Bab 24

5.3K 150 0
                                    

Om mengemaskan selimut di badan Melati yang kosong tanpa seurat benang supaya tidak kesejukan. Dahi isterinya dikucup lama sebelum beralih kedua belah pipi dan sekilas di bibir.

Hujan turun dengan lebat sekali. Kedinginan terasa mencekam tulang belulang Om. Digagahi jua membersihkan diri seawal 4 pagi. Keinginan bersujud kepada Allah S.W.T sangat menebal ketika tu.

Usai solat hajat dan tahajud, Om kembali menyiapkan kerja-kerjanya yang tertangguh kerana gangguan Dayana. Hampir subuh keseluruhan draf awal siap untuk penilaian. 'Harap-harap tangan ajaib aku ni masih membuahkan hasil'. Bicara Om di dalam hati.

"Auww...". Melati memegang bawah perutnya. Terasa sakit apabila dia cuba untuk berdiri. Malahan seluruh tubuhnya terasa lenguh-lenguh. Tompokan merah pekat kelihatan di cadar berwarna hijau cair.

"Kenapa sayang!!!". Laju Om menghampiri isterinya.

"Sakit lagi ke?". Tanya Om. Panik melihat dahi Melati berkerut menahan sakit.

"Sakit sikit". Jawab Melati perlahan.

"Tolong ambilkan tuala Melati boleh". Pinta Melati. Hendak berlari terus ke bilik air tak boleh dengan selimut tebal macam ni.

"Pandang sana la abang". Pinta Melati lagi. Malu dengan renungan suaminya.

"Kenapa pulak. Abang je pun bukan orang lain. Lagipun semalam abang dah tengok semuanya". Om senyum melerek melihat wajah isterinya yang merona menahan malu. Tertunduk melati dengan bicara Om.

"Gatal!!!". Perut Om dicubit geram.

"Aduh!!!.. Sakitlah sayang.

"Padan muka. Gatal sangat". Melati menjelirkan lidahnya.

"Eeee... Geramnya abang dengan dia ni". Badan Melati diterkam hingga terbaring terus di atas katil. Bibir isterinya menjadi target pertama dalam melancarkan serangan. Ciuman lembut makin lama makin rakus sehingga desahan demi desahan keluar.

Selimut yang membaluti badan Melati dibuka. Serta merta Melati menyilangkan tangannya di dada. Malu dengan renungan mata suaminya. 'Ish.. Takkan nak..... Yang semalam pun sakit tak hilang lagi'. Melati menelan air liur yang terasa tersekat di tekatnya.

"Comel betul isteri abang". Puji Om. Tangan Melati yang melingkari dada di tarik perlahan. Mengunci di atas kepala isterinya. Terpejam terus mata Melati. Tidak mampu lagi menerima renungan suaminya.

Om memerhati setiap lekuk di badan Melati yang menjadi igauan lenanya.

Perlahan-lahan Melati membuka matanya apabila tiada serangan dari suaminya. Dia cuba untuk beriak selamba bagi menutup rasa malu.

"Kenapa tengok Melati macam ni?. Malu la". Akhirnya itu yang terluah.

Senyuman manis terukir di bibir Om. "Sebab sayang cantik sangat". Bertambah-tambah malu Melati apabila menerima pujian dari suaminya.

"Sayang.... Abang nak lagi boleh tak?". Hujung bibir bawah di gigit.

"Errr...". Mesti berdosa kalau menolak. Tapi mesti bertambah sakit. Macam mana ni. Bicara Melati di dalam hati.

Kemudiannya ketawa Om meletus. "Abang gurau ajelah". Dah pergi mandi. Kejap lagi dah nak subuh". Om kembali terlentang di tilam, sebelah isterinya merenung bumbung telus di atasnya. Langit kelam tanpa bintang.

Melati tidak menunggu lama. Terus dia mencapai tuala dan dililitkan ke badannya.

"Sayang!!!.. Jangan lupa mandi wajib". Laung Om. Tidak jadi Melati melangkah ke bilik air.

"Tahulah!!!". Bentak Melati. Malu sebenarnya. Terkekek ketawa suaminya meletus.

"Suka sangat usik orang. Ya Allah banyaknya". Melati membelek leher dan sekitar dadanya. Terdapat pelbagai saiz gigitan asmara suaminya.

"Jaga dia". Melati berniat membalasnya nanti. Segera dia membersihkan diri.

"Abang... Dah azan ke belum?". Tanya Melati.

"Dah sayang. Kejap ya abang pergi ambil wuduk. Kita solat bersama". Om terus ke bilik air.

Usai solat bersama Om kembali ke Meja kerjanya. "Kalau sayang penat tak payah buat sarapan". Bicara Om. Matanya sudah fokus ke skrin laptop.

Melati tidak membalas bicara suaminya. Menghampiri suaminya. Bahu Om dipicit lembut menghilangkan ketegangan.

Melati bergerak ke hadapan Om. Badan itu ditolak ke belakang sedikit supaya ada ruang sedikit antara meja kerja dengan suaminya. Om mendongak memandang isterinya, tetapi Melati hanya tersenyum penuh makna.

"Ada apa sayang... Abang nak siapkan report ni". Tangannya sudah melekat di pinggang kecil Melati.

"Tak ada apa-apa. Melati cuma nak tolong abang je". Terus dia duduk di paha suaminya. Tangan melingkari leher Om.

"Tolong goda abang ke ni?". Tanya Om separuh mengusik.

"Tak....". Pipi Om dicium sekilas menimbulkan kerutan di dahi suaminya.

Nafas Om menjadi tidak keruan apabila Melati mula meneroka lehernya. 'Putih macam ni mesti besar kesannya nanti'. Melati tersengih sendiri mendengar gelora melanda suaminya ketika itu.

"Sayang....". Mengeratkan lagi pelukannya.

"Jom ke katil...". Pinta Om. Melati tidak dapat menahan ketawa. Akhirnya terlepas juga.

"Kenapa ketawakan abang?". Tanya Om pelik.

"Tak ada apa-apa". Terus Melati melepaskan diri dari pelukan Om.

"Abang siapkan kerja tu dulu ya. Melati lapar. Nak turun makan". Terus Melati bergegas ke pintu bilik.

"Abang macam mana?. Abang masih lapar nak makan sayang ni". Rengek Om.

"Malam nanti". Jawab Melati.

"Janji tau!!!". Om ketawa sendiri. 'Dia kenakan aku rupanya'.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now