38🌟

258 47 18
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Taehyung melangkah masuk ke dalam sebuah bilik seraya menghampiri seorang lelaki yang duduk membelakanginya. Kot yang tersarung pada badan ditanggal lalu dicampak ke lantai. Tombol pintu ditutup perlahan-lahan kemudian dikuncinya agar tiada sesiapa yang masuk.

Langkah kaki diatur ke arah tubuh badan seorang lelaki yang tidak berbaju lalu pinggangnya dipeluk dari belakang. Jungkook memejamkan kelopak matanya apabila merasai hembusan nafas yang berat ditengkuknya. Rokok yang berada di antara jari telunjuk dan jari hantu dicampak ke lantai kemudian dipijaknya agar api terpadam.

"Kau buat apa dekat sini, Tae?" Soal Jungkook tanpa riak. Sepasang matanya masih lagi memandang ke luar tingkap yang gelap yang hanya diterangi cahaya bulan.

"Aku nak kau malam ni..dah lama kita tak bersama semenjak kau kurung Naura dekat bilik bawah tanah. Sekarang kau perlu layan aku—"

"Aku tak puas lagi seksa Naura. At the same time aku nak seksa hati kau pulak. Biar kau high sorang-sorang." Cantas Jungkook. Taehyung merengus geram. Jungkook tak habis-habis seksa adiknya sekarang dia cuma minta mereka untuk bersama. Itupun susah ke?

Taehyung melepaskan pelukannya dari tubuh Jungkook seraya berjalan ke depan lelaki itu. Mereka menatap wajah masing-masing dengan riak dingin tanpa emosi.

"Kau dah janji dengan aku yang kau akan tunaikan apa saja yang aku minta kalau kau dapat kahwin dengan Naura. Kau lupa?"

"Jeon Jungkook tak pernah lupa apa yang dia janjikan. Tapi, adik kau sudah bunuh anak kitorang. Kau fikir aku nak tunaikan permintaan kau lagi? Bukan ke selama ni kau dah main dengan banyak perempuan? Kenapa nak main dengan aku jugak?" Soal Jungkook seraya mengangkat kening sebelah. Taehyung mengetap bibir. Pipi dalam ditolaknya menggunakan lidah.

"Sebab kau bukan perempuan. Asyik aku je berada di atas bila aku nak rasa duduk di bawah pulak? Aku tak kira aku nak kau tunaikan permintaan aku sekarang jugak.." pinta Taehyung dengan nada keras. Apa yang dia minta dari Jungkook selalu tertangguh. Alasannya, BUSY, BUSY, BUSY.

"Bila kau nak pergi Europe? Aku dah amanahkan kau tengok budak-budak aku cari jasad Angela. Dah jumpa belum?" Soal Jungkook menukar topik perbualan. Taehyung memutarkan bola matanya. Itulah Jungkook. Pantang dia buka topik mereka, topik lain pula yang masuk.

"Aku gerak esok naik helikopter. Buat masa sekarang, jasad Angela masih belum dijumpai. Tapi, yang aku tahu jasad dia dah hampir dengan kita. Satu lagi, aku dah prepare dua ekor anjing untuk dibawa sekali. Ada dalam guni." Jungkook mengerutkan dahi. Anjing? Sejak bila Taehyung prepare untuk bawa anjing pergi Europe?

"Anjing mana kau cakap ni? Aku tak pernah arahkan kau bawa anjing—"

"Omma dengan appa aku tulah anjingnya. Kau tak payah risaulah kalau Lucifer tak cukup makanan. Aku dah sediakan lebih supaya perut dia kenyang. Bijak tak aku?" Soal Taehyung bangga diri. Tak perlulah dia gelabah nak cari makanan lain untuk Lucifer nanti. Jungkook tergelak kecil dengan pemikiran panjang Taehyung.

"Bijak betul kau ni, Tae. Kalau macam tu aku akan tunaikan permintaan kau malam ni sebelum kau berangkat ke Europe esok. Aku akan menyusul kemudian selepas aku settlekan Naura dan yang lain. Pastikan jasad Naura dijumpai sebelum lusa." Taehyung tersenyum gembira mendengar ujaran dari iblis itu. Dia mengangguk setuju sebelum lengan Jungkook ditarik dan dibawa ke katil.

💟

Naura bersandar di dinding batu sambil menghelakan nafas berat. Wajahnya berpeluh-peluh kerana suhu bilik bawah tanah itu sangat panas. Dalam waktu yang sama, gegendang telinganya sudah lali mendengar jeritan dan rintihan dari roh-roh yang tidak tenteram.

