23🌟

334 67 7
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Puan! Puan buat apa dalam bilik ni?!"

Terjah seorang lelaki di belakang Naura. Terkejut beruk gadis itu dibuatnya apabila diterjah sebegitu. Nasib baik tak terkeluar jantung!

"Namjoon! Terkejut saya awak terjah macam tu tahu tak?! Saya cuma nak pergi dapur tapi saya tertarik dengan bilik ni. Sebabtulah saya masuk." Balas Naura dengan geram.

Namjoon lantas menutup daun pintu yang bertanda 'X' itu lalu menarik lengan majikannya menjauhi bilik tersebut.

Sampai saja mereka di dapur, lelaki itu melepaskan pegangannya seraya melihat sekeliling agar tiada sesiapa di ruangan dapur kecuali mereka berdua.

Setelah merasakan selamat, lelaki itu menatap wajah cantik majikannya membuatkan Naura jadi tak selesa dengan pandangan itu. Menggerunkan!

"Puan dilarang sama sekali masuk dalam bilik tu! Bukan bilik tu saja. Semua bilik yang bertanda 'X', Puan diharamkan masuk kecuali Tuan Jungkook saja."

"Kenapa pulak saya tak boleh masuk? Bukannya dia tahu pun! Saya tak buat apa-apa pun dalam bilik tu. Saya tengok saja!" Bidas Naura mempertahankan dirinya.

Namjoon meraup wajahnya kasar. Beraninya isteri majikannya langgar pantang larang dalam istana ni.

"Puan tak tahu apa-apa tentang istana ni dan Tuan Jungkook. Jadi, tolong jangan masuk campur hal kami dan puan cuma perlu jalankan tanggungjawab puan sebagai isteri saja. Faham?"

"Apa salahnya kalau saya ambil tahu perihal suami saya? Tak salah kan? Lagipun macam mana saya nak tahu diri sebenar dia sebagai suami? Apa guna saya sebagai isteri?" Soal Naura bertubi-tubi membuatkan Namjoon mengerang menahan marah.

Kenapa isteri majikannya ini sungguh keras kepala?

Tapi, itulah Jeon Naura. Selagi hatinya membuak-buak ingin tahu sesuatu, dia akan berusaha sedaya-upaya untuk mencari jawapan yang dia inginkan. Kalau tidak, selagi itu hatinya takkan tenang.

"Puan kenapa turun bawah? Sekarang baru pukul berapa? Mana Tuan Jungkook?" Soal Namjoon menukar topik perbualan. Dia harus menahan diri dari melukakan isteri majikannya.

Jikalau tidak, sudah pasti Naura akan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan Namjoon sekarang ni.

"Saya mimpi buruk lepastu terbangun. Dah alang-alang ada satu jam lagi sebelum saya perlu siapkan kelengkapan Jungkook, lebih baik saya terus bangun dan buatkan sarapan untuk dia.

Lagi satu, sekarang sepatutnya pembantu-pembantu rumah masih berehat dalam bilik masing-masing, awak pulak? Dari mana? Kenapa pakai baju kerja lengkap pagi-pagi buta macam ni? Awak tak berehat? Siang malam berjaga?"

Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Naura buat Namjoon sakit kepala memikirkan gadis itu. Mulut tu tak boleh berhenti bertanya ke?

"Waktu rehat saya baru saja bermula. Memang kerja saya memantau kawasan istana ni waktu malam dan pakaian ni adalah pakaian formal yang perlu kami patuhi apabila berada disini. Tiada baju lain yang dibenarkan." Balas Namjoon bertubi-tubi. Kalau dia tak jawab, sampai ke fajar hari pun Naura tak habis-habis bertanya soalan yang sama berulang kali.

"Ini amaran saya yang pertama. Tolong patuhi semua pantang larang dan jangan sesekali melanggarnya walaupun sekali. Puan bernasib baik tahu tak sebab Tuan Jungkook takde kat sini kalau tak nyawa saya yang akan melayang. Saya harap puan faham. Saya minta izin untuk undurkan diri kerana ingin berehat."

Selepas berkata begitu, Namjoon menunduk hormat lalu berlalu pergi masuk ke biliknya untuk berehat setelah penat bekerja seharian.

Naura melihat pemergian Namjoon melalui ekor mata. Dia melepaskan keluhan berat. Kenapa semua orang mahu berahsia tentang Jungkook?

"Tak boleh jadi ni..aku mesti tahu status sebenar Jungkook." Gumamnya sendirian.

