44🌟

266 42 9
                                    

-----

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

-----

Sweden, Europe
(Beberapa ratus tahun yang lalu..)

"Bodoh! Kau memang bodoh Leon! Susah payah aku nak bawa dia kesini dan kau senang-senang saja biarkan dia terlepas macam tu saja!!" Hambur Pennywise, marah. Dia mencerlung tajam ke arah Leon Javier yang sedang melabuhkan punggung di sofa kulit dalam kediaman milik Tuan Alexender dan Puan Weldan Louise.

Leon Javier mengeluarkan sebatang rokok lalu diletakkan pada belahan bibirnya. Pemetik api dicapai kemudian dicucuhnya pada hujung rokok. Leon menghisapnya dan menghembuskan asap rokok tersebut ke udara. Dia mengukir senyuman sinis kepada Pennywise.

"Biarkan saja dia. Memang aku suruh kau bawa dia kesini supaya aku dapat membunuh mak ayahnya di depan matanya—"

"Biarkan saja kau kata? Berbelas tahun aku berdamping dengan dia semata-mata mahu menolong kau untuk memiliki dia dan akhirnya, Angela mati sia-sia disebabkan kau!" Naik turun nafas Pennywise menahan amarah yang kian membuak di dalam hati.

Leon menarik senyuman sinis sebelum mengangkat punggungnya dari sofa. Langkah kakinya diatur menuju ke arah Pennywise yang sedang mencerlung tajam ke arahnya. Rokok dihisap lalu dihembuskan pada wajah badut tersebut.

"Just relax, ok? Tak perlu nak serabutkan keadaan. Kau fikir aku lepaskan dia saja-saja? Dan..kau perlu fikir juga kuasa aku tak dapat mengawalnya disebabkan dia merupakan keturunan ketujuh Alejandro Xander, musuh ketat bapak aku. Of course lah kuasa aku takkan berkesan pada dia.

Sebabtulah aku amanahkan kau untuk sentiasa perhatikan dia setiap masa. Sedut kuasa dia menggunakan cara halus. Tapi ada kau lakukannya? Tidak ada kan?" Soal Leon seraya membalas tatapan Pennywise. Pennywise merengus geram. Kalau diikutkan hati mahu saja dia pecahkan kepala si iblis itu, tapi apakan daya kekuatannya tidak cukup kuat berbanding Leon.

"Takkan semuanya aku seorang saja yang buat kerja? Dari kecil lagi, aku yang uruskan segala-segalanya dan kau hanya duduk goyang kaki saja. Tapi kenapa Lucifer lebih pentingkan dan menangkan kau lebih daripada aku sedangkan kau sebenarnya langsung tak berguna!"

"Sebab aku anak kandung dia..dan kau adalah anak k.u.t.i.p." balas Leon bersahaja. Perkataan 'kutip' disebutnya satu demi satu. Pennywise terpana buat seketika. Tubuhnya serta-merta kaku. Leon melemparkan senyuman sinis sebelum dia berjalan mengelilingi Pennywise yang telah terdiam.

"Selama ini aku berkawan dengan kau pun sebab terpaksa. Kita rapat pun sebab terpaksa. Lucifer tak benarkan aku bermain dengan iblis-iblis lain disebabkan takut mereka mengajar aku yang bukan-bukan lagi-lagi kalau aku berani buka mulut melawan kata-katanya. Kau perlu ingat, Penny. Bapak aku kutip kau dari tong sampah. Aku ulang. Tong sampah. Dia besarkan kita bersama-sama dan cuma benarkan kita berkomunikasi antara kita saja sehinggalah sekarang.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Onde histórias criam vida. Descubra agora