8🌟

456 92 17
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Naura!" Panggil Jimin seraya meninggikan suaranya.

Naura yang berjalan jauh di hadapannya berhenti lalu tubuh berpaling menghadap Jimin yang sedang termengah-mengah berlari.

"Kenapa ni?" Soal Naura setelah Jimin sudah berada di hadapannya.

Jimin menarik nafas dan hembus. Struktur tubuhnya yang membongkok ditegakkan.

"Angela minta maaf pasal semalam. Dia dah cerita pada saya apa yang jadi pada awak dan keluar awak-"

"It's okay, Jimin. Saya tak kisah pun. Abang saya tu je nampak je sado tapi sebenarnya takut hantu."

Cantas Naura dan mengundang gelak tawa mereka berdua. Seketika keadaan menjadi senyap sebelum seseorang menegur mereka dari belakang.

"Sorry ganggu, awak ni Kim Naura ye?" Soal seseorang sambil menatap wajah Naura dengan tanda tanya.

Jimin dan Naura berpandangan seketika sebelum gadis itu berpaling menghadap lelaki yang menegurnya.

"Ya saya. Kenapa ya?" Tanya Naura. Lelaki tersebut mengeluarkan sesuatu dari belakangnya kemudian diberikan kepada Naura.

Naura terdiam melihat jambangan bunga ros yang diberikan kepadanya. Jimin juga begitu, dia hanya menatap jambangan tersebut sebelum mengetap bibir.

"Un-untuk saya?" Lelaki tersebut mengangguk mengiyakan. Jambangan tersebut bertukar tangan. Belum sempat Naura ingin bertanya siapa yang memberi bunga ini, lelaki itu meminta sudah meminta diri untuk beredar.

"Untunglah orang tu ada secret admire.." Tutur Jimin dengan nada sayu. Naura menatap Jimin yang sedang mencuka.

Gadis itu berjalan ke arah tong sampah kemudian jambangan bunga yang berada di tangannya dibuang ke dalam tong sampah tersebut.

"Naura! Kenapa buang bunga tu?" Tanya Jimin terkejut dengan tindakan gadis itu.

"Ermm..Angela mana?" Soalan dibalas soalan. Naura cuba untuk menukar topik perbualan. Jimin tidak memberikan respon.

Naura tersengih sebelum lengan Jimin diraihnya. Lelaki itu terkaku buat seketika sebelum menatap wajah Naura yang sedang tersenyum.

"Jom dating sebelum masuk kelas?" Terus Naura menarik Jimin masuk ke dalam Kafeteria Universiti Busan.

Jimin hanya diam tanpa bersuara. Naura yang menarik lengannya dibiarkan.

Mata-mata yang memandang mereka seperti tidak puas hati sahaja kerana Naura, si gadis cantik, comel dan sempurna berjalan bersama orang yang aneh sepertinya.

💟


"Wei..aku dah bagi dia bunga yang kau suruh tapi dia buang dalam tong sampah. Kau nak aku buat apa lagi?"

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now