27🌟

320 61 11
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Sweden, Europe
(3000 tahun yang lalu..)

Sepasang suami isteri dalam lingkungan 20-an kelihatan sedang bersujud di depan sebuah gua pada waktu malam di bawah bulan mengambang.

Masing-masing diam tak berkutik walaupun sesaat. Hampir 1 jam mereka bersujud, tiba-tiba ada seekor makhluk yang amat menggerunkan keluar dari gua yang gelap tersebut.

Makhluk itu mempunyai dua tanduk yang besar di atas kepalanya. Matanya pula kelihatan merah menyala pada waktu malam bulan mengambang serta mempunyai ekor yang panjang. Dia juga mempunyai sepasang sayap hitam beraura kegelapan yang  besar. Gigi dan kukunya pula sangat runcing. Wajahnya juga sangat-sangat hodoh.

"Apa hajat kalian kemari wahai manusia?"

Soal makhluk hodoh tersebut yang bernama Lucifer dengan nada suara yang berat. Kedua-dua manusia di depannya itu mula bangun dari bersujud kemudian mereka merapatkan sepasang telapak tangan masing-masing dan dibawa ke dada.

"Maafkan kami kerana mengganggumu, wahai Sang Penguasa Dunia. Kami datang kemari mempunyai hajat yang besar dan berharap Sang Penguasa dapat menunaikan hajat kami ini.."

Ujar lelaki itu seraya memandang makhluk di depannya itu dengan penuh harapan.

"Apakah hajat kalian wahai manusia..?" Soal Lucifer sekali lagi.

"Sudah hampir 2 tahun kami berumahtangga namun sehingga sekarang kami masih tidak mempunyai seorang cahaya mata. Bolehkah Sang Penguasa membantu isteri saya agar dia dapat mengandung dan melahirkan cahaya mata kami yang pertama?"

Pinta si suami sambil menatap wajah hodoh Lucifer. Dia tak sanggup menahan lagi apabila melihat rakan-rakannya sudah mempunyai cahaya mata sedangkan dia? Seorang cahaya mata pun tidak ada lagi.

Jadi, dia dan isteri memutuskan untuk berjumpa dengan Sang Penguasa Dunia dan meminta pertolongannya agar dapat menolong si isteri mengandungkan anak pertama mereka.

"Apakah kau sudah membuat keputusan yang betul untuk meminta bantuan dariku? Apa yang akanku dapat sekiranya aku tunaikan hajatmu, wahai manusia?"

Soal Lucifer seraya menarik senyuman sinis. Wajah manusia-manusia di depannya dipandang tajam.

Sepasang suami isteri itu mengangguk serentak. Mereka sudah memikirkan semuanya sebelum mereka berjumpa dengan Lucifer.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now