19🌟

360 68 2
                                    

-----

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

-----

Siang ke malam bersilih ganti, sudah masuk 2 hari Jimin terperap di dalam bilik tanpa keluar untuk mengisi perut mahupun keluar mengambil udara segar.

Jinyoung pula terpaksa ambil cuti untuk menjaga adiknya yang kemurungan disebabkan seorang gadis pujaan hati berkahwin dengan orang lain.

Angela berkali-kali memujuk lelaki itu agar melupakan Naura yang sudah menjadi milik orang tapi Jimin degil. Dia tetap mahukan Naura.

"Jimin..bangunlah. Risau aku tengok kau pucat macam aku." Namun, kata-kata Angela seperti dibawa angin lalu saja.

"Kenapa dia buat aku macam ni?" Soal Jimin dengan nada murung. Sepasang matanya sudah membengkak dek kerana terlalu kerap menangis.

"Jimin..jom keluar ambil udara segar!" Ajak Angela menukar topik perbualan. Wajah pucat hantu itu mengukir senyuman buat Jimin.

Jimin menggeleng tanda tak mahu. Dia lebih suka bersendirian dan tak mahu diganggu oleh sesiapa buat masa sekarang.

Lelaki itu kemudiannya menarik comforter lalu berselebung di dalamnya membuatkan Angela menghelakan nafas berat.

Tok! Tok!

Angela memusingkan kepala memandang pintu bilik yang diketuk. Dia tahu itu Jinyoung tapi bolehkah dia membukanya?

Angela menarik nafas dalam sebelum dia bangun dan melangkah ke arah pintu. Tombol yang terkunci dibukanya dan terserlahlah wajah kacak Jinyoung.

Jinyoung ragu-ragu nak masuk walaupun pintu bilik adiknya sudah terbuka. Bukan apa, Jimin sedang berselubung dalam comforter. Siapa pula yang buka pintu?

Oh! Baru dia teringat sesuatu. Jimin mempunyai kawan dari alam ghaib jadi dia buat keputusan untuk melangkah masuk.

Angela menggeleng melihat tingkah laku Jinyoung. Takkan lelaki itu takut?

"Jinyoung.." Jinyoung buat-buat pekakkan telinganya setelah mendengar panggilan oleh rakan adiknya.

"Jinyoung..pandanglah aku. Aku bukan nak takutkan kau pun!" Kata Angela dengan nada berang. Mengapa manusia takut sangat melihat hantu? Bukan kene makan pun!

Jinyoung menelan liurnya yang tersekat di kerongkong. Perlahan-lahan tubuhnya berpaling memandang Angela yang sedang berdiri di belakangnya.

"Pandang jelah! Tu pun takut! Nak kata takde telor ada telor! Tapi pengecut mengalahkan perempuan!"
Ujar hantu itu bersama kata sindiran.

Jinyoung membulatkan biji mata. Dia tersalah dengar ke tadi? Ke hantu tu memang cakap lepas je?

"Kau cakap apa tadi? Aku? Takde telor?" Soalnya berang.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum