13🌟

373 84 4
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

5 bulan kemudian..

"Mom..dad.. I want to go home.." rintih Angela sambil menatap dinding kosong yang berwarna kelabu cair. Sudah masuk 3 bulan dirinya dikurung di dalam bilik kosong ini.

2 bulan sebelum itu dia disahkan mempunyai penyakit mental illness oleh seorang doktor pakar di Laconia, Eropah.

Hal ini terjadi apabila seorang pekerja wanita sedang membersihkan biliknya dan terjumpa banyak kepala yang sudah berlumuran dengan darah di dalam lantai biliknya.

Berkali-kali Angela cuba menafikan yang bukan dirinya melakukan semua itu. Pennywise. Badut itu yang melakukannya dan menyorokkannya di dalam lantai bilik.

Namun, apabila Encik Alexender dan Puan Weldan mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis dan pihak berkuasa yang lain, Angela menjadi tidak keruan.

Secara tidak sengaja, Angela telah menikam ibu kandungnya sendiri membuatkan Encik Alexender membuat keputusan untuk menghantarnya ke pusat pemulihan.

"Hikk—" Air mata gadis kecil itu jatuh berjujuran di pipi mulusnya. Demi Tuhan, dia langsung tak sedar mengapa dia buat semua itu.

Dia seakan dipukau dan tiba-tiba sahaja apabila dia tersedar..ibunya sedang menanggung kesakitan yang teramat setelah ditikam olehnya.

Ayahnya pula kecewa dengan dirinya. Kanak-kanak berumur sepuluh tahun sudah pandai membunuh orang dalam diam.

Ibu bapanya terkejut apabila menjumpai berbagai kepala yang berlumuran darah. Mereka tidak menyangka anak mereka selama ini seorang pembunuh.

Apa yang Angela dapat buat? Dia tiada bukti kukuh untuk menafikan semuanya. Ini semua angkara si badut tak guna tu!

Dia mana dia sekarang? Sudah ghaib? Dia yang melakukan semua itu, Angela pula yang dicop gila.

"AKU TAK BUNUH MEREKA LAH SIAL!" Tiba-tiba sahaja emosi Angela berubah serta merta.

Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri. Langkah dibuka seribu lalu cermin besar yang mengasingkan biliknya dan luar bilik itu  diketuk-ketuk memanggil manusia-manusia yang sedang memerhatikannya.

"KELUARKAN AKU! AKU TAK BERSALAHLAH! BADUT TU—BADUT TU YANG BUAT! KENAPA SEMUA ORANG TAK PERCAYA APA AKU CAKAP HAA?!" Jerit Angela kepada dua manusia di hadapannya itu.

"Doc..apa yang perlu kita buat sekarang?" Soal seorang pekerja wanita yang bertugas menjaga Angela. Sherry Issable.

"Biarkan sahaja dia. Nanti dia akan diam setelah berasa letih. Kita tak boleh nak beri injection lagi pada dia kerana injection yang kita berikan tadi adalah satu jam yang lepas.

Kalau kita kerap berinya suntikan..dia akan menjadi overdose dan akan berkelakuan diluar kawalan. So..lebih baik kita berhati-hati."

Jelas seorang lelaki yang berada di sebelah Sherry. Di kodnya terdapat nametag milik lelaki itu, Doktor Kim Namjoon.

Seorang doktor yang berasal dari Korea Selatan dan bekerja sebagai doktor pakar psikologi. Lelaki itu juga berpelajaran tinggi di University Of  Oxford.

Doktor Namjoon dan Sherry kembali diam sambil mata mereka fokus memandang Angela yang masih meronta-ronta itu.

Gadis kecil itu mula kepenatan dan kedua telapak tangannya sudah memerah dan hampir berdarah kerana memukul cermin tersebut dengan kuat dalam tempoh yang lama.

"Demi Tuhan..aku tak bunuh mereka semua dan aku takda penyakit mental..aku—hikss aku normal. Tolong lepaskan aku..tolonglah..aku penat..aku mahu pulanh..aku nak jumpa mak ayah aku..tolonglah...hiksss—"

Rayu Angela semahunya dengan suara yang diperlahankan. Peluh yang sudah penuh di dahi dibiarkan sahaja tanpa menyekanya.

Dia benci tempat ini. Kosong. Bilik yang sedang didudukinya itu hanya terdapat tilam untuk dirinya dan meja serta kerusi. Paling dia tidak suka bilik ini tiada tingkap. Hanya dinding yang kosong sahaja tanpa hiasan.

Tiada buku. Hanya ada permainan chess sahaja. Dia perlukan kehidupannya di luar. Dia mahu bersekolah..dan berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain.

Angela kembali terduduk. Belakang tubuhnya disandarkan pada dinding lalu mata dipejamkan erat.

Kepalanya pula ditundukkan sehingga dahi menyentuh lutut. Air mata kembali bergenang di tubir mata.

'Aku nak balik..aku tak salah..hikks—' katanya dalam hati.

"Angela.."

Angela mengangkat wajah kemudian sepasang matanya meliar melihat sekeliling bilik itu. Penny?

"Penny? Kau di mana?" Soal Angela sambil matanya meliar mencari kelibat rakannya.

"Aku sentiasa ada disisimu wahai temanku. Biarkan sahaja mereka mengurungmu buat sementara waktu. Nanti..mereka juga yang akan menyesal—"

"Apa maksud kau?" Cantas Angela seraya dahi dikerutkan.

"Just wait and see..tapi yang pastinya akan ada pertumpahan darah antara kamu dan mereka kelak..usah risau..aku akan menolongmu keluar dari neraka ini dan kita akan hidup bersama-sama di dunia aku.."

Ujar Pennywise seraya tergelak kecil namun ia lebih kepada gelakan sinis. Angela terdiam. Tidak tahu apa yang perlu dia balas.

Dia mahu keluar dari tempat ini.

'Aku akan tunggu kau datang untuk bawa aku keluar dari neraka ini kawan..'

TBC
☄️

Mana Jungkook ni?? Kata main cast tapi tak muncul ii..hahahaha..sorry ya..nanti shaf akan keluarkan watak Jungkook..and maaf kalau cerita ni bosan nak mampos...huhuhuhu
Btw please vote and comment apa yg korang rasa❤️❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now