35🌟

284 50 6
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Selepas makan malam bersama keluarga bunian, Jimin mengambil keputusan untuk menerokai setiap pelosok rumah kayu yang menarik perhatiannya sejak pertama kali dia bertandang ke rumah tersebut.

Sepasang matanya melilau memandang ke arah setiap gambar-gambar yang tergantung pada dinding. Sekali-sekala mulutnya melontarkan kata-kata takjub melihat kecantikkan dan kesopanan orang-orang bunian yang berpakaian serasi saja iaitu dress labuh yang simple namun sangat cantik dan kelihatan anggun.

Bagi lelaki pula, mereka juga berpakaian putih dan bercorak emas seperti pakaian perisai bersama pedang di tangan. Dalam kelekaan dirinya memandang setiap gambar orang-orang bunian itu, dia ternampak sesusuk tubuh yang sedang duduk bersimpuh di beranda rumah.

"Mesti tu Melian kan?" Teka Jimin seraya kakinya diatur menghampiri Melian. Melian yang leka melakukan sesuatu pekerjaan sambil bernyanyi kecil, tiba-tiba disergah Jimin membuatkan gadis bunian tersebut terkejut lalu melatah.

"Aku ganggu kau ke?" Soal Jimin seraya tersengih. Namun, balasan yang dia dapat dari Melian adalah jelingan saja. Melian mendengus kecil kemudian menyambung kerjanya yang tergendala. Moodnya yang tenang tadi terus hilang dengan kehadiran manusia di sebelahnya ini.

"Cantik kau malam ni. Macam gadis bunian terakhir." Ucap Jimin lagi cuba menarik perhatian gadis bunian itu. Melian hanya berdehem saja tanpa berpaling memandang Jimin. Jimin terkekeh kecil. Dia tahu walaupun Melian tidak melayannya, dada gadis itu mesti sedang berombak kencang.

Jimin masih lagi tidak berputus asa, dia kemudiannya menompang dagu seraya menarik senyuman sehingga ke telinga sambil menatap wajah Melian yang mula kemerah-merahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jimin masih lagi tidak berputus asa, dia kemudiannya menompang dagu seraya menarik senyuman sehingga ke telinga sambil menatap wajah Melian yang mula kemerah-merahan.

Melian pula hampir berputus asa. Kesabarannya semakin tipis. Wajah Jimin yang sedang tersenyum terus dia pandang dengan riak wajah yang marah.

"Awak boleh tak jangan kacau saya buat kerja?! Pergilah masuk sana!" Marah Melian. Jimin masih lagi dengan perlakuannya. Suka pula dia lihat Melian marah.

"Mana ada aku kacau kau buat kerja. Tak nampak ke aku tengah pandang kau je? Kau tengah buat apa? Nak aku tolong tak?" Pelawa Jimin sambil tersenyum. Melian mendengus kasar.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now