6🌟

457 102 7
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Macamtulah ceritanya." Kata Angela menamatkan cerita tentang kisahnya waktu pertama kali bertemu dengan Jimin.

"Kesian Jimin..."

Naura yang sejak tadi berdiam diri dan hanya fokus mendengar kisah tersebut membuat wajah simpati.

"Janji dengan aku jangan bagitahu Jimin yang aku cerita perkara ni pada kau. Kalau dia tahu dia akan bersedih lagi." Naura mengangguk tanda setuju yang dia akan menyimpan rahsia tersebut.

Tok! Tok!

Kim Taehyung menjengukkan kepala ke dalam bilik adiknya.

"Naura. Omma panggil turun." Kata Taehyung lalu menguap. Wajahnya tidak terurus kerana baru bangun daripada tidur.

Wajah Angela mula membahang  melihat Taehyung yang berada di pintu bilik. Lelaki itu langsung tidak memakai baju dan menampak 6 ketul roti di tubuhnya manakala hanya seluar tidur pendek sahaja yang berada di tubuh sasanya itu.

Naura melihat wajah membahang Angela sekilas kemudian berpaling semula kepada Taehyung yang masih mamai.

Bantal yang berada di atas katil dicapai lalu dicampak pada wajah Taehyung membuatkan lelaki itu meringis kesakitan.

"KAU PAHAL?!" Marah Taehyung sekuat hati.

"PERGILAH PAKAI BAJU! TAK MALU KE ORANG TENGOK?!" Marah Naura dengan suara yang tinggi.

"Dah berapa tahun kau hidup dengan aku? Baru sekarang kau nak marah aku pakai macam ni?!" Bidas Taehyung kembali.

"And lagi satu..kau ni dah gila ke cakap sorang-sorang? Terjerit-jerit macam orang gila. Orang mana pulak yang tengok aku selain kau sekarang ni? Dah makan ubat belum?"

"KELUAR!" Arah Naura dengan nada kuat. Pantang dirinya dipanggil gila oleh Taehyung.

"Dasar gila." Kata Taehyung perlahan seraya berlalu pergi dari bilik si adik. Naura menggenggam penumbuk kosong. Bilalah abangnya itu akan mati awal?

💟


"Kenapa omma panggil Naura?" Soal Naura setelah melangkah kaki ke dapur. Sebelum itu, sempat dia memberi jelingan kepada si abang yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"Omma nak keluar kejap pergi rumah kawan. Naura masak makan malam boleh tak? Nanti omma balik kita makan sama-sama." Ujar Puan Kim sambil mengukirkan senyuman.

"Taehyung kan pandai masak. Kenapa tak suruh dia? Naura—"

"Taehyung kata dia banyak assignment. Jadi dia minta tolong omma masakkan tapi omma nak kena keluar sekarang. Kamu masakkan untuk dia ya?"

Naura menggulingkan biji mata. Assignment? Kalau dia banyak assignment boleh pula duduk terkangkang depan tv tu! Membohong je lebih!

"Hish..yelah yelah." Balas Naura pasrah. Susah betul kalau ada abang perangai macam sial tu! Membodek je lebih.

'Apalah nasib aku.. kenapa aku lahir sebagai perempuan? Semua kerja aku kena buat!' rungutnya dalam hati.

Pap!

"Omma! Janganlah buat macamtu! Naura dah besar lah. Malulah kalau ada orang tengok ke apa!" Rungut Naura sambil memuncungkan bibir. Tangan ibunya sentiasa gatal mahu menepuk punggung gebunya itu!

"Tulah lain kali kamu kenalah rajinkan diri pergi jogging ke bersenam ke..takdelah gemok macam sekarang ni." Jawab omma seraya tersengih seperti kerang busuk.

'What the fish?! Berat aku 46 kg tau! Tak cukup kurus ke?'

"Dah omma nak gerak ni. Jangan gaduh-gaduh dengan Taehyung kalau taknak tengok omma jadi singa makan orang. Bai bai sayang—"

Pap!

"Omma!" Jerit Naura lagi apabila tangan omma bertindak menepuk punggungnya sekali lagi sebelum berlalu pergi.

"HAHAHAHA!" Gegendang telinga Naura menangkap bunyi seseorang sedang mentertawakannya dari belakang.

"Tak payahlah gelak! Tak lawak pon!" Naura memuncungkan bibir seraya tangannya mencapai bawang merah dan bawang putih untuk dikupas.

"Lawaklah keluarga kau ni. Aku terhibur. Mesti bestkan ada family yang perangai gila-gila macam ni?"

Soal Angela yang sejak tadi berdiam diri sambil melihat gelagat kedua beranak di hadapannya sebentar tadi.

"Best apanya? Perangai masing-masing mengalahkan setan adalah!" Protes Naura sambil membasuh bawang yang telah siap dikupas.

"Apalah kau ni—"

"Oi Naura!" Naura memalingkan muka melihat abangnya yang sedang melangkah masuk ke dalam dapur.

"Apa?" Soal Naura acuh tak acuh.

"Kau bercakap sorang-sorang lagi? Kau ni dah gila agaknya. Kau nak aku belikan ubat tak?" Soal Taehyung seraya ketawa apabila berjaya buat adiknya marah.

"Kau nampak tak pisau ni?!" Soal Naura lalu mata pisau ditunjukkan pada Taehyung yang sedang meneguk air susu.

"Nampak. Pisau." Jawab Taehyung sambil tersengih.

"Kau nak aku cungkil biji mata kau tak?—"

"Kalau kau cungkil biji mata aku, macam mana aku nak tengok tubuh seksi isteri aku nanti? Takdelah omma nak dapat cucu awal kalau anak lelaki dia ni buta.."

Taehyung menggeleng-gelengkan kepala sambil memikirkan nasibnya dan bakal isterinya nanti kalau dia disahkan buta.

"Kau bla sekarang! Aku taknak tengok muka kau kat dapur! Perangai mengalahkan setan! KELUAR!" Marah Naura berkira-kira mahu menikam Taehyung yang membuat muka seperti orang yang tidak bersalah.

"Tu kau baru tengok perangai 'setan' aku. Belum lagi kau tengok perangai 'daddy' aku. Nak tengok? Aku boleh tunjukkan kalau kau nak? HAHAHAHAHA!!"

Taehyung ketawa berdekah-dekah seraya kakinya melangkah keluar meninggalkan adiknya di dapur.

Naura menarik nafas sedalamnya kemudian dihembuskan. Mahu menenangkan hati yang membuak-buak ingin membunuh Taehyung.

Alangkah bahagia kalau dapat menamatkan riwayat Taehyung di tangan aku sendiri. Baru puas hati aku!

"Pfft—"

"Gelaklah sampai puas." Kata Naura sebelum menghidupkan dapur gas untuk mulakan masakkan.

Angela mula ketawa berdekah-dekah sambil berguling di lantai dapur. Apa dia kisah? Taehyung bukannya boleh nampak dirinya yang sedang berguling-guling itu.

TBC
☄️

Macam mana chap kalini? Shaf saja je nak selitkan sedikit komedi takdelah korang rasa bosan baca cerita yg macam sampah ni😂😂
Btw..please leave votes and comments❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now