak". Mak Ara mengurut dadanya yang kian sebak.

"Mak Ara... Kami perlukan penjelasan Mak Ara. Apa semua ni?". Om mendekati Mak Ara.

"Ya Allah Om. Entah macam mana hendak mulakan. Perkara ni boleh membuka aib mama Ammar dan Zinnia". Kepalanya dipicit sedikit.

"Kami ni ahli keluarga Mak Ara. Bukannya orang luar. Kami perlu tahu cerita sebenar". Pujuk Om.

"Emmm..". Keluhan berat dilepaskan.

"Baiklah. Sebenarnya rumah mama Ammar dan Zinnia pernah dimasuki perompak semasa di awal kehamilan Zinnia. Masa tu En Ziyad ke Luar Negara atas urusan kerja. Perompak tu bukan ambil barang berharga di dalam rumah". Mak Ara menarik nafas seketika.

"Habis tu dia ambil apa?". Tanya Om tidak sabar.

"Dia cuma merogol puan Nuriah". Mak Ara menyapu air mata yang kian laju menuruni tubir matanya.

"Masyaallah...". Om menekup mulutnya.

"Hanya Mak Ara, Ammar dan puan Nuriah sendiri sahaja yang tahu mengenai ni. Ammar yang melihat kejadian itu berfikir mamanya curang dengan suami sendiri. Sebab itu dia tidak boleh menerima kewujudan Zinnia". Terang Mak Ara.

"Kenapa tidak jelaskan dekat dia sejak dulu lagi Mak Ara?". Tanya Melati.

"Mak Ara tak boleh Melati. Mak Ara pegang pada janji supaya merahsiakan aib ini kerana orang yang menganiaya puan Nuriah adalah sahabat tuan Ziyad sendiri. Maafkan Mak Ara kerana baru sekarang membuka cerita ni". Tangan Melati digenggam erat.

"Abang... Jom kita cari abang Ammar. Kita pujuk dia ya". Lengan suaminya digoyang perlahan.

"Emmm... Biarkan dia tenangkan fikirannya. Dia tengah marah sekarang, tiada gunanya. Bila dia dah ok sedikit kita jumpa dia ya sayang". Pujuk Om.

"Tapi...". Melati tidak jadi hendak menghabiskan kata-katanya. Mungkin betul kata suaminya. Dia perlu menunggu seketika sehingga amarah Ammar kembali reda.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now