9🌟

448 95 41
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jimin menatang sepinggan lamb chop bersama segelas ice lemon tea sambil matanya meliar mencari tempat duduk yang berada di dalam kafeteria.

Kemudian, matanya tertacap pada satu-satunya rakannya yang sedang menikmati spaggetti carbonara di meja yang berada di sebelah dinding.

Lantas kaki Jimin diorak ke arah gadis itu. Angela yang berada di sisinya hanya mengikut tanpa banyak kata.

"Hai Naura." Sapa Jimin seraya melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Naura.

"Hai Jimin." Balas Naura seraya mengukir senyuman kecil.

"Naura kau ok?" Soal Angela pula setelah duduk di sisi Jimin.

Naura tersenyum sambil mengangguk kecil. Jimin menatap wajah gadis itu membuatkan Naura yang perasan berpaling muka tidak mahu membalas tatapan lelaki itu.

"Kenapa bibir awak pecah ni? Siapa yang buat?" Soal Jimin. Dagu gadis itu dipegang membuatkan wajah mereka bertatapan antara satu sama lain.

Naura meneleng ke tepi sehingga jemari Jimin yang memegang dagunya terlepas.

"Saya oklah. Awak tak payahlah risau." Balas Naura lalu menyuap spaggetti masuk ke dalam mulut.

Kemudian, matanya tertacap pada seorang lelaki yang sedang berjalan bersama seorang gadis seksi. Pinggang gadis seksi itu dipegang oleh lelaki tersebut.

 Pinggang gadis seksi itu dipegang oleh lelaki tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kim Taehyung.

Setiap minggu lelaki itu akan bertukar pasangan. Girlfriend-girlfriend nya pula semuanya cantik-cantik belaka serta mempunyai tubuh yang seksa.

Silap. Seksi.

"Naura." Angela memetik jari membuatkan lamunan Naura terhenti.

Dia memandang wajah Angela dan Jimin silih berganti.

"Aku panggil kau dah lebih dari 5 kali tau! Kau pandang apa?"

Soal Angela sambil menatap wajah Naura lama. Naura memohon maaf sebelum menyepikan diri.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now