15🌟

390 74 15
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

2 minggu kemudian..

Kring! Kring!

Deringan telefon yang bergema di ruangan milik Naura terus-terusan berdering tak henti-henti.

Lantas Naura mencapai telefon pintar miliknya lalu di silent-kan.

Kemudian, telefon pintar tersebut dicampakkan ke atas katil lalu gadis itu menyembamkan wajah di bantal gebu miliknya.

"Tskk.."

Air mata Naura bercucuran jatuh menyebabkan bantal miliknya sudah basah.

"Maafkan saya Jimin.." lirihnya berkata.

Ya. Orang yang menelefon Naura sebentar tadi adalah kekasih hatinya, Park Jimin. Sudah 2 minggu gadis itu terperap di dalam bilik selepas kejadian dia bertengkar dengan Taehyung.

Makan minum juga tak dijaga. Pintu sentiasa dikunci agar si abang tak dapat masuk. Yang dibenarkan hanyalah Puan Kim seorang.

Tok! Tok!

"Naura..buka pintu ni sayang..omma ada hal sikit nak bercakap dengan kamu.." Pinta Puan Kim lembut.

Naura yang berada di dalam menyeka air matanya dan menarik nafas sebelum dihembuskan.

Gadis itu turun dari katil lalu menghampiri pintu. Tombol dipulasnya perlahan dan terpacullah wajah sedikit kedut milik ibunya.

Puan Kim mengukir senyuman kecil sebelum melangkah masuk ke dalam bilik anak perempuannya.

Punggungnya dilabuhkan di atas katil. Naura juga berbuat demikian. Dia duduk di sisi ibunya seraya kepalanya di letakkan di bahu Puan Kim.

Puan Kim mengukir senyuman kecil lalu telapak tangan Naura digenggam erat.

"Naura..kamu kan nak kahwin..makan minum tu kenalah jaga barulah pengantin perempuan berseri-seri.."

"Naura taknak kahwin dengan Jungkook." Balas Naura lemah. Puan Kim melepaskan keluhan kecil.

"Janganlah macamtu sayang..umur kamu dah sesuai untuk berkahwin. Nanti cepatlah omma dapat cucu—"

"Naura nak kahwin dengan Park Jimin bukan Jeon Jungkook! Naura tak kenal Jungkook! Kalau Naura kahwin dengan dia..Jimin macam mana? Lagipun kami tengah bercinta. Tapi disebabkan perkara ni.. Naura terpaksa terperap dalam bilik tak dapat jumpa Jimin! Kelas pun Naura tak attend!"

Cantas Naura dengan nada suara meninggi. Seketika dia kembali terdiam apabila melihat wajah keruh Puan Kim.

"Omma..Naura minta maaf..Naura cuma—"

"Takpe..omma faham. Kamu berjumpalah dengan Jimin dan terangkan pada dia tentang hal yang sebenar. Omma bukan apa..kalau bukan disebabkan gambar yang Taehyung tunjuk haritu..mungkin omma akan terima Jimin sebagai menantu.."

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now