Naura menarik nafas dalam untuk tenangkan hati dan lupakan tentang status sebenar Jungkook buat sementara waktu.

Naura mencapai bawang merah dan bawang putih untuk dikupas. Kemudian, dia mengeluarkan sosej, carrot, ayam, telur dan sayur.

Gadis itu ingin membuat nasi goreng sebagai sarapannya dan Jungkook nanti. Sekali-sekala suaminya makan masakan dari air tangan isteri sendiri tak salah kan? Bukankah itu sepatutnya tanggungjawab isteri untuk memenuhi keperluan suami?

Sedang leka gadis itu memasak, seorang lelaki melangkah ke ruang dapur apabila dia terdengar bunyi kuali dan senduk berlaga.

"Puan buat apa kat dapur ni?" Segera Naura berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang menegurnya.

"Awak siapa?" Tanya Naura seraya memandang wajah kacak lelaki di hadapannya ini.

"Saya Kim Seokjin, tukang masak dalam istana Tuan Jungkook. Puan buat apa kat dapur ni? Puan sepatutnya tak perlu berada disini kerana semua kerja di dapur adalah tugas saya." Ujar Seokjin seraya menghampiri isteri majikannya.

Naura melepaskan keluhan kecil. Gadis itu menarik senyumannya membuatkan Seokjin hampir terpukau dengan kecantikan Naura.

"Awak tak nampak ke saya tengah basuh baju?" Soal Naura lalu menggelengkan kepalanya. Dah terang-terang nampak dia sedang memasak. Tanya lagi buat apa?

"Saya kan isteri Jungkook. Biarlah saya buat. Nak jugak saya tengok suami saya rasa air tangan saya." Balas Naura sambil tersenyum.

"Tapi p—puan. Biarlah saya yang masak. Puan pergi berehat. Nanti Tuan Jungkook turun dia nampak puan yang masak, habis saya disembelihnya." Pinta Seokjin lalu menarik senduk yang dipegang Naura.

Gadis itu mendengus, kenapa semua orang nak halang dia buat kerja?

Naura kemudiannya berpaling lalu langkah diatur ke bahagian air untuk membancuh air panas pula.

Teko dicapai dan serbuk nescafé dimasukkan ke dalam teko tersebut sebanyak satu sudu kecil.

Selepas itu, air panas dimasukkan ke dalam teko yang berisi serbuk nescafé tadi.

Seokjin yang perasan cuba menghalang isteri majikannya untuk berhenti dari membuat air.

Bukan apa, di ruangan dapur itu terdapat 3 cctv, kalau Seokjin biarkan Naura membuat kerja, Jungkook akan memarahinya kerana membiarkan isterinya melakukan kerja-kerja yang sepatutnya Seokjin buat.

"Puan tolonglah berhenti dan pergi berehat. Biar saya saja yang lakukannya." Pinta Seokjin sekali lagi ingin menarik teko yang berada di tangan Naura.

Naura mengeraskan pergerakannya agar Seokjin berhenti dari menarik teko panas yang dia pegang. Dia mahu membuat kerja bukannya ingin goyang kaki! Bosanlah duduk sini! Rasa seperti dikongkong pun ada!

Oleh itu, berlakulah pergaduhan kecil diantara Seokjin dan Naura yang ingin membuat air.

Dalam masa yang sama, mereka berdua tak sedar bahawa nasi yang digoreng di dalam kuali hampir hangus.

"Puan! Dengar cakap saya! Tolong berhenti biar saya saja yang buat!"

"Awak buatlah kerja lain! Saya nak buat air!"

Seokjin berdengus seraya menggunakan kudratnya sebagai lelaki dan menarik teko panas dari tangan Naura. Namun, sesuatu yang tak dijangka berlaku apabila air panas di dalam teko tersebut tumpah terkena lengan gadis itu.

Naura menjerit kesakitan apabila kulitnya hampir melecur terkena air panas tersebut.

Seokjin terkedu. Apa yang dia sudah buat? Habislah dia—

"Puan!!" Seokjin memegang lengan Naura yang hampir melecur dengan wajah yang gelisah.

"Apa bising-bising ni? Seokjin? Naura?"

TBC
☄️

Ok sumpah aku cakap story ni dah melalut dari jln citer yg sepatutnya😂😂 tapi takpelah aku akan tukar sikit storyline ni..silent readers tolong munculkan diri anda dan sedekahkan vote dan komen❤️❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now