17🌟

376 74 12
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Jungkook..awak nak bawa saya kemana ni?" Tanya Naura gusar setelah melihat keadaan sekeliling yang dikelilingi pokok.

"Aku nak bawak kau balik rumah 'kita' lah.." jawab Jungkook dingin. Sudah hampir satu jam setengah dia memandu membuatkan Naura sedikit takut kerana kata lelaki itu setengah jam saja lagi. Tapi ni sudah lebih.

"M—mana ada rumah dekat sini. Orang pun takde. Takkanlah rumah awak dalam hutan?"

Soal Naura curious dengan status suaminya itu. Takkanlah rumah Jungkook dalam hutan? Dia ni orang apa? Orang asli tapi bawak kereta mercedes? Tak sangka pula orang asli pun dah maju..

"Rumah aku atas pokok sebabtulah kau tak nampak. Dah jangan tanya lagi. Sekali lagi kau bukak mulut tak sempat sampai rumah aku makan kau dalam kereta ni.." Ugut Jungkook seraya mengerling Naura yang sudah terdian seribu bahasa.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta mercedes berwarna hitam berhenti tepat di hadapan sebuah pagar besi yang tinggi.

Naura mengerutkan dahi tak faham. Takde rumah tapi ada pagar? Dia mahu bertanya tapi takut Jungkook akan memarahinya nanti.

Klerkk..

Pagar besi yang tinggi tersebut terbuka dengan sendirinya sehingga menghasilkan bunyi yang bingit seperti besi yang sudah berkarat.

Jungkook hanya diam sambil tangannya memegang stereng. Kereta miliknya meluncur laju memasuki pagar tersebut.

Selepas 2 minit perjalanan, barulah Naura perasan ada sebuah rumah yang besar bak istana tersergam indah di dalam hutan tersebut.

Selepas 2 minit perjalanan, barulah Naura perasan ada sebuah rumah yang besar bak istana tersergam indah di dalam hutan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rahang gadis itu terjatuh selepas melihat rumah yang berada di depannya ini. Ini rumah ke istana? Besar gila!

"Tak payahlah buat muka macamtu..aku tahulah aku ni tak kaya mana ini je aku mampu buat." Ujar Jungkook seraya bibir dicebikkan.

Naura memukul bahu lelaki itu sehingga lelaki itu meringis kesakitan.

"Ini awak cakap tak kaya?! Ini lebih dari kaya awak tahu tak?! Saya pun tak mampu nak beli rumah macam ni.." tutur gadis itu perlahan.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now