31🌟

293 55 5
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"JIMIN, TUNDUK!!" Jerit Jack lantang.

Jimin segera tunduk menyiarap ke tanah apabila dia terdengar bunyi gergaji yang jatuh hampir mengenai kepalanya.

Dadanya berombak kencang bersama wajah yang sangat takut dan pucay apabila mata gergaji dan wajahnya hanya berjarak 2 inci saja.

"Jimin! Kau ok?" Soal Jack gelisah. Suaranya saja bergema di dalam minda Jimin manakala tubuh makhluk itu sudah ghaib.

"A—aku ok.." jawab Jimin gagap. Perlahan-lahan lelaki itu bergerak ke tepi agar gergaji itu tidak bergerak jatuh ke wajahnya.

Setelah itu, Jimin dapat menghembuskan nafas lega. Nyawanya sekarang hanya berada di hujung tanduk! Dia hampir mati disebabkan gergaji tersebut.

Kalini, Jimin bergerak dengan kadar yang perlahan dan penuh berhati-hati. Biarlah lambat asalkan selamat. Sekarang baru dia faham kenapa orang yang tak mahu meneruskan kehidupan mereka akan datang ke hutan ini.

Pijak saja di tanah yang bahaya ni, ssup! Nyawa mereka akan terus melayang!

Jimin membuka langkah dengan penuh waspada sambil matanya meliar melihat sekeliling, dapat dia lihat terdapat banyak rangka manusia yang bersepah di merata-rata tempat.

"Jimin, hati-hati." Pesan Jack membuatkan Jimin tersentak dan kembali fokus pada keadaan di sekelilingnya.

Sekali lagi, dia cuai! Lelaki itu terpijak ranting kayu dan—

Zzap!!

"ARGHHH!!" Jimin menjerit kesakitan sehingga dia jatuh menggelupur di atas tanah. Belakang badannya dirasakan sakit yang menyengat setelah ada sebilah perang jatuh dari sudut belakang Jimin menyebabkan mata parang itu membuat corak garisan yang panjang di belakangnya.

"Jimin! Baju belakang kau sudah dipenuhi darah!" Ujar Jack, cemas. Ingin saja makhluk itu berlari mendapatkan Jimin, namun disebabkan hutan ini sudah dipenuhi dengan bacaan mantera dan azimat di setiap pokok dia tak dapat masuk.

Jimin mengerang kesakitan kerana kepedihan yang dirasakan. Setelah beberapa saat dia cuba untuk menenangkan diri, akhirnya dia bangkit semula dalam keadaan yang termengah-mengah.

Nafas lelaki itu mulai tersekat-sekat. Dia dapat rasakan bahawa parang yang jatuh sehingga menghiris kulitnya itu, bukanlah parang biasa. Tapi, parang itu seperti sudah diletakkan sesuatu yang dia sendiri tak pasti kerana apabila mata parang itu terkena pada kulitnya, darah pekat terus meluncur keluar dengan banyak sekali.

"Jimin..berehat dulu.." pinta Jack namun ia mendapat balasan gelengan dari lelaki itu.

"Masa itu emas, Jack. Aku perlu selamatkan  Angela dari iblis jahanam tu!" Bidas Jimin dengan keras.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now