Bab 1

12.4K 177 9
                                    

AMANI menatap ke luar jendela biliknya. Hujan semakin lebat dan tidak kelihatan akan berhenti. Keadaan diluar gelap walaupun jam baru sahaja menunjukkan 5 petang. Hatinya terasa seperti di remuk-remuk saat ini.

Bukan dia tak tahu perangai sepupunya, Farah. Selalu sahaja cari pasal dengannya. Dari kecil sampai ke besar, Farah tak pernah layan dia dengan baik. Tapi, perkara yang dibangkitkan Farah sebentar tadi benar-benar menyakitkan hatinya.

"Kau tak payah nak tunjuk pandai dengan aku. Setakat buat teh, aku pun pandai." Sindir Farah sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.

Amani disuruh ibunya untuk menyediakan teh bagi tetamu mereka yang tak asing lagi, Datin Safiah, adik ipar ibunya. Farah pun turut menziarah bersama. Memang dalam sebulan, paling kurang 2 kali mereka akan datang untuk melawat.

"Apa masalah kau ni, Farah? Aku buat air aje, bukan ajar kau buat air pun." Balas Amani dengan tenang. Tangannya ralit menyusun cawan kedalam dulang.

"Sebab kau nak tunjuk pandai, tu yang aku kena ikut kau masuk dapur ni. Kau memang sengaja buat-buat rajin depan mak aku kan." Tuduh Farah lagi.

"Apa pasal pula aku buat-buat rajin depan mak su ni. Dah mama aku suruh aku buat air, kenalah aku buat."

"Alah, kau sengaja buat rajin depan kami. Mak aku tu, kalau tengok kau buat sesuatu, mesti dia nak aku buat sekali. But, so sorry okay. Aku tak layan benda remeh macam ni. Aku boleh upah orang gaji untuk buat kerja ni. Ops, kau ni memang dah muka macam orang gaji kan, memang padanlah dengan kau." Sindir Farah lagi dengan ketawa mengejek.

Amani beriak biasa. Malas nak melayan karenah sepupunya. Bukan pertama kali Farah menyindirnya begini. Dia sudah lali.

"Kau datang sini nak tolong aku ke nak kacau aku? Kalau kau tak nak tolong, pergi duduk kat depan tu semula." Arah Amani.

"Buat apa aku nak tolong kau. Rumah ni ada orang gaji, tapi kau tetap juga nak buat benda ni sebab nak tunjuk rajin. Ha, buatlah sendiri."

"Kalau macam tu, sila berambus." Kasar Amani menghalau.

"Hey, aku pun tak ingin nak masuk dapur ni. Kalau tak sebab mak aku suruh, aku tak ingin masuk dapur tengok muka kau." Ujar Farah dengan nada agak tinggi.

"Suka hati kau lah Farah. Aku tak paksa kau. Lagipun, aku suka buat kerja macam ni. Bukan ke nanti bila dah kahwin, kita sebagai isteri kena pandai jaga hati suami dengan benda-benda macam ni." Ujar Amani dengan tenang sambil membancuh teko.

"Kau tak payah nak tunjuk baik sangat dengan aku. Nak jaga hati suami bagai. Sepatutnya, kau yang tak kahwin lagi ni, kena jaga air muka mak ayah kau. Jangan sampai menconteng arang ke muka mereka."

Amani mengerutkan dahinya.

"Aku pandai jaga diri aku lah Farah. Thanks for your concern. Tapi, aku masih lagi waras untuk jaga maruah aku dan keluarga kita."

Farah mencebik dengan muka bosan.

"Kau tak payah nak tipu aku. Aku tahu apa kau buat kat luar dengan jantan. Aku nampak sendiri dengan mata aku. Kau keluar berdua-duan dengan lelaki minggu lepas."

Amani menghentikan tangannya. Dia pantas memandang Farah dengan hairan.

"Apa kau cakap ni Farah? Lelaki mana kau cakap ni?" Soal Amani dengan bercengkak pinggang.

