14🌟

407 81 20
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jimin dan Naura masing-masing diam membisu ketika Angela mula bercerita tentang dirinya suatu ketika dahulu.

Mereka berdua terlalu khusyuk mendengar sehingga tidak perasan bahawa jam sudah menunjukkan 9.50 p.m.

"Seronok sangat ke dengar story aku yang menyedihkan ni?"

Soal Angela seraya berpaling ke arah dua rakannya itu. Naura mengukir senyuman kecil manakala Jimin hanya diam sambil menatap wajah pucat rakan hantunya itu.

"Kenapa kau tak pernah cerita kat aku pasal ni yang kau dah hidup berabad lamanya? Kau.. tak lonely ke duduk sorang-sorang dekat bumi?"

Soal Jimin tanpa nada. Matanya tidak lari dari memandang wajah Angela.

"Sebelum aku jumpa dengan kau aku rasa sangat sunyi. Bertahun-tahun aku dekat bumi ni sorang-sorang tanpa teman untuk berkawan. Tapi..aku dah biasa sebab masa aku hidup dulu pun aku sunyi.."

"Macam mana kau boleh mati?" Tiba-tiba soalan yang sudah lama terpendam di benak hati Naura akhirnya dikeluarkan jua.

Naura sudah lama ingin bertanya soalan itu cuma takut Angela tidak suka.

"Aku mati sebab...aku bunuh diri." Jawab Angela tanpa nada. Sepasang mata Angela berpaling dari memandang kedua-dua rakannya itu dan hanya menatap ke arah tasik tenang di hadapannya ini.

"Kenapa kau bodoh sangat sampai nak bunuh diri? Dah takde otak ke? Mana letaknya akal fikiran kau yang Tuhan berikan?" Soal Jimin bertubi-tubi.

Lelaki itu sudah mula terikutkan emosi. Geram dengan Angela yang memaparkan riak tanpa perasaan itu.

"Aku sendiri dah cerita dekat kau.. aku kawan dengan siapa..dan kau dah dapat analisis kawan aku tu jenis yang macam mana..kau expect apa? Time tu umur aku 9 tahunlah bodoh! Aku mana tahu apa-apa!"

Bidas Angela dengan nada tidak puas hati. Naura cuba untuk menenangkan keadaan yang mula menegang.

"Aku ni kawan kau tahu tak?! Aku sayang kau! Bila aku dengar cerita kau ni aku rasa macam nak hidup zaman dulu! Aku tak suka kau kena buli! Aku tak suka kau dipinggirkan oleh keluarga kau sendiri! Aku tak suka kau duduk dalam 'makmal' kosong tu sorang-sorang tahu tak?! Aku..aku dapat rasa yang kau terseksa! SANGAT-SANGAT TERSEKSA!"

Balas Jimin dengan nada suara yang ditinggikan. Mujurlah di kawasan tasik yang mereka duduki tiada orang lain selain mereka.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now