Sudah masuk hari kelima dia dikurung di bilik bawah tanah ini oleh Jungkook. Lima hari ini juga, Jungkook langsung tidak memberinya makan walaupun secubit mahupun setitik air. Dia sudah tak berdaya untuk bangun. Perutnya betul-betul kosong dan sentiasa berkeroncong minta diisi.

"Nah, ambil ni." Naura tersentak apabila seorang lelaki berpakaian sut berwarna hitam mencampakkan satu plastik berwarna putih di depannya. Setelah melihat isi plastik itu dari jauh, lantas Naura menariknya dan mengeluarkan sebotol air mineral sejuk. Botol penutup dibuka lalu air mineral tersebut diteguk rakus sebelum dia mencapai makanan yang tersedia ada.

Dengan gelojohnya Naura membuka plastik roti lalu dimasukkan ke dalam mulut sehingga dia terbatuk-terbatuk. Dada ditepuknya kerana terasa sempit sebelum dia mencapai semula air dan meneguknya rakus.

Yoongi hanya diam memerhati tingkah laku wanita di dalam bilik bawah tanah tersebut. Sudahlah kotor, busuk pula tu. Kemudian, Yoongi menarik senyuman sinis apabila Naura mencapai sebungkus roti lain dan makannya dengan gelojoh. Adakah wanita itu tak tahu yang dia sedang makan roti yang sudah berkulat bersama ulat sampah?

"Sedap?" Soal Yoongi ringkas. Naura mengangguk laju seraya menyumbat lagi roti ke dalam mulut.

"Nak lagi?"

Grrr...

Naura terus memegang perutnya yang terasa sakit. Sisa roti terlepas dari tangannya manakala botol air mineral yang dia minum sudah kosong. Wajahnya bertukar keruh. Kenapa perutnya terasa sakit yang amat? Lantas dia mencapai plastik roti yang dimakannya tadi dan melihat tarikh luput yang tertera.

Sepasang matanya membulat. Roti itu..sudah tamat tarikh luput 7 bulan yang lepas! Tiba-tiba air matanya bertakung di tubir mata seraya berpaling ke arah Yoongi yang sedang tersenyum sinis.

"Nak lagi roti?" Soal Yoongi sekali lagi.  Dia tergelak apabila melihat air mata Naura sudah berjuraian jatuh ke pipi.

"Sampai hati awak bagi saya makan roti berkulat..apa salah saya korang semua seksa saya macam ni?" Soal Naura tersedu-sedu. Yoongi mengangkat bahunya sambil membuat riak selamba.

"Aku cuma menurut arahan saja. Lagipun aku dah bagi makan cukup baik tau dari biar kau kebulur dalam ni. Tch. Dasar manusia tak pernah bersyukur. Kalau diikutkan, aku langsung taknak bagi kau makan. Tapi, disebabkan kau akan jadi jamuan untuk 'kami' nanti, aku bagilah makanan sikit untuk kau makan takdelah kitorang makan kau nanti tulang je ada isinya takde. Rugi.."

Ujar Yoongi selamba. Naura menekup mulutnya. Tekaknya terasa loya. Ingin saja dia muntah tapi takkanlah dalam bilik bawah tanah ni? Nanti kotor. Namun, dia tetap tak dapat tahan apabila sisa makanan itu sudah berada di hujung tekak. Terus mulutnya terbuka lalu memuntahkan segala isi perut. Yoongi membuat muka jijik. Pengotor!

"Dasar manusia pengotor. Sudahlah aku nak pergi! Duduk sini macam-macam bau yang aku dapat. Bau badan kau, rambut kau. Sekarang bau muntah? Euww..kau baulah sorang-sorang." Ujar Yoongi segera berpaling dari memandang wajah kotor Naura yang dipenuhi muntah. Sebelum dia melangkah pergi, sempat dia berkata-kata membuatkan Naura terkedu.

"Seksaan kau akan hilang nanti dan akan digantikan dengan seksaan yang lebih dasyat. Kau tunggu saja. Lusa aku akan bawa kau keluar dari sini dan bawa kau jalan-jalan ke Europe dimana kau akan melihat orang yang kau sayangi mati depan mata kau.."

TBC
☄️

Maaf lambat update❤️ Shaf takde idea nak update chap tp shaf cuba update untuk readers yang masih setia baca story ni❤️💝 btw please vote and comments🤗🌟

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now