7🌟

449 98 12
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Naura-"

Panggil Angela yang duduk di sisi Naura di meja makan. Naura hanya diam sambil menikmati makanannya tanpa bersuara.

"Wei!"

"Apa?" Soal Naura perlahan tidak mahu Puan Kim dan Taehyung mendengar perbualan mereka.

"Aku lapar." Jawab Angela sambil mengusap perut kempisnya. Naura mengerutkan dahi.

Serta-merta pandangannya beralih memandang Angela seraya mengerutkan dahi.

"Kau boleh makan ke? Kau kan-"

"Aku tengok sedap kau makan. Meleleh air liur aku. Bagilah aku sikit...please.."

Pinta Angela lalu kedua telapak tangan dirapatkan memohon simpati seperti orang yang sedang mengemis.

"Tapi kau-"

BAAM!

"Opocot mak kau terberak dalam seluar!" Tiba-tiba Taehyung memukul meja makan sekuat hati membuatkan Puan Kim yang sedang menikmati makanan, melatah.

"KAU PAHAL?!" Marah Naura tidak berpuas hati.

"Kau ni dah gila ke apa? Dari kau balik kolej tadi sampai sekarang mulut kau tak berhenti bercakap. Kau cakap dengan siapa? Hantu?"

Soal Taehyung bertubi-tubi. Sikap adiknya itu semakin aneh di pandangan matanya.

Lelaki itu tahu yang Naura tidak suka bergaul dengan orang ramai tapi perluke cipta kawan imaginasi? Kalau macamtu dia pun takut nak dekat dengan adiknya itu.

"Tae! Boleh tak jangan buat macam tu?! Kalau omma ada sakit jantung macam mana?!"

Marah Puan Kim setelah meneguk air mineral di dalam gelas kaca. Nasib tak tercekik.

"Omma! Tengok anak kesayangan omma ni..cakap dengan hantu! Kau bawa hantu balik rumah apasal?! Nak kitorang mampus? Ke kau main spirit of the coin?!"

Teka Taehyung membuatkan wajah Naura mula merah menahan geram.

"Mulut tu jangan nak celupar sangat eh?! Sejak bila aku main benda-benda macam tu?! Aku waras lagilah!"

Bidas Naura dengan wajah merah padam.

Angela menepuk dahi. Sebab dialah keluarga gila-gila ni sudah bergaduh. Taehyung ni pun satu benda kecil pun nak melenting.

'Aku perlu buat sesuatu ni..' desis hatinya.

Grrr!!

Meja makan digoyang-goyangkannya membuatkan Puan Kim dan Taehyung terkejut.

"Angela stop!" Kata Naura dengan nada tinggi.

Lantas hantu itu terus mendiamkan diri. Taehyung menolak pipi dalam menggunakan lidah.

"Hish!" Dengan muka yang merah padam, Taehyung bangun dari kerusi lalu menaiki tangga.

BAAM!!

Pintu bilik dihempas kuat tanda dia sedang marah. Puan Kim mengurut pelipisnya. Wajah anak perempuannya dipandang.

"Kenapa ni Naura?" Tanya Puan Kim. Naura diam tanpa menjawab pertanyaan tersebut.

"Betulke apa yang Taehyung cakap? Kalau betul tolong bawa keluar habtu tu dari rumah ni. Naura pun satu, cubalah belajar bersosial dengan orang ramai..jangan asyik duduk dalam bilik tu buat yang bukan-bukan. Omma tak suka-"

"Kenapa semua orang nak cakap Naura gila? Dari kecil sampai besar Naura memang ada kelebihan ni. Bukannya Naura buat benda yang bukan-bukan! Bila Naura cakap semua orang tak percaya! Bencilah!"

Lantas Naura membuka langkah seribu menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.

Angela serba salah. Apa yang dia sudah buat?

💟


"Kau pergi mana? Malam baru balik?" Soal Jimin setelah Angela masuk ke dalam biliknya dengan wajah muram.

"Aku pergi tengok drama." Jawab Angela tanpa nada. Jimin mengerutkan dahi.

Laptop ditutup kemudian punggung diangkat. Dia berjalan menghampiri Angela yang sedang baring di atas katil bersaiz queen miliknya.

"Kau ok tak? Muram je aku tengok. Kau dari mana?" Soal Jimin mengambil berat perihal hantu itu.

"Aku pergi rumah Naura tadi."

"Then?"

Dahi Jimin berkerut mendengar cerita dari Angela.

"Siapa suruh kau pergi buat kacau? Nanti dia jadi macam aku. Dituduh gila."

Angela mula mengalirkan air mata yang berwarna hitam. Jimin mula gelabah. Angela ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Kenapa kau nangis ni? Janganlah fikir yang kau salah. Semua tu kebetulan terjadi. Nanti dia oklah tu."

Pujuk Jimin sambil mengusap kepala si hantu yang sedang menangis itu.

"Aku tak tahu pulak diorang boleh bergaduh sampai macamtu sekali sebab sebelum ni diorang ok je.."

"Perasaan boleh berubah-ubah setiap masa, Angela. Even kau yang hantu pun ada perasaan."

Balas Jimin lembut. Kepala Angela dijauhkan dari dakapannya lalu dahi hantu itu dikucup sekilas.

"Walaupun kau hantu pun aku takkan layan kau seperti hantu. Kau dah macam kakak aku. Dari aku kecil sampai besar kau yang selalu ada dengan aku. Perasaan aku dari gembira, sedih, marah semuanya depan kau. Kau yang sentiasa jadi pendengar setia aku.

Dulu aku takut nak tidur sebab hantu-hantu ni semua pandang aku macam nak telan padahal diorang sentuh aku pun tak boleh. Kau juga setia jaga aku dari siang ke malam. Teman aku buat macam-macam. Jaga aku bila aku sakit.

Jinyoung? Dia selalu busy nak cari duit untuk sara aku. Walaupun dia kerja 24 jam aku masih tak rasa sunyi sebab aku ada kau sebagai peneman.

Biarlah orang kata aku gila ke tak waras ke..kisah apa aku? Aku kan ada kau. Aku taknak tengok kau sedih. Aku tak suka. Nanti aku pun sedih jugak. Jangan nangis lagi ok?"

Tutur Jimin panjang lebar. Angela mengukir senyuman manis buat Jimin. Sebabtulah dia tak suka orang lain berkawan dengan Jimin.

Dia tak suka kalau orang lain kena tempias disebabkan dirinya yang cuba mahu berkawan dan digelar 'gila'.

"Aku sayang kau, Park Jimin."

"Aku pun sayang kau, Angela Alexender."

Senyuman terukir di dua ulas bibir mereka. Dari luar pintu bilik Jimin, Jinyoung sedang memerhatikan adiknya yang bercakap seorang diri seperti selalu.

"So childish."

TBC
☄️

Bosan ke chap ni? Maaflah Shaf enggak ada idea sihh..HUHUHUHU
Btw vote dan komen dialu-alukan❤️🤭

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now