"Tak payah buat-buat tak faham lah. Aku nampak kau dengan seorang lelaki di Mid Valley rabu lepas. Apa yang kau dengan jantan tu buat?"

Amani terdiam sebentar. Dia cuba mengingat. Dengan siapa aku keluar berdua-duan? Seingat dia, Rabu lepas, dia keluar ke Mid Valley bersama supervisor dan pekerja yang lain. Itupun sebab dipaksa oleh supervisor untuk ikut sekali meeting di Mid Valley. Tak ada pula berdua-duaan.

"Kau tak payah nak buat muka blur tu. Aku cuma nak ingatkan kau, tak payah nak bergatal sangat di luar. Jaga maruah keluarga kalau kau tu dah tak pandai nak jaga maruah sendiri.

Ini tidak, keluar dengan jantan sana sini. Itu yang aku nampak depan mata. Kalau

dibelakang, entah apa yang kau dah buat kan. Entah-entah kau ni dah tak suci."

"Farah!! Kau jangan melampau. Jangan pandai nak fitnah aku sampai macam tu sekali." Marah Amani. Menderau darahnya dengan tuduhan Farah.

"Hey, aku tak tuduh ya. Aku cuma ingatkan kau. Kalau diri itu dah tak suci, tak payah nak tunjuk baik. Bawa jantan ke hulur ke hilir. Tak malu ke?"

Pang!!!

Satu penampar hinggap ke muka Farah. Berderau darah Amani. Terjegil biji mata Amani macam nak telan Farah hidup-hidup.

"Kau jangan main fitnah aku macam itu. Aku tak ingat pun aku pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Aku masih waras Farah. Aku pandai jaga diri aku lagi. Kau itu yang sepatutnya risaukan diri kau.

Aku sayangkan keluarga aku. Aku takkan sekali-kali calarkan nama baik keluarga aku. Kau tak patut cakap benda macam ni. Kita semua satu keluarga." Tinggi suara Amani membela diri.

Farah memegang pipinya yang panas kerana ditampar tadi. Matanya bulat memandang Amani. Memang nak mati perempuan ni.

"Keluarga? Kau pasti ke pasal tu?" Soal Farah dengan sinis sambil menurunkan tangannya dari pipi. Perlahan-lahan dia mendekati Amani.

"Kau dah lupa ke kau tu siapa? Kau tu hanyalah anak angkat. ANAK ANGKAT!!" Farah sengaja menekan suaranya.

Amani terdiam.

"Kau tak payah buat muka terkejut. Kau memang dah tahu perkara ni dari dulu lagi. Aku cuma nak ingatkan siapa diri kau sebenarnya." Ujar Farah dengan bengis lalu keluar dari dapur.

Amani menutup matanya dengan perlahan. Air mata berjuraian dengan lebat, selebat hujan di luar. Kebenaran yang selama ini cuba dilenyapkan diingatkan semula. Iya, Amani adalah anak angkat kepada Puan Latifah dan Datuk Johan.

Dia mengetahui kebenaran ini ketika umurnya mencecah 8 tahun. Ketika itu, ahli keluarganya berjanji untuk tidak mengungkit lagi perkara ini. Kuburkan semua ini. Anggap semuanya seperti ahli keluarga sendiri.

Memang ibu bapanya berjanji untuk tidak mengungkit lagi perkara ini. Tetapi, kebenaran tidak akan pernah dapat dilupuskan walau berapa kali cuba untuk dilupakan. Amani sedar, ibu bapanya tidak pernah menyebut perkara ini semenjak itu.

Ini semua salah Adam Danish Bin Abdullah!! Kalau tak di sebabkan dia, Farah tak akan mencerca dia sebegini rupa. Menyesal pun ada keluar bersama dia minggu lepas. Kalau tak disebabkan dia itu supervisor practical training, memang tak ingin Amani keluar bersama. Adam Danish, mengelegak panas Amani apabila teringat nama itu.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now