22🌟

330 63 0
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

'Jimin!'

Jimin lantas mencelikkan mata setelah mendengar seseorang memanggil namanya.

"Angela? Eh, aku kat mana ni?" Seperti Angela, Jimin mengerutkan dahi seribu seraya matanya meliar melihat sekeliling.

Namun, lelaki itu bukan berada di dalam hutan sebaliknya dia berada di suatu tempat yang tak pernah dilihatnya.

Otaknya ligat memproses apa yang sudah berlaku dan dimana dirinya sekarang ni?

Jimin bangun dari perbaringan seraya melihat sekeliling. Dia seperti berada di dalam sebuah bangunan yang tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Dinding dalam bangunan itu juga bercat kelabu gelap dan cuma diterangi lampu yang malap saja.

Jimin berjalan tanpa arah tuju di lorong tempat dia sedar tadi sambil matanya meliar melihat sekeliling.

"Tolongg!!"

Jimin terkejut apabila mendengar seseorang menjerit meminta tolong. Hampir tercabut jantungnya mendengar jeritan tersebut.

Jimin berjalan-jalan mencari dimana datangnya suara tersebut sehinggalah dia berdiri di depan suatu pintu yang besar.

Dia pasti inilah biliknya. Tapi macam mana nak bukak pintu ni?

Jimin menggaru kepala yang tidak gatal sambil memandang ke arah kata kunci untuk membuka pintu besar tersebut.

Dia cuba memerah otaknya agar berfungsi dengan baik. Namun, idea langsung tak mahu keluar!

Suasana yang sepi di kawasan itu tiba-tiba bertukar sedikit bising dengan bunyi besi berlaga.

Jimin resah. Mana dia mahu menyorok? Di lorong itu langsung tiada perabot-perabot besar yang boleh dia sorokkan dirinya.

Zingg...

Dua orang lelaki bertubuh gempal yang berpakaian serba hitam sedang menjalankan tugas mereka iaitu menolak sebuah kaca yang berbentuk kuboid sederhana besar.

"Blake. Mana nak letak benda ni?" Soal seorang lelaki gempal yang menolak kaca tersebut dari belakang, Henrik.

"Letak saja dalam bilik Tuan Leon Javier. Lepastu kita perlu asingkan benda-benda ni dan letakkannya dalam balang untuk dijual." Jawab Blake.

Sampai saja mereka di pintu bilik yang besar itu, Blake memasukkan kata kunci sehingga warna pada kata kunci itu bertukar hijau.

Tingg!!

Serta-merta tubuh Blake dan Henrik berpaling ke belakang apabila mereka terdengar bunyi besi seperti ada seseorang sedang memerhatikan mereka.

"Siapa tu?!" Soal Henrik sedikit kuat seraya matanya meliar melihat lorong  yang kosong tanpa seorang manusia pun.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now