41🌟

258 44 2
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jimin berlari selaju yang mungkin di dalam hutan kematian tersebut tanpa henti. Dia perlu cepat! Angela sememangnya sudah berada di dalam bahaya! Peluh sudah membasahi satu tubuhnya seperti air hujan. Nafasnya tercungap-cungap serta jantungnya berdegup kencang.

Jimin berdoa di dalam hati agar Tuhan permudahkan urusannya namun dia tahu, semuanya sudah terlambat. Wajah Jimin mulai tersenyum kecil dan mengucap kesyukuran apabila dia ternampak cahaya di depan mata. Terus langkah kakinya dilajukan lagi menghampiri cahaya tersebut.

Sampai saja, Jimin menghentikan langkah kakinya dan serta-merta batang tubuhnya jatuh menyembam pasir pantai. Angin pada waktu tengah hari itu sedikit kuat menyebabkan tubuh Jimin kesejukan selepas berlari beberapa kilometer.

Lelaki itu mencari oksigen yang hampir hilang sebelum dia terdengar bunyi helikopter di atas langit. Segera Jimin mendongak dan apa yang dia lihat kelihatan 2 buah helikopter sedang menuju ke tengah laut. Lantas Jimin memandang ke arah satu lagi helikopter yanh dia nampak bersama Bailey sebentar tadi.

Salah satu helikopter itu berhenti di sisi helikopter yang dinaiki James, Henrik, Lucas dan Nastel. Mereka sedang berbincang antara satu sama lain sebelum helikopter itu menurunkan sebuah rantai besi bersaiz sederhana ke dalam laut tersebut.

Namun, serta-merta rantai besi yang diturunkan tepat dimana adanya jasad Angela, melantun ke tepi. Masing-masing membuat riak wajah terkejut. Tak mungkin!

"Macam mana besi tu boleh melantun?! Ada apa dalam air tu?! Takkanlah besi yang berat tu pun boleh melantun?! Mustahil!!" Kata Naga bersama riak yang amat terkejut. Henrik pula hanya memasang wajah beku saja. Mungkin betul apa yang Nastel cakap, belum tentu mereka dapat keluarkan jasad Angela semudah itu.

"Takde cara lain ke?"

"Dah banyak cara kitorang guna untuk tarik dia keluar. Tapi, satu apa pun tak jalan! Dia seperti dilindung oleh sesuatu!—"

"Cuba korang semua tengok dekat tengah laut tu!" Arah Lyx seraya menudingkan jarinya ke arah Laut Baltik. Masing-masing terus berpaling memandang ke arah tengah laut tersebut.

Apa yang mereka lihat adalah pelindung jasad Angela sudah bertambah. Terdapat banyak jenis ikan termasuk beberapa ikan jerung yang bersaiz besar sedang berpusing mengelilingi jasad kaku Angela. Mereka terlopong. Situasi sudah menjadi semakin rumit.

"Kita perlu bekerjasama untuk bawa Angela naik ke atas sebelum menjelangnya senja. Ada sesiapa nak berikan idea bernas?" Soal Lucas sambil menatap semua rakan-rakannya.

"Aku." Terus mata-mata anggota pasukan yang diamanahkan Taehyung, menatap ke arah Blake yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Macam mana?"

"Aku rasa kita perlu buat bulatan sederhana dan halakan semua bom dan senjata api lain ke arah ikan-ikan jerung dan ikan lain tu. Dalam masa yang sama, kita perlu baca mantera apa yang telah diajarkan oleh Tuan Leon. Aku tahu, orang yang sedang melindungi jasad Angela tu adalah
Alejandro Xander, keturunan pertama Angela. Dia merupakan Dewa Lautan dan boleh mengawal semua jenis kehidupan akuatik di seluruh dunia."

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now