5🌟

469 101 3
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Angela melangkah masuk ke dalam wad vvip yang menempatkan seorang budak lelaki yang baru sahaja dipindahkan dari wad kecemasan.

Katil pesakit dihampiri lalu ekor matanya menatap wajah luka budak tersebut sebelum melihat tanda nama yang berada di dinding.

Pesakit: Park Jimin
Umur: 7 tahun
No. Katil: 13

Angela melabuhkan punggung di sisi Jimin seraya mengukir senyuman kecil. Comel.

"Kesian kau budak. Kecil-kecil lagi mak ayah dah takde." Ujar Angela sambil mengusap kepala Jimin.

Beberapa saat kemudian, tubuh kecil Jimin bergerak-gerak menandakan yang budak lelaki tersebut akan sedar dari lenanya.

Angela menjarakkan diri dari Jimin. Takkanlah dia nak keluar dan panggil doktor. Mestilah doktor tu takkan mendengarnya malah melihatnya juga tidak boleh.

Kerana apa? Kerana dia 'H.A.N.T.U.'

Mata Jimin perlahan-lahan terbuka. Siling putih menjadi tatapannya buat seketika sebelum beralih memandang ke sisi katil.

Lengan kanan Jimin dinaikkan untuk menyentuh Angela. Lantas Angela kebelakang sambil mempamerkan riak terkejut.

'Dia boleh nampak aku? But h—how?' soal Angela di dalam hati.

"Akak..." Dengan suara yang perlahan Jimin memanggil Angela. Angela kaku.

"Omma..appa.." Angela melihat yang Jimin sudah mengalirkan air mata. Semakin lama semakin deras.

Angela mula gelabah. Katil Jimin dihampiri lalu topeng oksigen budak itu dicabutnya.

"Omma..appa..hikkkss—" Jimin masih lagi menangis teresak-esak sambil memanggil kedua ibu bapanya.

Angela menarik nafas sebelum menghembuskannya. Dia cuba untuk menenangkan budak lelaki itu.

"Akak..mana omma appa Jimin?" Soal Jimin yang sudah kembali tenang setelah hampir 40 minit Angela cuba untuk menenangkannya.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now