33🌟

291 56 27
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Setelah beberapa jam Jimin berada di dalam Dead Forest, akhirnya dapat juga dia melepaskan nafas lega selepas dapat melepasi segala halangan yang hampir mencabut nyawanya.

Jimin terduduk kepenatan di bawah sebatang pokok yang tinggi seraya menyeka peluh-peluh yang berjuraian di dahi. Habis baju dan seluarnya terkoyak-koyak kerana terkena mata alatan-alatan yang tajam sebentar tadi.

Kepala didongakkan memandang ke arah langit senja yang hampir menjatuhkan tirai. Jimin meraup rambutnya ke belakang sambil menutup mata untuk merasai angin lembut yang menyapa tubuhnya di waktu senja.

"Tahniah Jimin..!" Ucap Jack dari dalam minda Jimin dengan nada gembira. Lelaki itu kemudian mengukir senyuman nipis.

"Thanks Jack. Kalau takde kau mungkin aku dah mati.." balas Jimin perlahan. Memang betul apa yang dia katakan, kalau Jack tak ada bersamanya, mungkin dia sudah tinggal nama saja dan jasad Angela tetap tak dapat ditemui.

"Jimin..kau rehatlah dulu tenangkan minda kau sebab kau baru lepas level yang pertama."

"L-level pertama?" Jimin terkedu. Dia baru lepas level yang pertama? Jadi, ada level yang kedua yang dia akan lalui? Oh Tuhan..

Sudahlah level pertama sukar untuk dia lepasi, apa lagi level kedua? Ada berapa banyak lagi level yang dia perlu lalui? Jimin meraup wajahnya kasar. Dia letih! Hampir saja dia berputus asa sekarang ni.

"Jangan putus asa, Jimin. Aku tahu kau boleh lakukannya. Bersabarlah wahai teman. Selepas kau lepas level yang kedua ni, kau akan berdepan dengan level ketiga pula iaitu level dimana kau akan berjumpa dengan Lagenda Penguasa Dunia yang pernah menjadi buah mulut masyarakat Eropah suatu ketika dahulu..."

"Lagenda Penguasa Dunia?" Jimin mengerutkan dahinya. Adakah Lagenda Penguasa Dunia itu, Leon Javier atau ayahnya Lucifer? Lelaki itu menelan liurnya kasar. Tubuhnya mulai menggigil.

Ingin saja dia keluar dari hutan kematian ini, namun dia sudah berada di separuh jalan. Takkanlah nak berpatah balik? Buang masa dan tenaga macam tu je sedangkan dia sekarang di ambang maut?!

Sedang leka Jimin bertaruh dengan perasaannya sendiri, tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang membuatkan dia terperanjat besar seterusnya terbangun dari duduk. Dadanya tiba-tiba berombak kencang-

"Apa yang kamu buat di kawasan ini wahai anak muda?" Soal seorang lelaki tua yang berpakaian lengkap serba putih menatap Jimin lembut.

Jimin mengurut-urut dadanya agar kembali tenang. Siapakah gerangan yang sedang berdiri di depannya ini? Manusia? Bukanke dia manusia pertama yang dapat melepasi halangan ni?

"P-pakcik ni siapa? Macam mana pakcik boleh ada dalam hutan ni?" Soal Jimin dengan nada keliru. Pakcik tua tersebut memberikan senyuman manis buat Jimin. Sekali lagi dahi Jimin memunculkan garis-garis kekeliruan. Gila ke pakcik ni?

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now