3🌟

492 118 8
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"

Kau-kau boleh nampak dia?" Soal Jimin seraya jari telunjuknya ditujukan pada Angela yang masih terkaku. Naura mengangguk kecil sambil tangannya mengutip kertas-kertas yang bersepah di atas meja.

"Kau pun sama macam aku? Boleh nampak hantu?" Soal Jimin sekali lagi dengan wajah berkerut seribu.

"Saya tak boleh nampak hantu. Tapi saya dapat rasa akan kehadiran mereka. Saya dapat rasakan yang ada seseorang di meja ni selain kita berdua. Apa nama kawan awak tu?" Soal Naura sambil tersenyum.

Jimin dan Angela saling berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang Naura kembali.

"Nama dia Angela. Kitorang dah lama kawan dari aku kecil lagi sampai sekarang. Tapi yang banyak perubahan aku. Dia dari dulu sampai sekarang sama je langsung tak berubah." Jawab Jimin mengundang tawa mereka berdua.

Wajah Angela mula bertukar keruh. Hatinya tiba-tiba direntap rasa sakit yang sudah lama dia tidak rasakan.

Kemesraan Park Jimin dan Kim Naura membuatkan hatinya sakit.

Maka, Angela pilih hanya untuk berdiam diri sambil melihat kemesraan yang dipaparkan oleh dua insan di hadapannya.


💟


Jimin melemparkan begnya di atas sofa single lalu tubuhnya direbahkan di atas katil. Peluh yang menitis di dahi diraupnya.

Mata dipejamkan seketika sebelum kembali tercelik. Dia merasakan sesuatu yang tidak kena.

Jimin bangun dari perbaringan seraya melihat semua sudut di dalam biliknya. Angela tiada.

"Angela? Kau kat mana?" Langkah Jimin diatur menuju ke bilik air. Tiada.

Kemudian lelaki itu turun ke tingkat bawah dan mencari-cari kelibat kawan hantunya itu. Juga tiada dimana-mana.

"Kau cari apa?" Tanya Park Jinyoung yang merupakan abang sulung kepada Park Jimin.

Dahi lelaki itu berkerut melihat adiknya mundar-mandir mencari sesuatu.

"Kau nampak kawan aku?" Soal Jimin sambil matanya meliar mencari kelibat Angela.

"Kawan kau? Kau balik sorang je tadi. Kawan mana kau cakap ni? Angela?"

Jimin menepuk dahi. Baru dia teringat hanya dirinya seorang yang berbeza. Jinyoung tidak akan nampak Angela melainkan dirinya sahaja.

"Ermm..takde papelah." Balas Jimin lalu langkah kakinya diatur menaiki tangga dan memasuki biliknya semula.

"So childish." Jinyoung menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Jimin. Susah kalau dapat adik yang berimaginasi tinggi ni.

💟

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now