21🌟

350 69 16
                                    

-----

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

-----

Angela mencelikkan matanya apabila terasa tubuh badanya panas seperti dibakar dari dalam. Peluh-peluh sudah membasahi keseluruhan wajah pucatnya.

"Apasal badan aku panas sangat ni—eh aku kat mana?"

Mata Angela meliar melihat sekeliling kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok yang tinggi dan dirinya pula berada terbaring di atas tanah yang berlumpur.

Angela yang masih bingung tentang keberadaannya, bangun dari perbaringan seraya sepasang matanya melihat sekeliling hutan.

Dapat dia lihat, terlalu banyak hantu yang sedang berdiri sambil kesemuanya memandang ke suatu arah. Angela mengerutkan dahi. Apa yang diorang buat? Kenapa hantu-hantu tu lebih menyeramkan dari aku?

Angela berteka-teki. Dia tak faham kenapa hantu-hantu tersebut kelihatan seperti terseksa? Ada yang takde kepala, tangan, kaki malah otak mereka juga tiada kerana Angela dapat lihat tempurung kepala mereka.

Kemudian, matanya beralih memandang ke arah dimana hantu-hantu tersebut menatap sehingga tak lepas dari pandangan.

'Pagar apa besar macam ni? Dalam hutan pulak tu. Ada rumah ke kat sini?' Desis hatinya.

Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, langkah kaki dibuka lalu Angela berjalan menghampiri pagar besi yang sudah berkarat tersebut.

Semakin dia menghampiri pagar besi berkarat itu, semakin panas yang dapat dia rasakan.

Sampai sahaja tepat di hadapan pagar besi tersebut. Tangan Angela naik seraya memegang salah satu besi dan—

"ARGHH!! SAKIT-SAKIT!!" Angela menjerit kesakitan yang tak terperi setelah melepaskan pegangan dari besi tersebut. Dilihat tapak tangannya yang sudah melecur kerana terlalu panas sehingga terdapat nanah yang naik dengan banyak sekali.

Angela menangis menanggung kesakitan. Salah seekor hantu yang takde kepala datang menghampiri Angela seraya memegang kepalanya sendiri.

"Tak guna kau buat macamtu, Angela.. manusia-manusia ni terlalu kejam dan berhati iblis! Hantu-hantu disini semuanya mati disebabkan mereka yang tidak berperikemanusiaan! Kami cuma tunggu masa saja untuk membalas dendam terhadap mereka yang suka melakukan kekejaman.." ujar hantu tak berkepala tersebut.

"Siapa mereka yang buat kamu semua macam ni?" Soal Angela masih dalam esak tangisnya.

"Kau akan tahu nanti. Yang pasti manusia itu amat rapat dengan kau, Angela." Balas hantu itu tanpa nada.

Seketika, keadaan kembali sepi. Angela yang menangis kerana menanggung kesakitan terus berhenti. Mata yang terpejam dicelikkan. Dia rasa lain macam.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Où les histoires vivent. Découvrez maintenant