1🌟

851 138 16
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Busan University, South Korea

PAAAPPP!

"Arghh!!" Jimin menjerit kesakitan apabila punggungnya terhentam pada permukaan lantai di dalam perpustakaan universitinya.

"Tulah kau siapa suruh tak hati-hati. Kan dah jatuh..padan muka!"

Gadis tersebut menjelirkan lidahnya kepada Jimin yang sedang mengusap punggungnya akibat terjatuh tangga ketika ingin mengambil buku di rak bahagian atas.

"Diamlah bodoh! Aku suruh kau pegang tangga tu tapi kau tak pegang! Sakit bontot aku tahu tak?!" Marah Jimin pada gadis tersebut, Angela.

Angela hanya menayang riak tidak bersalah pada wajahnya. Nasib baiklah kawasan yang mereka berada sekarang tak ramai dengan mahasiswa dan mahasiswi lain. Kalau tak, buat malu je.

"Hoi!" Jimin dan Angela berpaling ke arah gerangan yang memanggil mereka.

"Aku?" Jari telunjuk Jimin ditujukan pada dirinya sambil menjongketkan kening memandang lelaki yang berada di hadapannya, Han Jisung.

"Kaulah budak nerd! Kalau nak bercakap better kau berambus keluar dari perpustakaan ni. And one more thing.. bawa sekali 'kawan hantu' kau tu keluar. Tak payah nak buat bising dakam ni. DASAR GILA." Bidas Han seraya menjeling ke arah Jimin yang masih terpinga-pinga.

Han terus mencapai sebuah buku tebal lalu kaki dibuka beredar dari kawasan rak buku tersebut.

"Lain kali tak perlulah cakap kuat-kuat. Kan dah kena setepek 'gila' dari budak tu. Padan muka! HAHAHAHA!!" Angela tergelak besar setelah mendengar panggilan Han kepada Jimin.

Nerd dan Gila. Amat sesuai sekali dengan perwatakan lelaki tersebut semenjak mereka mula berkawan beberapa belas tahun yang lepas.

"Kau kalau satu hari tak kacau aku boleh tak?! Rimaslah!" Jimin terus berlalu pergi meninggalkan Angela dengan wajah yang merah padam menahan geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau kalau satu hari tak kacau aku boleh tak?! Rimaslah!" Jimin terus berlalu pergi meninggalkan Angela dengan wajah yang merah padam menahan geram.

Dasar hantu! Buat orang sakit hati je!

Angela berlari mendapatkan Jimin yang mula duduk di salah sebuah kerusi seraya membuka buku yang diambilnya tadi.

"Jimin maaflah..aku gurau je tadi.." Angela memohon maaf seraya menongkat dagu memandang Jimin yang mula fokus dengan pembacaannya.

Jimin diam tanpa merespon. Sekali-sekala matanya meliar ke segenap ruang dalam perpustakaan tersebut.

Terdapat banyak makhluk yang berterbangan. Ada juga yang berada di beberapa kawasan sambil merenung manusia-manusia yang sedang melakukan tugasan mereka.

Wajah mereka ada yang mereput, ada yang sudah nampak tempurung kepala dengan air liur yang sentiasa meleleh.

Ada juga yang berdiri di atas meja sambil mencangkung, makhluk yang melekat pada dinding pun ada.

Selama Jimin hidup, pada mulanya dia sangat takut kerana dapat melihat perkara-perkara sebegitu. Namun, sejak kedatangan Angela, roh gadis itu yang banyak membantunya dalam mengawal perasaan takut apabila ternampak makhluk-makhluk mengerikan seperti mereka.

Jimin menoleh ke sisi meja. Terdapat seekor makhluk kecil yang bertubuh sedikit gempal sedang merenungnya dengan mulut yang melopong besar. Mata hitamnya terbeliak memandang Jimin sambil dagunya di daratkan di atas meja.

Seram. Tapi dirinya sudah terbiasa dengan perkara-perkara sebegitu. Ada lagi yang lebih teruk dia pernah nampak.

"Jimin-"

"Tolong diam. Aku nak fokus dan jangan buat bising." Potong Jimin merendahkan suaranya agar penghuni lain tidak mendengar dirinya bercakap.

Nanti dia dicop 'gila' sekali lagi oleh mahasiswa dan mahasiswi lain. Dia sudah lali. 19 tahun dia terpaksa hadap kata-kata kesat oleh orang sekeliling kerana selalu bersikap aneh. Sebab itula Jimin tidak mempunyai kawan.

Semua orang takut ingin mendekatinya. Bukan itu saja, orang sekeliling yang berkata dirinya gila, dia akan memberitahu mereka bahawa terdapat ramai makhluk yang mengerikan ikut mereka sehingga pulang ke rumah.

Mereka terus menjadi takut dan mula menjauhi Jimin. Jimin tak kisah dengan semua itu. Lebih baik dia berkawan dengan hantu berbanding manusia yang banyak jenis dan ragam.

Angela memuncungkan bibir seraya memeluk tubuh. Dia mahu mencari perhatian Jimin sahaja. Tapi disebabkan dirinya, Jimin yang terkena tempias dengan orang sekeliling yang melihatnya.

"Kejap lagi aku ada kelas multimedia. Tolong jangan kacau aku kalau kau masih nak jadi kawan aku. Titik."

Kata Jimin tanpa nada. Angela memasamkan muka. Susah betul ada kawan yang sensitif ni!

TBC
☄️

Maaflah kalau chapter ni sampah dan bosan. Shaf nak bagitahu bahawa story ni tiada story line dan tulis ikut suka hati. HUHUHU
ಠ ͜ʖ ಠ jadi Shaf harap story pelik ni dapat sambutan dan sedekahkan commeent dan vote❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now