40🌟

253 49 0
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Henrik! Ada jumpa apa-apa tak?" Soal seorang wanita yang merupakan anggota pencarian jasad Angela. Henrik menggeleng-gelengkan kepalanya seraya memandang keempat-empat rakannya yang lain yang sedang sibuk meliarkan pandangan di luar helikopter yang dinaiki mereka.

"Sekarang kita nak cari dimana? Negara ni kan besar! Macam mana nak cari dia dalam tempoh satu hari?" Soal juruterbang helikopter sambil matanya fokus melihat sekeliling. Sesekali, dia akan memandang cermin pandang belakang untuk melihat keselamatan rakan-rakannya.

"James! Perlahankan helikopter. Aku ternampak something!" Laung Mark sambil matanya tidak lepas memandang ke suatu arah menggunakan teropong. Segera James memperlahankan pemanduannya agar Mark dapat mengecam apa yang dilihatnya.

"Wei korang..cuba tengok dekat tengah laut tu. Aku nampak benda yang bercahayalah." Henrik, Nastel, dan Lucas segera menghampiri Mark yang menunjukkan sesuatu arah menggunakan tangan. Lantas Henrik merampas teropong dari tangan lelaki itu kemudian diletakkan di sepasang matanya.

Dapat dia lihat sesuatu yang bercahaya di dasar laut. Walaupun kecil namun cahaya tersebut sangat terang dan hanya benda itu saja yang bercahaya di tengah Laut Baltik tersebut. Nastel mencapai teleskop yang berada di bahagian senjata seterusnya dia melihat cahaya tersebut dengan lebih dekat. Gadis itu mengerutkan dahinya. Betul ke apa yang dia sedang lihat?

"Korang..aku nampak macam m—manusia lah.." ujar Nastel teragak-agak. Lucas dan Mark sedikit terkejut mendengar lontaran wanita itu tapi tidak pada Henrik. Henrik terus merampas teleskop dari tangan Nastel dan menggunakannya seperti yang dilakukan oleh Nastel. Dia kemudiannya tersenyum sinis.

"Bagi aku gambar Angela." Pinta Henrik singkat seraya menghulurkan tangan. Lucas tidak banyak bunyi dan terus meletakkan sekeping gambar Angela di atas telapak tangan Henrik. Lelaki itu mengamati betul-betul gambar dan manusia seperti yang dikatakan Nastel bersilih ganti.

"Akhirnya...jasad Angela telah kita temui..sekarang siapa yang akan turun untuk ambil jasad dia?" soal Henrik lalu memandang rakan-rakannya satu persatu. Masing-masing diam tanpa bersuara mahupun menjadi sukarelawan untuk turun ke bawah. Henrik menjongketkan kening sambil menghelakan nafas, geram.

"Apa masalah korang ni? Jasad dia dah jumpa kan? Kenapa takde sesiapa yang nak turun?!"

"Kau gila ke nak turun? Kau tengok air laut tu betul-betul. Kenapa ada pusaran kecil yang berlaku di tengah-tengah laut tu? Lebih tepatnya di jasad Angela saja. Memang kita dah jumpa jasad dia..tapi belum tentu kita akan berjaya menariknya keluar." Ujar Lucas sedikit bengang. Kalau nak turun sangat, pergilah turun sendiri kenapa nak orang lain juga?

"So what?! Kita dah jumpa dia kan?! Ambil sajalah walau apa cara sekalipun! Ke korang semua nak mati dipancung oleh Tuan Leon?!" Bidas Henrik, marah. Dia merengus geram.

"Kalau kau berani sangat kau pergilah turun dapatkan jasad Angela seorang diri. Kalau kau berjaya kau juga yang beruntung nanti! Ke..kau tu sebenarnya pengecut macam lelaki takde telur?!" Marah Nastel pula bengang dengan sikap ahli ketua kumpulan mereka yang pentingkan diri itu. Henrik menatap Nastel tajam.

"Siapa ketua kumpulan? Aku ke kau? Aku kan? So korang semua perlu ikut cakap aku! Mark, turun!" Arah Henrik seraya menarik baju Mark kasar. Mark cuba untuk melepaskan dirinya dari genggaman Henrik namun lelaki itu lebih kuat dari dirinya. Nastel dan Lucas pula menarik Mark dari belakang untuk mempertahankan lelaki itu.

