Bab 47

4.9K 134 0
                                    

Hari yang ditunggu kunjung tiba. Masing-masing sibuk menyediakan persiapan akhir sebelum bergerak ke masjid untuk acara akad nikah Ammar dan Anis.

"Ya Allah abang! Kenapa tak siap lagi ni. Kita dah lewat la. Mesti pengantin perempuan dah sampai". Tegur Melati apabila melihat Ammar masih belum menukar baju kepada set baju melayu.

"Kau rasa perlu ke aku nikah malam ni?". Tanya Ammar tiba-tiba.

"Mestilah perlu. Cepatlah tukar baju". Mak dah telefon, tanya kenapa kita tak sampai lagi sebab mereka dah lama tunggu.

"Aku rasa aku tak boleh la". Ammar sudah mundar mandir keliling bilik.

"Abang... Jangan la macam ni. Kesian dengan kak Anis nanti. Dalam ramai-ramai lelaki yang nakkan dia, dia pilih abang walaupun wajah abang langsung dia tak pernah tengok. Insyaallah dia akan menjadi isteri yang terbaik untuk abang dan kakak untuk Melati nanti". Melati memberanikan diri menyentuh bahu Ammar bagi meredakan gelora yang bersarang di dalam diri abangnya.

Beberapa ketika, Ammar akhirnya akur dengan ketentuan Allah SWT untuknya. Baju Melayu diambil. "Keluarlah. Aku nak salin baju". Tanpa memandang Melati yang duduk di birai katil.

"Abang siap-siaplah. Melati dengan abang Om tunggu kat luar". Melati tersenyum lebar sambil berjalan keluar dari bilik abangnya.

✳✳✳✳✳

"Mak.... Diaorang tak datang ke?". Tanya Anis. Resah kerana hampir 1 jam menunggu pengantin lelaki.

"Datang... Mak dah telefon Melati tadi. Ada masalah sikit katanya. Anis jangan risau ya". Mak Ara cuba menenangkan anaknya. Sesekali tangannya membetulkan selendang putih yang dipakai Anis walaupun dah memang kemas. Risau Ammar betul-betul tak datang dan membatalkan pernikahan ini.
Malu besar dia nanti dengan sanak saudaranya.

"Nampaknya pengantin lelaki dah sampai. Kita boleh teruskan ya". Tiba-tiba suara Kadi kedengaran. Menutup bisikan-bisikan tidak enak didengar sesama kalangan tetamu.

Mak Ara mengintai dari sebalik tirai. Ammar sudah duduk bersila di hadapan kadi. Nafas lega dilepaskan. Tidak lagi terasa tersekat di kerongkong seperti tadi.

"Baiklah. Kita mulakan ya. Ammar Zarif bin Ahmad Ziyad?".

"Ya. Saya". Dup dap dup dap, jantung melepaskan degupan kencang.

"Aku nikahkah dikau Ammar Zarif bin Ahmad Ziyad dengan Nur Anis binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak 20,000 ribu tunai berwakilkan wali atas aku". Akad dilafaz.

"Aku terima nikahnya Nur Anis binti Abdullah dengan Mas Kahwin sebanyak yang tersebut". Senafas.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!".

"Tak sah! Ammar milik aku!". Jeritan nyaring dari muka pintu masjid. Semua tetamu tertumpu kepada empunya suara. Dayana!

"Tolong maafkan isteri saya. Dee apa you buat ni? Tadi you janji taknak buat kecoh kan. Jom kita balik". Ben terus menarik Dayana keluar dari masjid.

"Lepaskan I Ben. I yang sepatutnya berada di sini. Bukan perempuan yang muncul entah dari mana". Amuk Dayana.

"Kenapa kau datang sini?". Om mengetap gigi menahan marah. Melati mengusap perlahan lengan suaminya. Isyarat matanya menyuruh Om bertenang.

"Kau tak payah sibuk la. Aku datang bukan nak jumpa kau pun". Dayana merengus geram.

"Oh! Ye ke? Jadi aku salah faham la ni. Loya aku mendengarnya Dee. Cukup-cukuplah dengan drama kau tu. Kau jangan ingat boleh jadikan Ammar pak sanggup untuk anak dalam perut kau tu. Baik kau kahwin je dengan bapak budak tu". Om memandang sinis ke arah Dayana.

