4🌟

485 105 2
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Naura mengangguk memahami. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskannya. Fikiran cuba dikosongkan. Matanya kembali terbuka untuk menatap Angela.

Jari telunjuk dinaikkan. Sedaya-upaya dirinya untuk fokus agar dia dapat menyentuh tubuh Angela.

Dan..

Ia berjaya!

"Tahniah." Tutur Angela sambil mengukirkan senyuman. Seketika, Naura terpegun dengan kecantikan hantu itu.

Angela mempunyai kulit yang mulus dan bersih serta wajahnya tidak seperti orang Korea. Dahinya juga sedikit luas dan mempunyai hidung yang sedikit mancung.

Sempurna. Amat sempurna. Untung Jimin mempunyai Angela sebagai kawan. Jikalau hantu tersebut masih hidup, mesti Angela mempunyai ramai kawan dan secret admire.

"Hai. Nama saya Kim Naura. Boleh kita jadi kawan?" Tanya Naura sambil menatap wajah cantik milik Angela.

"Mestilah boleh. Maafkan aku sebab salah faham dengan kau."

"Takpe..marilah duduk. Saya nak bercakap sikit dengan awak." Ajak Naura seraya melabuhkan punggung di atas katil empuk.

Angela mengangguk lalu punggungnya juga dilabuhkan disisi gadis cantik itu.

"Awak ni siapa sebenarnya? Orang Korea ke? Macam mana awak boleh mati?"

"Tak..aku bukan orang Korea. Aku berasal dari Eropah. Malang tidak berbau, Tuhan tarik nyawa aku dalam keadaan yang tidak tenang sehingga sekarang.

Jasad aku tidak diterima langit dan bumi jadi roh aku berlegar-legar sehinggalah ke sini."

Jelas Angela dan diterima anggukan dari Naura.

"Macam mana awak boleh kenal Jimin? Dan berapa lama korang berdua sudah berkawan?"

"Kau betul nak tahu?" Soal Angela inginkan kepastian. Naura mengangguk tanda yang dia ingin tahu.

💟

12 tahun yang lalu..

Angela sedang berlegar-legar di bumi Korea Selatan. Hantu itu berasa sangat bosan kerana terlalu lama berada di bumi dalam keadaan jasad tidak diterima langit dan bumi.

Suasana pada waktu malam sangat sejuk dan ditemani hujan yang lebat menyebabkan ramai orang berhati-hati berjalan sambil memegang payung agar tidak tergelincir jatuh.

Sambil matanya melihat sekeliling bandar Korea, tiba-tiba ada bunyi dentuman kuat dari arah jalan raya besar.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now