50🌟

279 41 6
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Ketika Leon dan Angela menjauhi Jimin dan Naura, segera Naura berlari mendapatkan Jimin yang sedang terkulai di atas lantai. Jelas kelihatan tubuh lelaki itu amat lemah dan tidak mampu untuk bergerak. Baru saja gadis itu mahu menyentuh lengan Jimin, tangannya ditepis serta-merta. Naura kelu. Wajah Jimin yang bengis dalam kesakitan dipandang.

"Jangan sentuh aku." Tegas Jimin berkata-kata. Nafasnya tercungap-cungap menahan kesakitan yang dialami. Naura memejamkan matanya. Nafas ditarik dalam.

Lengan Jimin terus dipautnya untuk dibawa keluar dari bilik bawah tanah sementara Leon dan Angela baru saja mahu bertarung kuasa.

"Kau tak faham bahasa ke aku cakap jangan sentuh a—"

"Boleh tak kalini saja awak dengar cakap saya?!" Cantas Naura membuatkan Jimin terdiam. Tanpa melengahkan masa lagi, Naura memegang erat lengan Jimin lalu dipapahnya keluar dari bilik tersebut. Jimin masih lagi membisu. Sekali-sekala dia meringis kesakitan apabila lengan Naura terkena pada bahagian tubuhnya yang sakit lagi-lagi di bahagian bahu.

Air liur Gakki tidak tumpah seperti asid yang terkena kulit. Amat berbahaya. Itulah dia makhluk yang paling digeruni dan berbahaya di alam neraka. Sebab itulah, Leon gunakan makhluk hodoh tersebut dalam proses penyembahan.

Perlahan-lahan Naura mendaratkan tubuh Jimin di atas lantai. Jimin meringis kesakitan namun cuba ditahannya seboleh yang mampu. Naura melabuhkan punggung disisi lelaki itu. Tika ini satu apa pun yang tidak boleh digunakan untuk merawat Jimin.

"Awak ok?" Tanya Naura penuh kerisauan. Jimin hanya diam tanpa membuka sebarang suara pun. Malah, wajah Naura langsung tidak dipandang. Naura menghelakan nafas berat. Telapak tangan Jimin dicapai lalu digenggam erat.

"Kenapa awak benci sangat pada saya, Chimmy? Besar sangat ke kesalahan saya pada awak?" Soal Naura lagi. Wajah Jimin ditatapnya dalam. Jimin mengetap bibir. Nama manja yang sudah lama dia tidak dengar keluar dari mulut Naura, akhirnya disebut juga. Namun, hatinya sudah tawar terhadap gadis itu.

"Berhenti sebut nama sampah tu lagi. Aku dah muak. Aku benci dengan nama tu. Kita dah takde apa-apa hubungan lagi, Kim Naura. So stop bagi aku fake hope sekali lagi." Ujar Jimin perlahan. Dadanya sebak. Dia mencuri-curi pandang ke arah wajah Naura yang lesu dan pucat. Mata gadis itu juga bengkak kerana terlalu banyak menangis. Dan kalini, sekali lagi, mata gadis itu berkaca-kaca.

"Buat apa kau nangis depan aku? Nak mintak simpati atau pura-pura sebab kesiankan aku yang dah nak mampus ni?" Soal Jimin dingin tanpa menoleh ke arah bekas teman wanitanya. Naura mengetap bibir. Telapak tangan Jimin digenggam lagi sambil tangan sebelahnya naik memegang bawah dagu lelaki itu. Kemudian, ditariknya agar wajah mereka bertatapan.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now