"Apa? You mengandung ke Dee. Sampai hati you tak bagitahu I". Ben sudah mengoyang bahu Dayana.

"Penting ke I bagitahu you. I taknak pun you bertanggungjawab. Anak ni pun I taknak la". Marah Dayana.

"I pun sebahagian daripada anak dalam perut you tu. You jangan cuba nak bunuh dia Dee". Ben menahan rasa dengan sikap Dayana. Mengandungkan anaknya pun masih mengejar lelaki lain. Entah di mana kurangnya dia di mata Dayana.

"Well... Bapa dah ada. Kadi pun masih kat dalam. Masuklah ke dalam, boleh nikah terus". Kata Om lagi.

"Kau diamlah Om!!!". Tempik Dayana geram. Tiba-tiba badannya melorot ke bawah. Nasib baik Ben sempat memaut badan Dayana.

"Kau melampau sangat ni Om. Dia masih wanita yang aku cintai". Marah Ben.

"Sorry Ben. Aku dengan dia biasa bertekak macam ni. Kau bawalah Dee balik. Nikahi dia seberapa segera. Jangan biarkan anak itu diapa-apa olehnya. Kau pun tahu perangai Dee macam mana". Om memandang Melati yang turut memandangnya pelik.

Ben membawa Dayana yang tidak sedarkan diri ke kereta dan ingin segera keluar dari kawasan masjid sebelum wanita itu kembali sedar dan membuat onar lagi. Anggukkan kecil dihalakan kepada Om sebelum memecut laju keretanya keluar dari perkarangan masjid.

"Abang tahu sayang nak tanya. Nanti kita bercakap ya. Banyak yang abang nak beritahu sayang sebenarnya". Om faham dengan pandangan ingin tahu isterinya.

"Ok. Jom masuk. Melati nak bergambar dengan kak Anis". Lengan Om ditarik kembali ke dalam masjid. Kelihatan Ammar sudah bersiap sedia untuk sesi bergambar mengikut arahan jurugambar. Pelbagai gaya dan aksi yang mereka gayakan. Walaupun nampak malu-malu dan kekok mereka tetap nampak serasi bersama. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.

"Cantiknya kak Anis". Melati cukup teruja melihat kecantikkan kakak iparnya. Berwajah bujur sirih, kulit putih kuning, mata sedikit sepet, hidung pula sederhana tinggi. Kalau tak bertudung mesti orang salah faham ingatkan bangsa cina.

"Cantik lagi isteri abang yang sorang ni". Bisik Om perlahan ke telinga Melati. Melati hanya menjeling geram memandang Om yang sengih-sengih di sisinya.

"Nak bergambar jugak!". Pinta Melati.

"Ini untuk pengantin baru je. Pengantin lama tak valid dah". Usik jurugambar.

"Ala... Mana aci". Melati menjuihkan bibir.

"Marilah Melati. Kita bergambar berdua". Anis mengajak Melati setelah melihat Melati menarik muka apabila ramai yang ketawakannya.

"Terima kasih kak". Jelingan singgah kepada jurugambar sebelum mengambil tempat di sebelah Anis. Om hanya tersenyum memandang isterinya dari jauh. Bergambar bukan kegemarannya.

'Harap-harap Ben dapat nikahi Dayana dengan segera'. Keluh Om di dalam hati. Risau Dayana kembali membuat onar lagi. Perangkap tangkap basah tidak cukup untuk buatkan mereka berdua berakhir dengan pernikahan. Mungkin berita Dayana berbadan dua masih belum sampai ke pengetahuan kedua orang tuanya.

"Abang!!! Jomlah bergambar sama-sama". Ajak Melati. Om hanya menggelengkan kepala dari jauh.

"Ala pengantin lama pun boleh bergambar. Jomlah". Ajak jurugambar pula.

Om beralah akhirnya kerana desakan semua. Beberapa keping gambar Om dengan Melati sempat dirakam dalam pelbagai gaya dan aksi. Namun aksi Om meniup mata Melati yang mengadu pedih mencuri perhatian jurugambar. Dengan ketinggian Melati yang tidak seberapa kalau hendak dibandingkan dengan Om, nampak sangat comel. Kakinya menjingkit sedikit supaya Om tidak terlampau menunduk. Kedua-dua tangan Melati melekat di dada Om. Umpama aksi yang dirancang.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now