🌟-THE END-🌟

400 47 12
                                    

-----

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

-----

"Hutan kematian atau dikenali sebagai Dead Forest telah terbakar akibat daripada letusan besar yang terhasil dari sebuah bangunan konkrit yang dipercayai bangunan tersebut merupakan tempat pemujaan dilakukan oleh Lagenda Penguasa Dunia iaitu Leon Javier pada 19 November 2020. Setelah disiasat oleh beberapa pakar forensik dan pihak hospital, pihak polis telah mengesahkan bahawa seramai 45 mayat dijumpai dan dipercayai bahawa mereka semua merupakan pengikut-pengikut Leon Javier dan hampir 80% daripada mereka disahkan telah hidup selama lebih dari 400 tahun...."

"Nah.." Jimin yang ketika itu sedang menonton televisyen yang memaparkan dua orang pembaca berita sedang membentangkan isu semasa berkaitan kejadian yang telah berlaku di Eropah pada hari semalam, disapa oleh Bailey.

Lelaki bunian itu menghulurkan secawan kopi panas buatannya. Jimin menggeleng sambil menolak tangan Bailey lembut. Bailey menghelakan nafas kecil. Kopi panas diletakkan di atas meja disisinya sebelum menatap wajah pucat Jimin.

Jelas terlihat wajah lelaki itu sangat pucat dengan bibirnya yang merekah, bawah mata yang lebam dan kemerahan kerana menangis tanpa henti serta tubuh lelaki itu juga makin susut. Sudah dipaksanya untuk makan namun ditolak sehinggalah sekarang.

"Jimin...isilah perut kau tu sikit. Sekurang-kurangnya kau ada sedikit tenaga. Aku takut kalau kau tiba-tiba pengsan semasa upacara pengebumian nanti.." pujuk Bailey lagi. Sejak dari semalam, mulutnya tidak henti-henti memujuk Jimin dari Eropah sehinggalah selamat tiba ke Korea Selatan semula. Dan orang pertama yang paling gembira sekali adalah Park Jinyoung, abang Jimin.

"Aku takde selera." Jawab Jimin ringkas tanpa nada. Sepasang matanya yang sembab menatap ke arah sebuah frame yang terpapar wajah Kim Naura yang sedang tersenyum nipis. Dikeliling gambar itu, terdapat banyak bunga dan lilin yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja mendiang Tuan Kim dan Puan Kim serta beberapa kenalan rapat mendiang Kim Taehyung sebagai tanda menghormati si mati.

Bailey mencapai remote tv lalu volume diperlahankan apabila pembaca berita sudah beralih ke topik yang lain. Kelihatan semakin ramai orang yang lalu-lalang meletakkan bunga di depan frame keluarga Kim kemudian menunduk hormat pada si mati sebelum melangkah keluar dan mendapatkan kenalan mereka yang lain.

"Jimin." Bailey menoleh ke belakang apabila disapa Jinyoung. Mereka berdua berbalas senyuman sambil langkah kaki Jinyoung diatur mendekati mereka. Jinyoung masih lagi tidak tahu bahawa dia, Melian dan Pakcik Callon merupakan orang bunian. Identiti mereka disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Takut jikalau ada yang tahu, masak mereka jika perkara ini semakin tersebar.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin