Bab 27

4.7K 159 0
                                    

Kembali dari Rumah Sinar Harapan Om cuba mengelakkan dari berdua-duaan dengan Melati. Sentiasa menyibukkan diri dengan kerjanya. Masuk ke bilik tidur semata-mata untuk mandi dan tukar baju. Selebihnya dia hanya menghabiskan masa di bilik bacaan.

'Ya allah... Macam mana kalau Melati adalah Zinnia?. Pernikahan kami bagaimana?. Ijab dan kabul pula menggunakan nama Melati binti Abdullah bukan Anggun Zinnia binti Ahmad Ziyad'. Bicara Om di dalam hati. Dia betul-betul buntu dengan berita mengejut ini.

"Aku perlu pastikan segera siapa Melati sebenarnya". Om meraup kasar mukanya. Jauh di sudut hatinya dia mengharapkan Melati adalah Melati bukannya Zinnia.

Telefon pintar segera dicapai. Langkah pertama di dalam dunia serba canggih adalah merujuk En Google terlebih dahulu. Om meneliti website "JABATAN KIMIA MALAYSIA".
"Emmm... Macam ni prosudernya". Om mengurut dagunya perlahan.

................

Melati mulai menyedari kedinginan Om terhadapnya. Kurang bercakap dan banyak menghabiskan masa di bilik bacaan sahaja. Sejujurnya dia tidak tahu apakah puncanya. Om mulai dingin dengannya semenjak pulang dari rumah mak. Tiada lagi kemesraan yang ditunjukkan oleh Om terhadapnya. Sudah seminggu tiada pelukan sebagai peneman tidur.

Untuk makan malam Melati menunggu Om sehingga jam 10 malam di meja makan. Namun tetap hampa. Om masih lagi berkurung di bilik bacaan. Label "NO ENTRY" digatungkan di pintu menandakan tiada siapa di dalam rumah itu boleh melepasi bilik itu. Hati Melati bagi dirobek apabila Om seolah-olah melancarkan perang dingin terhadapnya.

Lauk pauk yang terhidang dibiarkan di meja makan. Melati sudah hilang selera hendak menjamahnya walau secubit jua. Langkah dibuka menuju ke tingkat atas. Air mata merembas laju tanpa sebarang halangan.

Melati merebahkan badannya di katil. Memeluk erat bantal tidur Om. Sesungguhnya dia betul-betul rindukan belaian mesra suami tercinta. Berat sungguh benaknya memikirkan di mana salah dan silapnya. Melati memejamkan mata memaksa matanya lena.

Apabila jarum jam bergerak ke angka 12 tengah malam. Om segera memulakan misinya. Pintu bilik tidurnya dibuka perlahan. Mengintai sedikit untuk memastikan Melati sudah lena ataupun tidak.

Melati kelihatan sudah baring mengiring. Lena dalam sendu. Om menghampiri dan duduk di birai katil, merenung si isteri yang sudah tidur. Sesekali badan kecil itu terhinjut melawan sendu kesan tangisan sebelum lena tadi agaknya. Tubir mata Melati masih basah dengan air mata. Om memandang sayu. Betapa dia ingin memeluk erat tubuh kecil di hadapannya. Namun dia terpaksa melawan kehendaknya dahulu sebelum mendapat penjelasan yang lebih mengetahui.

Om masih duduk berteleku di birai katil. Air mata yang hampir menitis diseka perlahan sebelum berlalu meninggalkan Melati tidur bersendirian lagi.

Namun langkahnya terhenti apabila tangan ditarik ke dalam genggam erat Melati.

"Abang... Ampunkan Melati kalau Melati ada buat salah apa-apa. Tolong jangan buat tidak endah dengan Melati. Melati tak mampu abang. Melati sayangkan abang sangat". "Abang!!! Jawablah". Agak lantang suara Melati apabila Om masih membatukan dirinya.

Om berusaha melepaskan genggaman tangan Melati sebelum segera berlalu keluar. Om bersandar di pintu bilik, mendengar amukan tangis Melati. Cukup meluluhkan jiwanya. "Ya allah. Bantulah hambamu ini. Sesungguhnya aku buntu ya allah". Seraya mukanya diraup kasar. Telefon pintar di dalam poket seluar ditarik keluar. Mendail nombor seseorang.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now