Bab 12

5.2K 173 2
                                    

"Sayang... Jom keluar dating". Tali buaian yang menjadi alas duduk Melati ditarik perlahan-lahan.

Pantas Melati menutup buku nota tempat dia meluahkan perasaan. Dia tidak pasti sudah berapa lama Om berada di belakangnya. Risau Om membaca setiap ayat luahannya. Buku itu banyak mengenai Om. Cinta, benci, sayang dan geram bersilih ganti setiap helaian buku nota itu.

"Tak payah sorok la. Abang dah baca tadi". Usik Om. Padahal dia hanya sempat membaca beberapa patah perkataan sahaja.

Melati menarik mukanya. Menahan geram. "En. Om, kalau tak kacau saya tak boleh ke?". Nafas kasar dilepaskan.

"Ala... Dah marah". Om mencebikkan bibirnya.

"Mana tak marah kalau asyik kacau saya je". Balas Melati pula.

"Ok la. Abang janji tak kacau lagi. Tapi...". Dibiarkan tergantung.

"Janji la konon. Jap lagi kacau jugak". Bidas Melati.

"Tau takpe". Balas Om sambil ketawa kecil.

"Jom la keluar dengan abang. Abang bosan la duduk kat rumah. Kita jalan-jalan. Melati cakap je nak kemana. Abang boleh bawakan". Pancing Om.

"Boleh bawa Melati kemana-mana pun?". Duga Melati. Dia berkira-kira hendak mengajak Om ke Rumah Sinar Harapan.

"Ya sayang. Melati cakap je". Umpan dah kena.

"Emmm... Boleh bawa Melati ke Rumah Sinar Harapan?. Sebab hari tu Melati tak sempat nak jumpa dengan Ayah dan adik-adik sebab En. Ammar terburu-buru nak balik sebab risaukan En.Om". Dengan penuh mengharap Melati berbicara.

"Dekat N.sembilan kan?. Jauh jugak tu. Abang dah lama tak drive jauh-jauh". Tutur Om menyebabkan air muka Melati tiba-tiba berubah mendung.

"Emmm... Tak mengapalah En. Om. Menyusahkan pula. Nanti saya telefon aje la". Hampir menitis air mata Melati.

"Bila abang cakap taknak bawa Melati ke sana. Jangan la buat muka sedih macam ni. Kalau marah takpe. Comel". Usik Om.

"En. Om ni...". Laju tangannya mencubit manja lengan Om.

"Auchhh". Jerit Om.
Kemudian baru Melati tersedar yang dia telah menyentuh Om. Serta merta diserbu malu yang amat. Masing-masing mendiamkan diri.

"Ok jom masuk rumah siap-siap". Ujar Om. Menamatkan tempoh sunyi yang janggal.

"Hah!... Ok Melati Masuk siap sekarang". Laju Melati hendak berlalu sekaligus untuk menghilangkan rasa malu yang amat kerana menyentuh Om tadi.

"Jap.. Ada syaratnya". Om cepat-cepat menghalang Melati.

"Bersyarat pulak. Ikhlas ke tak ni?". Tanya Melati. Kembang kempis menahan geram.

"Mesti la. Payah tau nak dapat khidmat driver hensem macam abang ni tau". Melerek Om memuji dirinya sendiri.

"Yela apa syaratnya driver hensem". Balas Melati.

"Melati cakap abang hensem ya?". Mata dikelip berkali dengan senyum sumbing.

"Melati cakap driver. Bukan abang...". Suara makin kendur apabila menyedari telah terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

CINTA SI MELANKOLIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now