"Guys! Please stop it! Kita sekarang dalam helikopter bukan dekat makmal! Janganlah bergaduh! Nanti helikopter ni terhempaslah!" Jerit James dari bahagian tempat duduk pemandu. Dia tak boleh melepaskan pegangannya pada alat-alat kawalan helikopter kalau tidak helikopter itu yang akan terhempas!

Manakala mereka yang lain seperti tidak dengar saja apa yang dikatakan oleh James. Henrik menarik kolar Mark sekuat hati membuatkan lelaki itu tidak dapat menyeimbangkan badannya lalu dia tertolak keluar sehingga terjatuh ke dalam Laut Baltik. Jeritannya amat kuat kedengaran sebelum ia hilang serta-merta.

Masing-masing terpempan melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka. James terdiam dan kaku tidak tahu apa yang boleh dia lakukan kerana semuanya sudah terlambat. Mark sudah jatuh ke dalam laut yang dalam itu.

"EI SIAL! KAU TENGOK APA YANG KAU DAH BUAT PADA MARK?! KAU NI DAH GILA KE APA?!" Marah Lucas seraya mencengkam kolar baju milik Henrik. Henrik masih mendiamkan diri, terkejut dengan apa yang sudah terjadi pada Mark. Nastel hanya melihat ke arah laut bersama genangan air mata.

"TOLONG!!!"

"MARK!!" Jerit Nastel apabila dia terlihat Mark yang menjerit meminta pertolongan. Terus mata Henrik dan Lucas berpaling memandang ke arah laut. Kelihatan Mark tenggelam dan timbul sambil menjerit meminta pertolongan mereka.

"Pergilah selamatkan Mark! Korang pekak ke dia tengah minta tolong?!" Soal Nastel dengan nada bengang setelah melihat Henrik dan Lucas masih kaki di tempat mereka.

"N—Nastel..cuba kau tengok Mark betul-betul.." arah Henrik perlahan tanpa berpaling ke arah wanita itu. Nada suaranya sedikit kendur. Lucas pula hampir saja mengalirkan air mata jantannya apabila melihat Mark yang sudah menjadi makanan kepada dua ikan jerung di tengah laut itu.

Nastel menekup mulutnya bersama air mata yang berjuraian jatuh ke pipi. Ikan-ikan jerung itu kelihatan sedang bergaduh untuk mendapatkan jasad kaku Mark yang sudah tidak berkepala. James turut mengalirkan air matanya melihat rakannya yang selalu menghiburkan hati mereka, mati sebegitu sekali.

"S—sekarang apa yang perlu kita buat?" Soal James bersama sisa air matanya. Nastel dan Lucas sudah terduduk di dada helikopter. Masing-masing membisu tanpa membuka sebarang kata-kata.

Kringg! Kringg!

Segera Nastel mengeluarkan telefon pintarnya yang berbunyi menandakan seseorang sedang berada di dalam talian.

Tuan Taehyung

Nastel menghulurkan telefon pintarnya pada Lucas. Lucas berpaling dan memandang nama yang tertera pada skrin sebelum beralih memandang ke arah wajah pucat Nastel.

"Jawablah. Dia call kau.." Nastel meneguk liurnya kelat sebelum menekan punat answer dengan teragak-agak. Henrik hanya diam saja sambil memerhati tingkah laku Nastel yang sedang ketakutan.

"Ya..T—tuan?"

"Dah jumpa belum apa yang aku arahkan pada korang?" Nastel memandang Henrik dan Lucas silih berganti sebelum menjawab pertanyaan Taehyung.

"D—dah..kami dah jumpa jasad Angela di tengah Laut Baltik. Tapi, ada banyak sangat ikan jerung yang menjadi pelindung dia, tuan.." kedengaran Taehyung menghelakan nafas berat. Dia diam seketika memikirkan strategi lain untuk mendapatkan jasad Angela.

"Korang tunggu saja situ. Aku akan hantar anggota penyelamat untuk angkut Angela naik. Pastikan dia tak hilang dari pemerhatian korang." Nastel menganggukkan kepalanya sebelum talian ditamatkan.

"Kenapa?"

"Tuan Taehyung akan hantar anggota lain untuk tolong kita angkut jasad Angela.." masing-masing menghelakan nafas lega apabila Taehyung bersikap baik hari ini. Kalau tidak, Taehyung akan memaksa mereka turun ke bawah walaupun nyawa mereka yang akan melayang.

TBC
☄️

Stay tune for more chap❤️ shaf nak rehat sekejap sbb baru balik sekolah dan hadap telefon. Maybe lepas asar atau maghrib shaf update lagi❤️ please vote and comments❤️❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now